Teringat saya pada satu sesi taaruf dalam program yang lepas. Ketika itu, kami sedang bertaaruf dalam satu bulatan gembira. Apa yg menariknya untuk sesi taaruf kali ini selain daripada berkongsi mngenai maklumat diri yang asas, kami dihadiahkan satu soalan “Apa yang kamu suka buat dan kenapa?”
Dalam ramai-ramai yang berkongsi, saya tertarik pada kata-kata
salah seorang hewi pada ketika itu. Menurutnya, dia suka mendaki gunung.
KENAPA?
“..sebab hobi kita sama macam apa yang berlaku dalam
kehidupan kita. Saya suka mendaki bukit, sebab bukit itu tinggi. Makin tinggi, makin sukar kan? Macam itulah juga kehidupan kita.
Makin kita melangkah ke hadapan, makin sukar. Bermacam-macam halangan yang kita
perlu hadapi. Boleh saja kita pilih untuk bersiar-siar di tepi pantai daripada
mendaki bukit. Kenapa perlu bersusah jika boleh memilih untuk senang?”
*err..sentap yang bagi
tahu hobi dia suka bersiar-siar tepi pantai tadi..*
“Apa yang membezakan antara kedua hobi ini adalah, kepuasan.
Makin banyak yang kita berikan, makin banyak yang kita usahakan, makin banyaklah
yang kita dapat. Mendaki bukit ini sesuatu yang mencabar, tapi di akhir
pendakian ini.. kita dapat melhat matahari terbit/terbenam. Begitulah juga
dalam kehidupan kita ini. Makin banyak kita usaha, makin banyaklah kita dapat..
Wallahualam.”
Cantik sekali.. cantik perancangan Allah SWT buat
hamba-hambaNya. Teruskan Perjuangan!
HIDUP BIAR BERJASA