Sunday, 27 October 2013

NERAKA AZAB YANG PEDIH



         Neraka ialah tempat pembalasan buruk bagi manusia yang mengingkari perintah Allah dan Rasulullah (S.A.W), melakukan kejahatan, kerosakkan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Di dalam kitab suci Al-quran ia disebut sebagai ألنار (An-Nar) serta jumlah yang disebut adalah sangat banyak. Neraka dari segi bahasa ialah kobaran api iaitu Al-Lahab yang panas dan bersifat membakar. Manakala dari segi istilah ialah suatu tempat yang telah disiapkan Allah bagi orang-orang yang menderhakai-Nya.

Allah Ta’ala berfirman “Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka)” (QS. Al Ahzab : 64)

Sesetengah manusia yang telah melakukan beberapa jenayah di dunia lupa bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Allah pada setiap masa serta dapat mengetahui sehingga ke isi hati mereka.Mereka ini tidak akan terlepas tanpa dihukum. Seterusnya,sesiapa yang telah dimasukkan ke dalam neraka,dia tidak akan dapat keluar dari neraka tersebut. Pintu neraka tersebut ditutup rapat dan berdiri teguh. Itu adalah penjara bagi orang-orang yang menggaggap remeh tentang keadilan di akhirat.

Akhir sekali, ramai yang percaya neraka adalah tempat sementara dan apabila mereka telah dihukum di atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Pertimbangan seperti ini terpulang kepada Allah yang telah memberitahu kepada kita di dalam Al-quran seperti berikut :

“Mereka berada dalam api neraka ditutup rapat” ( Surah Al-Balad : 20)

Di dalam Al-quran ada disebutkan bahan bakar didalam api neraka iaitu terdiri daripada manusia yang telah melakukan kemungkaran dan batu-batu yang panas membara. Batu tersebut adalah berhala-berhala yang disembah oleh orang-orang kafir. Selain itu,pintu gerbang neraka telah dijaga oleh malaikat Malik yang memiliki sembilan belas malaikat untuk melakukan penyeksaan di dalam neraka. Salah satunya ialah malaikat Zabaniah. Rupa  malaikat Malik Zabaniah sangat garang dan bengis tetapi sangat setia kepada perintah Allah.

Di dalam api neraka seksaannya yang pedih tidak sama dengan kesakitan di dunia. Neraka adalah tempat yang dikelilingi ketakutan, kesakitan, tekanan dan kesedihan. Ahli neraka akan meraung-raung memohon keampunan daripada Allah s.a.w untuk ke jalan keluar daripada api neraka mahupun meminta dikurangkan dan diringankan azab keatas mereka.Namun,segala penyesalan dan taubat mereka sudah terlambat kerana Allah pernah mengingatkan di dalam surah An-Nahl ayat 99 hingga 100 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.”


Disediakan oleh : 
- Hasinah binti Mohamad
- Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)






SYURGA vs NERAKA



       Syurga adalah tempat nikmat bagi orang yang beriman. Ia adalah kemenangan dan hadiah bagi orang yang bersunguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepada Allah. Rasulullah pernah ditanya,jika luas syurga adalah keseluruhan langit dan bumi, dimana pula letaknya neraka? Baginda menjawab, “Maha suci Allah,dimanakah malam, jika siang menjelma?”

Tambahan pula, nikmat syurga tidak dapat kita bayangkan dengan akal kerana ia terlalu indah dan tidak dapat diterima oleh akal manusia.Betapa besarnya nikmat bagi orang yang beriman. Sepuluh orang beriman yang dijamin syurga seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, dan lain-lain adalah manusia yang sangat bertuah kerana telah dipilih oleh Allah dan mendapat berita gembira tersebut daripada Rasulullah sendiri.

Dijamin masuk syurga merupakan janji yang benar dan janji yang akan dipenuhi.Janji seperti itu merupakan janji agung dari Rasulullah yang mulia, dan beliau sendiri yang menjaminnya melalui keistimewaan syafaat. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ {30}
bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan: "Rabb kami ialah Allah". Kemudian mereka menegakkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan),"Janganlah kamu sekalian merasa sedih, dan bergembiralah kalian dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.”(Surah Fashilat ayat 30).

Di syurga tidak ada yang susah, kecewa, menyesal, kematian dan usia tua. Kesenangan di dalamnya tidak pernah dirasai kesusahan. Kedamaian di dalamnya tidak pernah dirasai kekecewaan. Kejernihan di dalamnya tidak pernah disertai kejenuhan. Di dalamnya juga hanya terdapat nikmat yang abadi dan kebaikan yang menyeluruh serta tidak akan berubah dan berakhir.

