Friday, 24 April 2015

JANGAN BANYAK BERTANYA?




Salah seorang telah menyoal kepada Ibnu Umar (r.a):

"'Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran sesuatu mengenai bersolat di dalam aman dan bersolat di dalam ketakutan sebaliknya Allah tidak berfirman sesuatu mengenai solat di dalam perjalanan"

Beliau menjawab:

"Duhai anak saudaraku! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad (s.a.w) sebagai PesuruhNya kepada kita apabila kita berkeadaan jahil dan tidak mengetahui apa-apa. Seterusnya hendaklah kita menurut apa yang telah kita lihat baginda lakukan"


Ini menunjukkan bahawa tidak perlu setiap peraturan patut diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran. Amalan -amalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w) adalah sebaik-baik panduan untuk kita beramal.

Baca Selanjutnya di :

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_5

IKHTILAT DAN BATASANYA

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) sering berlaku di mana-mana samada dalam menuntut ilmu, gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, bersosial dengan masyarakat dan sebagainya. Namun masih ramai yang keliru dengan hokum sebenar dan batasan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia haram da nada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah harus.

Bersesuaian dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini lebih sesuai kita mengambil hokum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Hal ini kerana ikhtilat adalah fitrah, ia memang salah satu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Maka, ia memerlukan etika yang betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan seperti penzinaan, “bercouple”, keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku beliau yang bertajuk Fatwa Al Mar-atul Muslimah, pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan berlandaskan batas-batas atau tujuan yang bertul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Baca selanjutnya di :-

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_4



UKHUWAH ISLAMIAH




“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T. supaya kamu mendapat rahmat”

(Al-Hujurat:10)

Berdasarkan dalil di atas jelas sekali Allah berfirman bahawa semua Muslim adalah bersaudara. Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani iaitu ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah S.W.T. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh larangan Rasulullah SAW terhadap permusuhan antara Muslim. Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak seorang muslim memutuskan silaturrahim dengan saudara muslimnya lebih dari tiga malam yang masing-masing saling mengangkat muka apabila berjumpa. Yang terbaik di antara mereka adalah yang memulakan mengucapkan salam kepada yang lainnya”.

(H.R. Bukhari dan Muslim).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Baca aktikel selanjutnya di :

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_3_baru


Thursday, 23 April 2015

ADAB BERBEZA PANDANGAN

Perbezaan pendapat manusia sama ada di dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama ataupun urusan dunia  merupakan lumrah hidup dan tabiat hidup manusia.  Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertikam lidah sesama sendiri sehingga kita tidak menhiraukan adab dan etikanya.  Bahkan di dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan.  Contohnya, syariat Islam itu menggalakkan umatnya bermusyawarah yakni perbincangan untuk menentukan atau menetapkan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah tersebut akan melahirkan suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang sihat.  Tambahan pula, di dalam perbincangan  tersebut, kita hendaklah berteraskan kepada akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya..

Terdapat di kalangan umat Islam yang terlalu taksub dengan cara merendah-rendahkan pandangan serta pendapat orang lain yang tidak sealiran dengannya. Jika masalah tersebut tidak ditangani dengan bijak, kemungkinan besar ia boleh menimbulkan perbalahan yang akan memberi impak negatif kepada Islam. Perbezaan ini adalah ketetapan Allah atau sunnatullah. Allah telah berfirman yang bermaksud : 

Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa berselisihan.”

 (Surah Hud, ayat 118)

Baca Selanjutnya di :

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_2/1



RUKUN USRAH 3 TA’




Usrah merupakan tonggak utama didalam setiap gerakan Islam. Usrah bukanlah suatu majlis ilmu semata-mata tetapi ia merupakan suatu majlis bagi meningkatkan komitmen kepada Islam dan membincangkan masalah organisasi di dalam jemaah.

Sesungguhnya, usrah adalah sebuah nizam yakni SISTEM. Manakala liqa' iaitu perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya. Andaikata sistem ini lemah, nescaya ia akan melemahkan sesebuah gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai asasnya. Hassan Al-Banna telah  berkata: "Berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini".

Usrah bermaksud keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong - menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Sejarah usrah telah bermula pada zaman Rasulullah S.A.W. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah S.A.W. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Qur
aisy.

Rukun usrah terdiri daripada 3 Ta’  yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi bebanan yang tidak membawa sebarang erti. Antara 3 Ta’ tersebut ialah:

Baca selanjutnya di :

http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_1/1

Monday, 1 December 2014

Kenapa kita buat apa yang kita suka buat?









