Monday, 17 October 2016

BEBANAN USRAH


Allah berfirman dalam Suruh As-Saff ayat 4 :

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”



      Usrah adalah satu cara yang dapat menjadikan kita lebih hampir dengan Allah. Usrah memberi peluang untuk kita mencari lebih banyak pengetahuan berkaitan kerohanian dengan pelbagai cari antaranya, menjadikan kita lebih bersemangat mencari ilmu, perkongsian pandangan bersama rakan usrah seterusnya menyatakan pendirian kita tentang sesuatu perkara. Mantapnya binaan rohani menjadikan kita seorang manusia yang lebih terurus sehariannya kerana akidah yang sempurna akan menentukan emosi dan fikiran kita. Lantas, emosi dan fikiran yang baik akan menghasilkan tidakan yang baik. Tindakan yang baik akan memberi hasil kehidupan yang lebih baik. Formula ini seringkali diulangi oleh Dr. Muhaya Hj. Muhammmad tentang kuasa keyakinan yang merupakan asas kejayaan seseorang didunia dan akhirat.

      Seringkali kita kaitkan, usrah dengan mahasiswa. Tanggungjawab sebagai mahasiswa iaitu komitmen menjaga carrymark, perbincangan berkumpulan dan aktiviti pembentangan menjadikan tidak ramai mahasiswa berani mengambil risiko untuk meluangkan masa membuat grup, membincangkan perkara-perkara yang tidak menjanjikan sebarang pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. Ini merupakan faktor utama menggalakkan mahasiswa untuk tidak terlibat dalam usrah. Lantas, tidak mustahil, ahli usrah itu tidaklah seramai seperti ahli dalam aktiviti kebudayaan atau aktiviti parti. Justeru itu, kebanyakkan mahasiswa biasa melihat mahasiwa yang aktif dalam berusrah sebagai seorang yang dipandang mulia dan berwibawa, walaupun pada hakikatnya ahli usrah juga adalah biasa seperti mahasiswa lain, mempunyai nafsu marah, cinta dan dengki.


Baca artikel selanjutnya di:
https://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_14

No comments:

Post a Comment