Maka amat celaka,jika ada sebahagian orang yang tidak rindu kepadanya,tidak berangan-angan untuk melihatnya dan tidak berusaha untuk masuk ke dalamnya.Sungguh keras jika hati yang tidak senang untuk menyebutnya dan tidak rindu untuk meraihnya.

Syurga juga tidak dapat dicapai dengan angan-angan kosong. Syurga hanya dapat di diraih dengan kemahuan yang kuat dengan bantuan rahmat Allah s.w.t dengan keyakinan serta niat yang kuat disertakan tutur kata dan perilaku yang baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut dalam ayat 69:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ {69}
bermaksud:                                                  
“Dan orang-orang yang benar-benar berjuang untuk mencari keredhaan kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar dan beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

Manakala neraka pula disabit Allah bagi sesiapa yang melanggar suruhanNya. Ia adalah tempat pembalasan buruk dengan azab seksa kepada golongan penderhaka yang telah melakukan kejahatan, kerosakan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Neraka juga adalah tempat kesengsaraan,kehinaan dan kesedihan.Di dalamnya cukup dengan kepedihan disebabkan api neraka.

Gambaran umum azab api neraka sudah cukup membuatkan manusia yang berfikir menjadi kecut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.Analogi api yang dinyalakan,menjulang hingga ke hati,dan membakar penghuninya yang ditutup rapat sambil terikat pada batang palang adalah benar.Hal ini terbukti di dalam firman Allah s.w.t:

 نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ {6}الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ {7}إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ {8}
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ {9}
bermaksud:
“(Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan,yang (membakar) sampai ke hati.Sungguh,api itu ditutp rapat atas (diri) mereka,(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Al- Humazah : 6-9 ).

Bahan bakar api neraka adalah manusia dari batu batan yang panas.Ianya dikawal oleh malaikat yang berwajah garang dan bengis, namun setianya kepada arahan Allah tidak pernah bertepi. Dalam al-quran Allah ada menyebut:

هَٰذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ ۖ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ {19}
bermaksud :
“Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka dengan air panas yang menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.”

Alangkah pedihnya janji itu dan ia sebenar-benar seksaan yang keras lagi menakutkan. Maka amat celakalah jika ada seseorang yang bercita-cita untuk masuk ke dalam api neraka bahkan memandang rendah terhadap api neraka. Tidak dapat dibayangkan dengan akal manusia betapa panasnya api neraka. Api di dunia juga manusia sudah tidak tahan apatahlagi api di akhirat.Betapa Allah mahu menunjukkan panasnya api neraka sedangkan Allah menghantar api di dunia satu pertujuh daripada api neraka. Api yg paling panas di neraka adalah api yang berwarna putih. Nauzubillah. Betapa seksanya neraka bagi golongan yang ingkar dan tidak patuh kepada Allah.

ERTI MENGANUT DAN BERPEGANG DENGAN ISLAM

BAHAGIAN 3 : AKHLAK  

AKHLAK

BAHASA: berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku,perangai atau tabiat.
ISTILAH: keadaan jiwa  seorang yg mendorong utk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal terlebih dahulu.
Kemuliaan  akhlak  adalah  matlamat  utama  bagi  ajaran  Islam  sebagaimana yang  ditegaskan  oleh  Rasulullah  s.a.w  tentang  tujuan  pengutusan  baginda: Yang  bermaksud:  "Sesungguhnya  aku  diutuskan  untuk  menyempurnakan kemuliaan akhlak". Hal ini  dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran: Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana   yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, danmereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj, Ayat: 41)
·     Islam tanpa akhlak merupakan rangka yang tidak berisi  atau jasad yang tidak bernyawa, atau bahan yang tidak bernilai.
·         Akhlak adalah roh kepada agama.
·         Akhlak adalah buah keimanan.
·         Para ulama berkata:’Iman tanpa akhlak ibarat pohon tanpa buah.’
·      Dalam islam akhlak adalah merupakan intipati bagi segala ibadat.Tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.
·     Akhlak yang mulai adalah mestilah berasaskan kepada taqwa, kerana taqwa merupakan perasan jiwa yang terbentuk dan menampilkan sifat takut  kepada Allah dalam segala aktiviti dan dalam segala lapangan hidup seseorang.
·       Di sisi Allah orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling tinggi akhlaknya,kerana hatinya telah disinari sifat takut Allah dan tunduk sepenuh-penuhnya dengan rehdo dan keikhlasan yang tinggi.
·       Orang yang beriman kepada Allah dengan amalan kebaikan dalam realiti hidupnya maka itu dinamakan ihsan. Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah.

SIFAT-SIFAT AKHLAK SEORANG MUSLIM

1.     Menjauhkan diri daripada perkara syubhat
·      Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara yang halal dan haram.

