Dimaklumi
yang kita sebagai mahasiswa dijemput menyertai Jemaah Islam bernama ABIM ketika
di alam kampus ialah bertujuan untuk menyediakan 'amilin untuk ABIM. Secara tak
langsung jemputan untuk menyertai bahtera Jemaah Islam Kampus (PKPIM)
sebenarnya ialah jemputan untuk kita menyertai bahtera ABIM di lapangan luar
kampus. Menjadi ahli PKPIM atau BGN tidak lama. Dalam 3-6 tahun kemudian tamat.
Jadi tidak mungkin kita diajak untuk bersama-sama beramal Islami sekadar untuk
tempoh tidak sampai sedekad itu. Rugi. Sangat rugi. Lebih baik tidak perlu
bersama Jemaah Kampus jika sekadar mahu aktif ketika di kampus sahaja. Lebih
rugi kerana sekadar mengisi masa atau lebih tepat "seronok" bergerak
kerja bersama kawan-kawan. Itu belum lagi menyentuh soal ikhtilat yang
menyebabkan kita seronok sendiri. Ya Allah, jagalah niat kami !
Sebab
itu penting untuk setiap ahli PKPIM atau BGN Kampus apabila pulang ke kampung
halaman, bersama pula dengan ABIM negeri. ABIM negeri sebenarnya jambatan
penghubung antara PKPIM dan jemaah induk (ABIM) di lapangan sebenar.
Kegagalan
untuk seseorang ahli Jemaah Kampus itu melibatkan diri dengan ABIM Negeri akan
mengakibatkan ahli Jemaah Kampus tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian
dengan perjuangan Jemaah. Ini akan menyebabkan seseorang ahli Jemaah itu mudah
'lesap' selepas alam kampus.
Fathi
Yakan menyebut bahawa seseorang abna'ul harakah itu perlu faham bahawa
perjuangan Islam itu ialah perjuangan yang berterusan dan tidak terbatas di
akhir alam kampus atau penamat zaman bujang. Sudah jelas ahli PKPIM atau BGN
Kampus sekadar sementara sebaliknya yang berterusan sepanjang hayat ialah
intima' bersama jemaah induk iaitu ABIM.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya:
“Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh (cergas) dan setiap
kecergasan ada masa jemu…”.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_1/1
No comments:
Post a Comment