Monday, 17 October 2016

PERANAN MAHASISWA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA : BUDAYA ILMU



Apabila Soekarno, bekas presiden Indonesia yang mahsyur dengan reformasi politik Indonesia pernah mengungkapkan, “beri aku 10 pemuda niscaya akan ku goncangkan dunia.” Jadinya wujud satu ruang diskusi panjang disebalik kenyataan ini pada kriteria pemuda yang mampu menggoncangkan ini. Kriteria pemuda ini yang menentukan hasil goncangan sama ada ia berteras revolusi bersifat emosi atau sebuah kelahiran tamadun yang bermakna. Bertepatan dengan apa yang diungkapkan oleh Saidina Ali, “jika kamu ingin lihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemuda pada hari ini.” Masa depan yang dibina itu adalah pembinaan sebuah tamadun dengan prinsip Islam atau sebuah tamadun yang hampa nilai-nilai Islam tetapi hanya meniru pemikiran-pemikiran asing.

            Apabila berbicara tentang pemuda, tidak salah  kita halakan perbincangan golongan ini pada kelompok mahasiswa juga. Mahasiswa menurut kamus dewan edisi dua mendefinisikan mahasiswa sebagai pelajar muda yang  menuntut di pusat pengajian tinggi. Golongan yang dikurniakan begitu banyak  ruang, kelebihan dan nikmat seperti tempat belajar yang bagus, akal yang cerdas untuk berfikir, tubuh badan sihat dan muda juga sumber kewangan yang baik. Maka mensia-siakan  segala nikmat ini untuk segala yang tidak bermanfaat adalah sesuatu bentuk kekufuran pada nikmat yang banyak ini. Seperti yang berulang kali diperingatkan dalam  surah Ar-Rahman iaitu “maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan.”


            Sering kita dengar  pada seruan dan slogan  membina ‘daulah  Islamiah’ atau ‘negara Islam’. Namun tidak ramai yang bercerita tentang isi kepada sebuah negara Islam itu. Jika sudah bercerita, berapa ramai pula yang melaksanakan dan mengamalkannya. Yang lebih penting bagi saya adalah segala usaha bagaimana membina sebuah ‘negara yang prinsipnya Islam’. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan olehTransparensi International jelas menunjukkan sikap sebenar umat Islam apabila kita gagal menghuni tempat teratas sebagai negara bersih rasuh dan menyedihkan kita bukan di tengah tetapi menghuni kebanyakan ruang di bawah. Belum lagi kita bentangkan  indeks kemiskinan, indeks pencemaran, indeks kebersihan, yang kita akui duduknya negara-negara majoriti orang islam menunjukkan skrip yang sama dengan indeks di atas. 


Baca artikel selanjutnya di:
https://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_9

No comments:

Post a Comment