Tuesday, 28 July 2015

POLITIK KEPARTIAN VS POLITIK KAMPUS

Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu sehingga kini. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Imam Hasan al-Banna pernah menyatakan beliau menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Beliau juga berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran.

Hari ini perbalahan dan kekacauan politik yang tidak sihat dalam kalangan umat Islam sangat membimbangkan. Hal ini berkemungkinan akan meruntuhkan serta merosakan sistem politik demokrasi bertapis yang sedia ada kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam di bawah konsep hak sama rata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai sifat dendam yang melampau. Pandangan ulama Islam sama ada yang silam atau kontemperori hampir sama antara satu sama lain walaupun ungkapannya berbeza. Antara dua unsur yang perlu ada dalam pengertian negara Islam iaitu kekuasaan pemerintah dan berjalannya hukum syariat.


Persoalan yang timbul apabila sesebuah negara Islam itu terbentuk dengan sifat yang disebutkan, kemudian hilang salah satu atau kedua-dua ciri yang disebutkan iaitu kekuasaan pemerintah dan perlaksanaan hukum dengan sebab penjajahan atau seumpamanya, adakah hilang sifat keIslaman negara tersebut? al-Rashid berpendapat bahawa mana-mana negara Islam yang dijajah oleh penjajah kekal sebagai negara Islam. Palestin adalah negara Islam walaupun dijajah oleh Yahudi. Begitu juga Republik Soviet Union yang dahulunya Islam kemudian dijajah kekal sebagai negara Islam. Bahkan, walaupun dijajah dalam tempoh masa  yang lama, selama masyarakatnya masih Islam”.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_5

JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN

Bangsa Melayu lahir dari pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup terkenal dengan kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian komitmen keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan Melayu, Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan, maka ungkapan tersebut seharusnya dilengkapkan dengan menyebut syaratnya, “selagi mereka berilmu dan beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat.

Persoalan yang timbul mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini, timbulnya pelbagai istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan), global village (desa buana), global culture (kebudayaan global) dan lain-lain yang mengesankan seola-olah segalanya sudah serba global, tidak ada lagi negara nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya tempatan serta hilang nilai jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan promosi dan menjual idea dan budayanya.


Bermula pada abad ke 13 masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara menyeluruh hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir seluruh lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan perbezaan sosial yang baru berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana yang tertulis di dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Proses pembinaan watak Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi. Dengan ancaman penjajahan waktu itu sekaligus membangkitkan semangat mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan. Perkembangan ini telah menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat Melayu menentang kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1

Bahagian Ketiga : ADAB-ADAB PERGAULAN DAN PERSAHABATAN DENGAN (KHALIQ) ALLAH DAN MAKHLUK.


Adab Dengan Orang Alim
Adab yang harus dimiliki ialah sabar, selalu santun, duduk dengan wibawa disertai kepala yang tunduk, tidak takkabur terhadap semua orang kecuali pada mereka bersikap tawadu’ dalam setiap majlis dan pertemuan, tidak bersenda gurau, menyayangi murid, berhati-hati terhadap orang yang sombong, memperbaiki negeri dengan cara yang baik dan tidak marah, tidak malu untuk mengaku tidak tahu, memperhatikan pertanyaan si penanya dan berusaha memahami pertanyaannya, menerima hujah dan mengikuti yang benar dengan kembali kepadanya manakala ia salah, melarang murid mempelajari ilmu yang berbahaya dan mengingatkannya agar tidak menuntut ilmu untuk selain redha Allah Swt, melarang murid sibuk dengan hal-hal yang bersifat fardu kifayah sebelum menyelesaikan yang fardu ain (yang termasuk  fardu ain adalah memperbaiki yang lahir dan batinnya dengan takwa) serta membekali dirinya terlebih dahulu dengan sikap takwa tersebut agar sang murid bisa mencontoh amalnya, kemudian mengambil manfaat dari ucapannya.

