Sunday, 27 October 2013

NERAKA AZAB YANG PEDIH



         Neraka ialah tempat pembalasan buruk bagi manusia yang mengingkari perintah Allah dan Rasulullah (S.A.W), melakukan kejahatan, kerosakkan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Di dalam kitab suci Al-quran ia disebut sebagai ألنار (An-Nar) serta jumlah yang disebut adalah sangat banyak. Neraka dari segi bahasa ialah kobaran api iaitu Al-Lahab yang panas dan bersifat membakar. Manakala dari segi istilah ialah suatu tempat yang telah disiapkan Allah bagi orang-orang yang menderhakai-Nya.

Allah Ta’ala berfirman “Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka)” (QS. Al Ahzab : 64)

Sesetengah manusia yang telah melakukan beberapa jenayah di dunia lupa bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Allah pada setiap masa serta dapat mengetahui sehingga ke isi hati mereka.Mereka ini tidak akan terlepas tanpa dihukum. Seterusnya,sesiapa yang telah dimasukkan ke dalam neraka,dia tidak akan dapat keluar dari neraka tersebut. Pintu neraka tersebut ditutup rapat dan berdiri teguh. Itu adalah penjara bagi orang-orang yang menggaggap remeh tentang keadilan di akhirat.

Akhir sekali, ramai yang percaya neraka adalah tempat sementara dan apabila mereka telah dihukum di atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Pertimbangan seperti ini terpulang kepada Allah yang telah memberitahu kepada kita di dalam Al-quran seperti berikut :

“Mereka berada dalam api neraka ditutup rapat” ( Surah Al-Balad : 20)

Di dalam Al-quran ada disebutkan bahan bakar didalam api neraka iaitu terdiri daripada manusia yang telah melakukan kemungkaran dan batu-batu yang panas membara. Batu tersebut adalah berhala-berhala yang disembah oleh orang-orang kafir. Selain itu,pintu gerbang neraka telah dijaga oleh malaikat Malik yang memiliki sembilan belas malaikat untuk melakukan penyeksaan di dalam neraka. Salah satunya ialah malaikat Zabaniah. Rupa  malaikat Malik Zabaniah sangat garang dan bengis tetapi sangat setia kepada perintah Allah.

Di dalam api neraka seksaannya yang pedih tidak sama dengan kesakitan di dunia. Neraka adalah tempat yang dikelilingi ketakutan, kesakitan, tekanan dan kesedihan. Ahli neraka akan meraung-raung memohon keampunan daripada Allah s.a.w untuk ke jalan keluar daripada api neraka mahupun meminta dikurangkan dan diringankan azab keatas mereka.Namun,segala penyesalan dan taubat mereka sudah terlambat kerana Allah pernah mengingatkan di dalam surah An-Nahl ayat 99 hingga 100 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.”


Disediakan oleh : 
- Hasinah binti Mohamad
- Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)






No comments:

Post a Comment