Monday, 17 October 2016

KEWUJUDAN GERAKAN KESEDARAN DI ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR

     



           Pada awal abad ke-19 dan abad ke-20 telah wujud semangat kebangsaan atau nasionalisme di Asia. Secara umumnya, nasionalisme bermakna melahirkan perasaan cintakan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan yang menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan dan juga semangat patriotik yang bermakna cintakan tanah air. Nasionalisme juga boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat kumpulan masyarakat menerusi institusi dan budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dikalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka.


        Gerakan kesedaran wujud disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah dari segi faktor agama. Buddha, Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengaruh yang kuat di Asia. Agama menjadi cara hidup mereka dan mengikat persaudaraan antara mereka. Kehadiran kuasa barat bukan sahaja motif keuntungan tetapi membawa agama mereka iaitu agama Kristian. Bagi penduduk rantau ini kehadiran agama Kristian merupakan tamparan hebat bagi agama mereka. Di Asia Tenggara misalnya di Myanmar, kemasukan pentadbiran British mengancam pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman ini ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Golongan mubaligh Kristian juga cuba untuk sebar agama kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Karen. Selain itu, orang British juga tidak menghormati agama Buddha apabila mereka menggunakan kasut di kuil Buddha. Ini seolah-olah mencemari kesucian agama Buddha. Ini menimbulkan kemarahan golongan sami Buddha. Golongan sami Buddha merupakan golongan pertama yang menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan rakyat Myanmar. Penubuhan Persatuan Belia Agama Buddha telah merangsang semangat Nasianalisme seperti dalam peristiwa pertikaian kasut, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan pemogokan pelajar pada tahun 1920. Manakala peranan golongan Pongyi juga amat penting. Mereka merupakan golongan yang terlibat dalam gerakan menyokong pelajar dan memberi kesedaran kepada golongan petani diluar bandar.


Baca artikel selanjutnya di:
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_7

No comments:

Post a Comment