Firman Tuhan :
“Allazi holakolmautawalhaya ta liyabluwakum ayyukum ahsanu amala”
Maksudnya : Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba kamu, siapakah dari kamu yang terlebih baik kerjanya.
Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan akhirnya berjaya.
Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu memerlukan bantuan orang lain.
Baca artikel selanjutnya di:
https://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_kedua_perangai_bergantung_p