AKHLAK
BAHASA: berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti
perilaku,perangai atau tabiat.
ISTILAH: keadaan jiwa
seorang yg mendorong utk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa
pertimbangan akal terlebih dahulu.
Kemuliaan akhlak adalah
matlamat utama bagi
ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh
Rasulullah s.a.w tentang
tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak". Hal ini dipertegaskan lagi
di dalam Al-Quran: Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam
sebagaimana yang ditegaskan oleh
Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan
mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, danmereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj, Ayat: 41)
· Islam tanpa akhlak merupakan rangka yang tidak berisi atau jasad yang tidak bernyawa, atau bahan
yang tidak bernilai.
·
Akhlak adalah roh kepada agama.
·
Akhlak adalah buah keimanan.
·
Para ulama berkata:’Iman tanpa akhlak ibarat pohon tanpa buah.’
· Dalam islam akhlak adalah merupakan intipati bagi segala
ibadat.Tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang
tidak mempunyai nilai dan faedah.
· Akhlak yang mulai adalah mestilah berasaskan kepada taqwa, kerana
taqwa merupakan perasan jiwa yang terbentuk dan menampilkan sifat takut kepada Allah dalam segala aktiviti dan dalam
segala lapangan hidup seseorang.
· Di sisi Allah orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang
yang paling tinggi akhlaknya,kerana hatinya telah disinari sifat takut Allah
dan tunduk sepenuh-penuhnya dengan rehdo dan keikhlasan yang tinggi.
· Orang yang beriman kepada Allah dengan amalan kebaikan dalam
realiti hidupnya maka itu dinamakan ihsan. Seorang Muslim mestilah bersifat
pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah.
SIFAT-SIFAT AKHLAK SEORANG MUSLIM
1. Menjauhkan diri
daripada perkara syubhat
· Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar
di antara yang halal dan haram.
2. Memelihara
padangan
· Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat
perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang
menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke
kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran
mengingatkan orang mukmin supaya
memelihara diri dari penglihatan yang tidak
memberi faedah.
3. Memelihara
lidah
· Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan
kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dankotor,
percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang
menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:Yang
bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil
tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi)
4. Bersifat pemalu
· Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap
keadaan.Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari
memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk
campur urusan orang lain, memelihara pandangan,merendah diri, tidak meninggikan
suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta
sifat-sifat seumpamanya.Sifat malu dapat menjauhkan diri daripada melakukan
kejahatan.
5. Bersifat
lemah-lembut dan sabar
· Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di
dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana
kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak
menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan,
penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua
halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga
hemah mereka menjadi pudar,gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling
meninggalkan medan dakwah.Sifat ini amat penting dalam diri setiap individu
islam.
6. Bersifat benar
dan jujur
· Seorang muslim mestilah mempunyai sifat benar dan dan tidak
berdusta.Ini kerana sifat ini paling jahat dan hina di sisi sehingga ia menjadi
pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud:
Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan
itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat
di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu
membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka.
Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai
seorang pendusta".(Muttafaqun Alaih).
7. Bersifat
tawaduk(rendah diri)
· Seorang muslim mestilah memiliki sifat tawaduk kepada
saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membandingkan orang kaya atau
orang miskin.
8. Bersifat
pemurah
· Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorbandengan
jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap
kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang
ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan,
bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan
oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat
berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan
sifat pemurah.
No comments:
Post a Comment