2.      Memelihara padangan
·     Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang mukmin  supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak  memberi faedah.

3.      Memelihara lidah
·       Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dankotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

4.      Bersifat pemalu
·   Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan,merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.Sifat malu dapat menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan.

5.      Bersifat lemah-lembut dan sabar
·     Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar,gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.Sifat ini amat penting dalam diri setiap individu islam.

6.      Bersifat benar dan jujur
·     Seorang muslim mestilah mempunyai sifat benar dan dan tidak berdusta.Ini kerana sifat ini paling jahat dan hina di sisi sehingga ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".(Muttafaqun Alaih).

7.      Bersifat tawaduk(rendah diri)
·       Seorang muslim mestilah memiliki sifat tawaduk kepada saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membandingkan orang kaya atau orang miskin.

8.      Bersifat pemurah

·     Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorbandengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.  

ERTI MENGANUT DAN BERPEGANG DENGAN ISLAM


BAHAGIAN 2 : IBADAH 

PENGENALAN IBADAH

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan  ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnyayang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian ibadah.

DEFINISI IBADAH

Bahasa : merendah diri serta tunduk.
Istilah : ibadah dari sudut Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan.

CARA UNTUK MEMANTAPKAN IBADAH
1.   Ihsan dalam 'ibadah.
2.   Melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga  dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan untuk berterusan mengerjakannya
3.      Mestilah beribadah dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.
4.  Mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha.
5.      Mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah.

FIRMAN ALLAH

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat 162).

Saturday, 26 October 2013

ERTI MENGANUT DAN BERPEGANG DENGAN ISLAM

BAHAGIAN 1 - AKIDAH


PENGENALAN AKIDAH

Akidah merupakan asas utama kepada agama islam. Ia bersumberkan kepada al-quran dan as-sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w .Penolakan  ke atas akidah akan membawa kepada kekufuran dan kepincangan di dalam hidup. Akidah juga membicarakan perkara – perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat – sifat kesempurnaanNya . Akidah tidak mengasingkan kehidupan manusia dengan dunia , sebaliknya ia mendorong kepada manusia untuk melakukan yang terbaik dan menghindari kealpaan serta kemungkaran . Selain itu , akidah berperanan membina tamadun manusia dan sekaligus mengembangkannya . Tambahan pula , akidah juga sebagai  keyakinan yang tetap di hati .Dari sinilah lahirnya kefaham akidah yang menyatakan akidah adalah satu warisan turun – temurun . Ia juga telah melahirkan idealogi moden seperti sekularisme , nasionalisme dan sebagainya lagi.

DEFINISI AKIDAH

BAHASA: bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

ISTILAH: ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

AKIDAH ISLAM : ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan .

IMAN : bermaksud membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah serta beramal denganajaran-ajaran Allah swt yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w .

TAUHID : bererti mengesakan Allah swt yakni mengakui hanya Allah satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan melakukan segala suruhan serta meninggalkan segala laranganNya .Tauhid pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah danTauhid Asma wa al-Sifat.

ILMU- ILMU AKIDAH

Ilmu Tauhid
  • ·   Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai

Ilmu Usuluddin
  • ·    Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan       pesuruhNya

Ilmu Makrifat
  • ·    Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt

Ilmu Kalam
  • ·  Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan

Ilmu Akidah
  • ·  Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt
HUBUNGAN AKIDAH , IMAN , DAN TAUHID

Akidah , iman dan tauhid mempunyai kaitan yang sangat rapat iaitu akidah merupakan suatu pegangan dan di dalam pegangan itu ada bahagian-bahagiannya yang merupakan kepercayaan-kepercayaan tertentu iaitu keimanan . Melalui keimanan ini pula akan melahirkan rasa ketauhidan kepada Allah swt . Dengan kata lain, apabila seseorang itu mempunyai pegangan yang kuat kepada rukun iman, nescaya ia akan beriman kepada Allah swt dan sekaligus mengakui Allah swt sahaja Tuhan yang Maha Esa.

