Sunday, 27 October 2013

ERTI MENGANUT DAN BERPEGANG DENGAN ISLAM


BAHAGIAN 2 : IBADAH 

PENGENALAN IBADAH

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan  ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnyayang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian ibadah.

DEFINISI IBADAH

Bahasa : merendah diri serta tunduk.
Istilah : ibadah dari sudut Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan.

CARA UNTUK MEMANTAPKAN IBADAH
1.   Ihsan dalam 'ibadah.
2.   Melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga  dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan untuk berterusan mengerjakannya
3.      Mestilah beribadah dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.
4.  Mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha.
5.      Mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah.

FIRMAN ALLAH

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat 162).

No comments:

Post a Comment