Teringat saya pada satu sesi taaruf dalam program yang lepas. Ketika itu, kami sedang bertaaruf dalam satu bulatan gembira. Apa yg menariknya untuk sesi taaruf kali ini selain daripada berkongsi mngenai maklumat diri yang asas, kami dihadiahkan satu soalan “Apa yang kamu suka buat dan kenapa?”

Dalam ramai-ramai yang berkongsi, saya tertarik pada kata-kata salah seorang hewi pada ketika itu. Menurutnya, dia suka mendaki gunung. KENAPA?

“..sebab hobi kita sama macam apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Saya suka mendaki bukit, sebab bukit itu tinggi. Makin tinggi,  makin sukar kan? Macam itulah juga kehidupan kita. Makin kita melangkah ke hadapan, makin sukar. Bermacam-macam halangan yang kita perlu hadapi. Boleh saja kita pilih untuk bersiar-siar di tepi pantai daripada mendaki bukit. Kenapa perlu bersusah jika boleh memilih untuk senang?”

*err..sentap yang bagi tahu hobi dia suka bersiar-siar tepi pantai tadi..*

“Apa yang membezakan antara kedua hobi ini adalah, kepuasan. Makin banyak yang kita berikan, makin banyak yang kita usahakan, makin banyaklah yang kita dapat. Mendaki bukit ini sesuatu yang mencabar, tapi di akhir pendakian ini.. kita dapat melhat matahari terbit/terbenam. Begitulah juga dalam kehidupan kita ini. Makin banyak kita usaha, makin banyaklah kita dapat.. Wallahualam.

Cantik sekali.. cantik perancangan Allah SWT buat hamba-hambaNya. Teruskan Perjuangan!

HIDUP BIAR BERJASA

Saturday, 13 September 2014

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA CAWANGAN UNIVERSITI SELANGOR
12 SEPTEMBER 2014

GESAAN MEMPERKETAT KERAHSIAAN SOALAN PEPERIKSAAN UPSR

PKPIM Unisel turut sama ingin menyatakan kekesalan di atas kebocoran soalan matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Umumnya, seluruh Negara masih belum reda dalam mengunggapkan kekesalan akan penundaan tarikh calon menduduki kertas Sains yang sepatutnya dijadualkan pada hari Khamis ditangguhkan ke 30 September (kerana soalannya didapati tersebar di laman media) : hari ini pula negara dikejutkan dengan kenyataan Kementerian Pendidikan yang mengumumkan murid Tahun 6 terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana terdapat kebocoran soalan.

Memetik dari kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan pada 10 September, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Isu kebocoran soalan ini perlu ditanggapi dengan sangat serius kerana impak negatif dari kebocoran soalan ini sangat destruktif, bukan sahaja merugikan pelajar yang tidak terlibat dan terdedah dengan sebaran soalan bocor, malah meletakkan pelajar yang sebenarnya tidak layak di posisi yang tidak sepatutnya, misalnya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah berprestasi tinggi.

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar perihal soalan peperiksaan 'bocor'. Malah ketirisan ini sudah didengungkan sejak lama dulu, sebelum zaman kepesatan media sosial dengan segala informasi terkini mudah tersebar melalui ‘Instant Messaging’ seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, WeChat dan lain lain.

Pelajar cemerlang yang terhasil dengan bantuan soalan bocor tidaklah jauh berbeza dengan seperti hadirnya produk produk cetak rompak yang memalsukan citra asli produk produk asli tapi hakikatnya memiliki kecacatan dan ambivalensi dari pelbagai sudut seperti contoh; ‘Inferior’ dari segi kualiti, culas dalam berusaha, bantut kreativiti dan lemah untuk berkreasi apatah lagi untuk diharapkan mampu untuk memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara yang menyeru kepada usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

PKPIM Unisel memandang serius akan perkara ini kerana ia sedikit sebanyak bukan sahaja akan mengganggu gugat emosi dan persediaan calon calon UPSR, malahan emosi ibu bapa dan guru guru yang tentunya lebih terganggu kerana mereka lah individu yang banyak terlibat di dalam proses persediaan calon calon sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu, PKPIM Unisel menggesa supaya siasatan menyeluruh perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengesan dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) harus mencari satu solusi dan mekanisme yang tepat bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan dapat dibendung pada masa akan datang, Hanya dengan tindakan segera, keyakinan dan kepercayaan rakyat akan integriti dan ketelusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan dapat dipulihkan semula.

Mohamad Azhaari Shah Sulaiman,
Amir PKPIM Universiti Selangor