PEMBINAAN AKIDAH

Di dalam mengharungi dunia tanpa sempadan hari ini, manusia didedahkan dengan pelbagai fenomena yang mana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang teguh kepada Allah swt, akan memungkinkan dirinya terjerumus ke kancah kejahatan atau penderitaan. Justeru itu bagi menangkis segala senario buruk yang bakal berlaku,maka akidah perlu disemai, dibina serta diperkukuhkan dengan pelbagai kaedah :
i.        Umat Islam boleh membina akidah melalui pemahaman mereka mengenai konsep islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus . Kefahaman yang tulus tentang isi kandungan islam dan perkaitannya dengan akidah akan menjadikan seseorang muslim itu teguh jiwanya , imannya tidak mudah goyah kerana pengisian dan pengamalan keatas kedua-dua kandungan itu akan menjadikan dirinya melaksanakan apa yang dituntut secara ikhlas dan reda .

ii.            Seterusnya untuk membina akidah yang teguh, umat islam hendaklah membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah swt . Mengerjakan ibadah adalah salah satu cara yang terbaik untuk seseorang muslim sentiasa bertaqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah swt . Ibadah yang tulus kerana Allah akan diberi ganjaran pahala dan menjadikan hidup lebih diberkati serta dirahmati . Ini secara tidak langsung akan menghindari diri individu itu daripada melakukan maksiat dan dosa .

iii.       Di samping itu, faktor ketiga untuk membina dan mengukuhkan akidah ialah sentiasa berjihad melawan hawa nafsu dan godaan  syaitan serta beriltizam dengan islam . Kedua-dua elemen di atas adalah musuh manusia yang paling utama . Syaitan telah bersumpah untukmenyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun manakala nafsu pula ialah jiwa yang kotor yang mengingkari nikmat Allah, mengingkari iman dan islam di samping sentiasa mendorong kearah kejahatan . Beramal dan berpegang teguh dengan amalan  yang benar  untuk mencari petunjuk .

PERKARA – PERKARA YANG BOLEH  MEMBATALKAN AKIDAH

1.      SYIRIK :  bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
·         Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
-         Ia akan membatalkan iman seseorang.
-        Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah.
-     Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut – ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
-          Mencemarkan kesucian agama islam.
·         Cara mengelak perbuatan syirik:
-        Masyarakat islam hendaklah didedahkan dengan ajaran islam secara meluas.
-       Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak – kanak lagi.
-    Masyarakat islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahayanya syirik.
·         Kesan syirik
-       Membatalka iman
-       Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
-       Dimurkai Allah

2.      RIDDAH : berpaling atau keluar daripada agama islam
·         Seseorang itu boleh dianggap murtad melalui 3 cara:
-          Iktikad: apabila berniat hendak meninggalkan agama islam .
-          Perkataan: apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam .
-          Perbuatan: menganut agama selain daripada agama islam
·         Faktor yang menyebabkan riddah :
-          lemah pegangan agama .
-          jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam .
-          terpengaruh dengan tawaran kebendaan·
·         Tindakan yang perlu dilaksanakan kepada orang yang riddah:
-          menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam .
-          sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh .
·         Langkah mengelakkan diri daripada riddah :
-      berpegang teguh dengan ajaran islam .
-     menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah .
-       mendalami ilmu-ilmu agama .

3.      KHURAFAT : Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat .
·         Faktor perbuatan khurafat :
-      iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat .
-        terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat .
-        ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal .
·         Cara menangani khurafat :
-     menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat .
-     mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat .
-     mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat .

4.      SIHIR : ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu       dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia .
·         Punca berlakunya perbuatan sihir 
       -          perasaan dendam seseorang terhadap orang lain 
       -          iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang .
       -          ada perasaan benci terhadap seseorang .
·         Cara menangani perbuatan sihir :
-          mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir .
-          menerapkanajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat .
-          tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut .
5.      MUNAFIK: Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah .
·         Ciri - ciri orang munafik :
-          berdusta apabila bercakap .
-          khianat apabila diberi amanah .
-          bersikap melampaui batas apabila bertengkar .
-          selalu mungkir janji .
·         Cara mengelakkan diri dari memiliki sifat munafik :
-          meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah .
-          bercakap benar apabila berbicara .
-          menunaikan janji .
-          bersifat jujur dan amanah
·         Akibat buruk mengamalkan sifat munafik :
     -          menghilangkan sikap percaya-mempercayai 
     -          melemahkan perpaduan masyarakat
      -          menghancurkan kekuatan umat islam

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH

Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
  • ·         Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt .
  • ·         Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya .
  • ·    Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah .
  • ·     Audit dan timbangan amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan .
  • ·  Balasan syurga dan neraka . Berdasarkan nas-nas al-quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka .
  • ·   Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang .

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN

1. Aqidah yang sejahtera lagi jitu dapat menghimpunkan manusia dan mempertautkan hati mereka.

2. Aqidah yang benar menjadi neraca timbang yang tepat dan mantap dalam menentukan kedudukan seseorang di sisi
syarak.

3. Slogan: “kembali kepada Islam” bermakna kembali kepada asasnya iaitu: aqidah yang benar, di mana dari situ baru berbuah amal yang soleh.

4. membentuk insan muslim sejati

5.  supaya istiqamah dalam ibadat

6.  melahirkan generasi berakhlak mulia