Adab Seorang Murid
Adab yang harus dimiliki oleh seorang murid terhadap gurunya adalah mendahuluinya dalam memberi hormat dan salam, tidak banyak berbicara di hadapannya, tidak mengatakan apa yang tak ditanya oleh gurunya, tidak bertanya sebelum diberi izin, tidak mengungkapkan sesuatu yang bertentangan dengan ucapannya, misalnya dengan ber kata, “Pendapat si fulan berbeza dengan dengan ucapanmu”, tidak menunjuk sesuatu yang berseberangan dengan pendapatnya sehingga terlihat ia lebih tahu tentang yang benar daripada gurunya, tidak bertanya kepada teman duduk gurunya dalam majlisnya, tidak menoleh ke sekitarnya, melainkan ia harus duduk dengan menundukkan pandangan disertai sikap tenang dan etika sebagaimana ketika menunaikan salat. Murid juga tak boleh banyak bertanya ketika guru sedang letih. Jika guru berdiri maka sang murid juga harus berdiri untuknya, tidak diikuti dengan pembicaraan dan pertanyaan, tidak bertanya kepadanya dalam perjalanan menuju rumah.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1


SOLAT DHUHA : Menarik Bantuan Dari Allah SWT


Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Ia disunnahkan untuk kita mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu zuhur]. Terdapat banyak keistimewaan apabila menunaikan solat sunat dhuha antaranya ialah :-


YANG PERTAMA :  Dosa Terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA : Orang Bertaubat 

Barangsiapa yang menunaikan solat dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

YANG KETIGA : Recorded sebagai orang taat

Orang yang menunaikan solat dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(HR At-Thabrani)
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_3/1

CABARAN HEWI MASA HADAPAN


Hewi merupakan transformasi dalam gerakan yang berkembang secara sedar atau tidak, ianya kian diterima oleh masyarakat sekeliling. Namun, terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh hewi dalam arus kemodenan ini. Hal ini termasuklah dari segi penyampaian dakwah, pergaulan dan perkembangan teknologi yang memungkinkan segalanya!

           “Jangan disangka tangan yang mengayunkan buaian, tidak mampu menggoncang dunia.”  Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa kaum hawa merupakan  teras gerakan dalam dakwah yang meringankan beban kaum adam dalam berdakwah. Meskipun begitu, peranannya kurang diambil kira dan dipandang rendah kerana sifat wanita yang lemah dan beremosi yang menyumbang kepada penurunan peratus kepercayaan masyarakat terhadap kaum ini. Namun begitu, jangan terpedaya dengan sifat kaum hawa yang lemah dan  lembut kerana di sebalik itu, mereka merupakan tunjang dan teras dalam gerakan!

       Skop tugas kaum hawa disempitkan dan diletakkan dalam skop yang kecil dan terhad. Contohnya, kaum hawa ini kerjanya hanya memasak, menjaga anak dan  basuh baju. Keupayaannya hanya diterhadkan kepada tugasan-tugasan di rumah sahaja dan jarang sekali berpeluang untuk berjuang  demi agama. Sedangkan, kaum  ini sebenarnya merupakan aset penting dan pelengkap dalam jalan dakwah  ini. Hal ini merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh kaum hawa dalam arus kemodenan ini. Antara cabaran-cabaran  lain  hewi pada masa  hadapan adalah mahasiswa/wi yang bersikap ‘tidak peduli’ mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya sikap ‘tidak peduli ini’.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2

MENGERTI AKAN HIKMAH




Sebahagian dari kita mungkin pernah mendengar tentang hikmah. Misalnya ketika dirundung resah bencana, seseorang akan diperingatkan tentang hikmah dibalik musibah. Jadi apa itu Al Hikmah? Hikmah secara mudahnya ialah faham akan ketaqwaan yang tuntas dan kafi yakni mengerti dengan pengertian yang sungguh sungguh mendalam.

Pendapat ini diperkuatkan dengan satu hadith yang dimana Rasulullah telah bersabda mafhumnya, “hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana sahaja ia didapati, dia adalah orang yang berhak terhadapnya.” 

