Syurga adalah tempat nikmat bagi orang yang beriman. Ia adalah kemenangan dan hadiah bagi orang yang bersunguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepada Allah. Rasulullah pernah ditanya,jika luas syurga adalah keseluruhan langit dan bumi, dimana pula letaknya neraka? Baginda menjawab, “Maha suci Allah,dimanakah malam, jika siang menjelma?”
Tambahan pula, nikmat syurga tidak dapat kita bayangkan dengan akal
kerana ia terlalu indah dan tidak dapat diterima oleh akal manusia.Betapa
besarnya nikmat bagi orang yang beriman. Sepuluh orang beriman yang dijamin syurga
seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul
Rahman bin Auf, dan lain-lain adalah manusia yang sangat bertuah kerana telah
dipilih oleh Allah dan mendapat berita gembira tersebut daripada Rasulullah
sendiri.
Dijamin masuk syurga merupakan janji yang benar dan janji yang akan
dipenuhi.Janji seperti itu merupakan janji agung dari Rasulullah yang mulia, dan
beliau sendiri yang menjaminnya melalui keistimewaan syafaat. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ {30}
bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan: "Rabb kami ialah Allah". Kemudian
mereka menegakkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan
mengatakan),"Janganlah kamu sekalian merasa sedih, dan bergembiralah kalian
dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.”(Surah
Fashilat ayat 30).
Di syurga tidak ada yang susah, kecewa, menyesal, kematian dan usia
tua. Kesenangan di dalamnya tidak pernah dirasai kesusahan. Kedamaian di dalamnya
tidak pernah dirasai kekecewaan. Kejernihan di dalamnya tidak pernah disertai
kejenuhan. Di dalamnya juga hanya terdapat nikmat yang abadi dan kebaikan yang
menyeluruh serta tidak akan berubah dan berakhir.
Maka amat celaka,jika ada sebahagian orang yang tidak rindu
kepadanya,tidak berangan-angan untuk melihatnya dan tidak berusaha untuk masuk
ke dalamnya.Sungguh keras jika hati yang tidak senang untuk menyebutnya dan
tidak rindu untuk meraihnya.
Syurga juga tidak dapat dicapai dengan angan-angan kosong. Syurga
hanya dapat di diraih dengan kemahuan yang kuat dengan bantuan rahmat Allah s.w.t
dengan keyakinan serta niat yang kuat disertakan tutur kata dan perilaku yang
baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut dalam ayat 69:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ
لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ {69}
bermaksud:
“Dan orang-orang yang benar-benar berjuang untuk mencari keredhaan
kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar
dan beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”
Manakala neraka pula disabit Allah bagi sesiapa yang melanggar suruhanNya. Ia
adalah tempat pembalasan buruk dengan azab seksa kepada golongan penderhaka yang
telah melakukan kejahatan, kerosakan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Neraka
juga adalah tempat kesengsaraan,kehinaan dan kesedihan.Di dalamnya cukup dengan
kepedihan disebabkan api neraka.
Gambaran umum azab api neraka sudah cukup membuatkan manusia yang
berfikir menjadi kecut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.Analogi api yang
dinyalakan,menjulang hingga ke hati,dan membakar penghuninya yang ditutup rapat
sambil terikat pada batang palang adalah benar.Hal ini terbukti di dalam firman
Allah s.w.t:
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ {6}الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ
{7}إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ {8}
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ {9}
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ {9}
bermaksud:
“(Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan,yang (membakar) sampai ke
hati.Sungguh,api itu ditutp rapat atas (diri) mereka,(sedang mereka itu) diikat
pada tiang-tiang yang panjang.” (Al- Humazah : 6-9 ).
Bahan bakar api neraka adalah manusia dari batu batan yang panas.Ianya
dikawal oleh malaikat yang berwajah garang dan bengis, namun setianya kepada
arahan Allah tidak pernah bertepi. Dalam al-quran Allah ada menyebut:
هَٰذَانِ
خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ ۖ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ
ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ {19}
bermaksud :
“Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan
tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka
pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka dengan air panas
yang menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka,
dan juga kulit badan mereka.”
Alangkah pedihnya janji itu dan ia sebenar-benar seksaan yang keras
lagi menakutkan. Maka amat celakalah jika ada seseorang yang bercita-cita untuk
masuk ke dalam api neraka bahkan memandang rendah terhadap api neraka. Tidak dapat
dibayangkan dengan akal manusia betapa panasnya api neraka. Api di dunia juga
manusia sudah tidak tahan apatahlagi api di akhirat.Betapa Allah mahu
menunjukkan panasnya api neraka sedangkan Allah menghantar api di dunia satu
pertujuh daripada api neraka. Api yg paling panas di neraka adalah api yang berwarna
putih. Nauzubillah. Betapa seksanya neraka bagi golongan yang ingkar dan tidak patuh
kepada Allah.
No comments:
Post a Comment