Ikhtilat (pergaulan antara
lelaki dan perempuan) sering berlaku di mana-mana samada dalam menuntut ilmu,
gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, bersosial dengan masyarakat dan
sebagainya. Namun masih ramai yang keliru dengan hokum sebenar dan batasan
ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia
haram da nada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah harus.
Bersesuaian
dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini lebih sesuai kita mengambil
hokum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang
ditetapkan sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari, Syeikh Dr.
Yusuf Al-Qardhawi. Hal ini kerana ikhtilat adalah fitrah, ia memang salah satu
perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling
bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Maka, ia memerlukan etika yang
betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan seperti penzinaan,
“bercouple”, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
Menurut Syeikh Dr Yusuf
Al-Qardhawi dalam buku beliau yang bertajuk Fatwa Al Mar-atul Muslimah,
pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan
secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia,
memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, membawa
kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan
dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan
berlandaskan batas-batas atau tujuan yang bertul dan penguatkuasaan yang
berkesan.
Baca selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_4
No comments:
Post a Comment