(Riwayat At- Tirmidzi)

Memperkatakan tentang hikmah, adalah sangat tidak adil jika tidak diperikan tentang pengkisahan Allah dalam Al Quran akan seorang ahli hikmah yang bernama Luqmanul Hakim dalam Surah Luqman yakni dari ayat 12 hingga 19, mafhumnya;

12)  Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu:  "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan  barangsiapa  yang  tidak  bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

13)  Dan  (ingatlah)  ketika Luqman  berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi   pelajaran   kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

14)  Dan  Kami  perintahkan  kepada  manusia (berbuat baik)  kepada dua orang   ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu-bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

15)  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu  yang   tidak ada pengetahuanmu tentang itu,  maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Baca artikel selanjutnya di:-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2

KENAPA AKU DI DALAM JEMAAH


Dimaklumi yang kita sebagai mahasiswa dijemput menyertai Jemaah Islam bernama ABIM ketika di alam kampus ialah bertujuan untuk menyediakan 'amilin untuk ABIM. Secara tak langsung jemputan untuk menyertai bahtera Jemaah Islam Kampus (PKPIM) sebenarnya ialah jemputan untuk kita menyertai bahtera ABIM di lapangan luar kampus. Menjadi ahli PKPIM atau BGN tidak lama. Dalam 3-6 tahun kemudian tamat. Jadi tidak mungkin kita diajak untuk bersama-sama beramal Islami sekadar untuk tempoh tidak sampai sedekad itu. Rugi. Sangat rugi. Lebih baik tidak perlu bersama Jemaah Kampus jika sekadar mahu aktif ketika di kampus sahaja. Lebih rugi kerana sekadar mengisi masa atau lebih tepat "seronok" bergerak kerja bersama kawan-kawan. Itu belum lagi menyentuh soal ikhtilat yang menyebabkan kita seronok sendiri. Ya Allah, jagalah niat kami !
Sebab itu penting untuk setiap ahli PKPIM atau BGN Kampus apabila pulang ke kampung halaman, bersama pula dengan ABIM negeri. ABIM negeri sebenarnya jambatan penghubung antara PKPIM dan jemaah induk (ABIM) di lapangan sebenar.

Kegagalan untuk seseorang ahli Jemaah Kampus itu melibatkan diri dengan ABIM Negeri akan mengakibatkan ahli Jemaah Kampus tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian dengan perjuangan Jemaah. Ini akan menyebabkan seseorang ahli Jemaah itu mudah 'lesap' selepas alam kampus.

Fathi Yakan menyebut bahawa seseorang abna'ul harakah itu perlu faham bahawa perjuangan Islam itu ialah perjuangan yang berterusan dan tidak terbatas di akhir alam kampus atau penamat zaman bujang. Sudah jelas ahli PKPIM atau BGN Kampus sekadar sementara sebaliknya yang berterusan sepanjang hayat ialah intima' bersama jemaah induk iaitu ABIM.
Sabda Rasulullah s.a.w:

إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة


Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh (cergas) dan setiap kecergasan ada masa jemu…”.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_1/1

6 Sifat Wanita Jangan Dikahwini


Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang  annanah, yang mananah, yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".



Hadis tersebut merujuk kepada enam sifat wanita yang perlu dijauhkan untuk dijadikan sebagai bakal isteri. Jika terdapat sifat-sifat tersebut di dalam diri kita, hendaklah kita berusaha untuk berubah ke sifat-sifat mahmudah. Menurut  Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah
2. Al-Mananah
3. Al-Hananah
4. Al-Haddaqah
5. Al-Barraqah
6. Al-Syaddaqah

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_11

PENTINGKAH NIAT?




Niat. Satu perkataan yang pendek dan ringkas. Namun, besar impaknya di dalm kehidupan kita kerana tanpa niat yang betul, kemungkinan besar amalan kita boleh diterima?

