Tuesday, 28 July 2015

JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN

Bangsa Melayu lahir dari pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup terkenal dengan kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian komitmen keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan Melayu, Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan, maka ungkapan tersebut seharusnya dilengkapkan dengan menyebut syaratnya, “selagi mereka berilmu dan beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat.

Persoalan yang timbul mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini, timbulnya pelbagai istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan), global village (desa buana), global culture (kebudayaan global) dan lain-lain yang mengesankan seola-olah segalanya sudah serba global, tidak ada lagi negara nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya tempatan serta hilang nilai jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan promosi dan menjual idea dan budayanya.


Bermula pada abad ke 13 masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara menyeluruh hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir seluruh lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan perbezaan sosial yang baru berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana yang tertulis di dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Proses pembinaan watak Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi. Dengan ancaman penjajahan waktu itu sekaligus membangkitkan semangat mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan. Perkembangan ini telah menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat Melayu menentang kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.

Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1

No comments:

Post a Comment