Friday, 24 April 2015

MUNAFIQ DAN KONSEPNYA




Dunia hari ini memperlihatkan kita kepada kebejatan sosial dan kerosakan aqidah umat Islam di seluruh negara. Mereka seolah-olah mempermainkan hukum-hakam Allah Ta’ala dan tidak menghiraukannya hanya untuk mendapatkan kuasa, pengaruh dan sokongan orang ramai yang sementara. Mereka mengaku Islam, tetapi menyembunyikan Islam dan tidak menepati prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Hal tersebut dikenali sebagai munafiq.

Munafiq ialah seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati. Secara zahirnya, mereka adalah sebahagian dari masyarakat Islam. Mereka juga solat, membayar zakat dan melakukan syariar-syiar ibadat. Namun batin mereka memusuhi Islam dan menyokong musuh-musuh Islam. Oleh kerana jahat dan dahsyatnya orang-orang munafiq ini, Allah Ta’ala telah menepatkan mereka ke dalam neraka yang paling bawah iaitu neraka jahanam. Firman Allah Taala :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (145) Kecuali orang yan bertaubat dan memperbaiki diri dan berpengang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) ajaran agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang yang beriman.(146)”


{Surah Al-NIsa’ : 145-146}


Baca selanjutnya di :

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_7

No comments:

Post a Comment