Dari Amir Mu’minin Abi Hafsh Umar ibn Al Khaththaab R.A, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang yang memperoleh sesuai dengan apa yang telah ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang hendak ia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang ia (niatkan) hijrah kepadanya.” 
(HR: Bukhari-Muslim)

Hadis tersebut amat popular di kalangan kaum muslimin. Acap sekali kita mendengar ucapan: “Yang penting niat. Bukankah niat kita baik” dan sangat boleh jadi pengucapnya hanya tahu sedikit atau sebagian dari kaedah ini. Mungkin dia mendengar hanya potongan dari hadis ini yang diucapkan seseorang, mungkin juga lengkap tetapi telah disimpangkan pengertiannya oleh orang yang ia dengar darinya hadis ini. Akhirnya semakin jauhlah apa yang sering diucapkan kebanyakan kaum.

“Katakanlah, ‘Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu memperlihatkannya, pasti Allah mengetahui.’…”  
(Surah Ali Imran: 29)

Baca artikel selanjutnya di :-

TREND USRAH

Usrah bukan suatu trend atau tradisi semata-mata. Ia adalah suatu keperluan yang perlu ada di dalam jiwa setiap manusia yang mukmin. Kita hendaklah mengetahui bahawa usrah tidak memerlukan kita bahkan kitalah yang amat memerlukan usrah. Sepertimana Islam tidak memerlukan kepada kita, tetapi kitalah yang perlu kepada Islam untuk mengatur dan menguruskan cara kehidupan kita. Usrah secara umumnya adalah aktiviti perbincangan di dalam bulatan, dimulakan dengan bacaan al-Quran atau hadist, nasihat dan pengajaran oleh pembimbing yakni, dan akan diakhiri dengan sesi soal-jawab antara pembimbing (naqib atau naqibah) dengan yang dibimbing (ahli usrah). Tambahan pula, kita hendaklah menyedari bahawa usrah juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W, dimana ia sangat besar sumbangannya ke arah pembentukan seseorang individu yang pakar. Alangkah indahnya sebuah jemaah apabila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’.


Selain itu, di dalalam gerakan usrah, terdapat beberapa masalah, antaranya apabila usrah tersebut telah dilabelkan sebagai ‘tunjang jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Dimana usrah tersebut telah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab semata dan nakib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah ilmu ulangan. Usrah sehala sebegitu adalah tidak wajar diwujudkan kerana ia kurang mampu untuk membantu membangunkan diri dan mencabar minda ahli usrah tersebut.  


Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_9

ILMU ISLAM BUKAN UNTUK PROGRAM PENGAJIAN ISLAM



Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibn Majah dan lain-lainnya)

 Hadis yang ringkas yang dibaca pada kali ini, saya yakin selalu didengar oleh para pembaca sekalian iaitu yang berhubung dengan kelebihan menuntut ilmu. Dimana di dalam al-Quran, Allah swt mengajar kita akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita.
Seperti firman Allah SWT melalui Surah Thahaa:114 umpamanya, telah mengajar Nabi saw, "...Katakan oleh mu wahai Muhammad saw: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku."... Maknanya, ilmu ini adalah suatu benda yang Allah perintahkan kita supaya ditambah tiap-tiap hari. Tidak boleh dikurangkan kerana doa daripada Nabi SAW tadi mengajar supaya ditambah, bukannya dikurang.

Ini bermakna, Allah SWT ajar kita supaya kita ni sentiasa menambah ilmu...Ayat dari Surah Thaahaa tadi adalah dalil yang pertama berkenaan menuntut Ilmu. Ini pula adalah dalil yang kedua, iaitu melalui Surah al-Mujaadalah:11 -  Dari ayat ini, Allah SWT telah mengangkat darjat orang-orang yang beriman yang berilmu pengetahuan. Firman Allah swt yang bermaksud, "...dan sesungguhnya Allah telah mengangkat dikalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan...". Inilah dia besarnya kesan ilmu di dalam kehidupan manusia.


Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_8