Tuesday, 28 July 2015

POLITIK KEPARTIAN VS POLITIK KAMPUS

Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu sehingga kini. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Imam Hasan al-Banna pernah menyatakan beliau menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Beliau juga berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran.

Hari ini perbalahan dan kekacauan politik yang tidak sihat dalam kalangan umat Islam sangat membimbangkan. Hal ini berkemungkinan akan meruntuhkan serta merosakan sistem politik demokrasi bertapis yang sedia ada kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam di bawah konsep hak sama rata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai sifat dendam yang melampau. Pandangan ulama Islam sama ada yang silam atau kontemperori hampir sama antara satu sama lain walaupun ungkapannya berbeza. Antara dua unsur yang perlu ada dalam pengertian negara Islam iaitu kekuasaan pemerintah dan berjalannya hukum syariat.


Persoalan yang timbul apabila sesebuah negara Islam itu terbentuk dengan sifat yang disebutkan, kemudian hilang salah satu atau kedua-dua ciri yang disebutkan iaitu kekuasaan pemerintah dan perlaksanaan hukum dengan sebab penjajahan atau seumpamanya, adakah hilang sifat keIslaman negara tersebut? al-Rashid berpendapat bahawa mana-mana negara Islam yang dijajah oleh penjajah kekal sebagai negara Islam. Palestin adalah negara Islam walaupun dijajah oleh Yahudi. Begitu juga Republik Soviet Union yang dahulunya Islam kemudian dijajah kekal sebagai negara Islam. Bahkan, walaupun dijajah dalam tempoh masa  yang lama, selama masyarakatnya masih Islam”.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_5

No comments:

Post a Comment