Perbezaan pendapat manusia sama
ada di dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama ataupun urusan
dunia merupakan lumrah hidup dan tabiat hidup
manusia. Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertikam
lidah sesama sendiri sehingga kita tidak menhiraukan adab dan
etikanya. Bahkan di dalam syariat Islam itu sendiri telah
menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan
dalam sesuatu hal atau urusan. Contohnya, syariat Islam itu
menggalakkan umatnya bermusyawarah yakni perbincangan untuk menentukan atau
menetapkan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah tersebut akan melahirkan
suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang
sihat. Tambahan pula, di dalam perbincangan tersebut, kita hendaklah berteraskan kepada
akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan
dan manfaat manusia seluruhnya..
Terdapat di kalangan umat Islam
yang terlalu taksub dengan cara merendah-rendahkan pandangan serta pendapat
orang lain yang tidak sealiran dengannya. Jika masalah tersebut tidak ditangani
dengan bijak, kemungkinan besar ia boleh menimbulkan perbalahan yang akan
memberi impak negatif kepada Islam. Perbezaan ini adalah ketetapan Allah atau
sunnatullah. Allah telah berfirman yang bermaksud :
“Dan jika Tuhanmu
menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi
Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa
berselisihan.”
(Surah Hud, ayat 118)
Baca Selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_2/1
No comments:
Post a Comment