30 September 2013 (Isnin)| 6.00pm-10.30pm
Seperti yang dirancangkan pada
minggu ini pimpinan PKPIM UNISEL akan mengadakan ziarah tokoh ke rumah Prof Dr.
Mat Noor Nawawi, Dekan Pengajian Pasca Siswazah Universiti Selangor. Rumah
beliau terletak di Pinggir Taman Tun Dr
Ismail, Kuala Lumpur. Beliau berasal daripada Pasir Mas Kelantan. Kemudian
beliau telah menetap di Kuala Lumpur, sehinggalah sekarang sudah 40 tahun
beliau di KL. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dan
menyambung Master dan PHD di luar negara.
Seramai 9 orang terlibat dalam
ziarah pada kali ini. Kami mula bertolak daripada UNISEL Bestari Jaya sekitar
pukul 6.00 petang. Sebelum ke rumah beliau kami singgah menunaikan solat
Maghrib di Masjid Al-Ghufran yang terletak berhampiran dengan rumah beliau. Ketibaan
kami di rumah Prof Mat Noor disambut dengan mesra oleh beliau. Pertemuan kami
dimulakan dengan sesi taaruf. Kemudian diteruskan dengan sesi perkongsian oleh beliau
mengenai latar belakang penglibatan beliau dengan jemaah. Antara yang menarik
ialah beliau merupakan antara mahasiswa yang pertama terlibat dengan ABIM di
awal penubuhan ABIM. Penglibatan beliau dalam ABIM bermula kerana beliau sering
menemani abang beliau Ustaz Ghazali menghadir usrah dan pertemuan jemaah. Dari
situ beliau sedikit demi sedikit mula terlibat dan bergerak aktif dalam gerakan
jemaah.
Selain itu, antara perkongsian
beliau ialah cara pelaksanaan kaderisasi yang digunakan oleh beliau dan
sahabat-sahabat sejemaah ketika mereka masih mahasiswa. Mereka menggunakan cara
pendekatan dengan memberikan khidmat bantuan dan bimbingan kepada para pelajar
baru yang masuk ke Universiti mereka dari segi bagaimana untuk mendapatkan
kemudahan pengagkutan dan perjalanan kehidupanj di kampus. Sangat kagum
mendengar cerita beliau, ketika beliau menuntut di UK beliau pernah keluar
daripada rumah awal pagi pada musim sejuk untuk menyambut pelajar-pelajar baru
daripada Malaysia di lapangan terbang. Tujuannya untuk mendekati dan membantu
mereka. Mungkin inilah salah satu semangat yang perlu dicontohi oleh para ahli
gerakan pada hari ini. Semangat untuk berkorban dan turun ke lapangan untuk
membantu. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu dalam proses kaderisasi
terutamanya di kampus.
Prof Dr Nawawi juga menasihati agar
setiap ahli gerakan harus cemerlang dalam akademik. Dalam menjalankan
kerja-kerja dakwah di kampus mahasiswa juga harus melaksanakan tugasan sebagai
seorang mahasiswa untuk menuntut ilmu. Perlu memanfaatkan masa semaksimanya dan
perlu bijak membahagi masa antara dakwah dan belajar. Kecemerlangan akademik
penting untuk membina kepercayaan masyarakat terhadap diri ahli gerakan.
Di samping itu, beliau juga
bercerita bahawa di zaman beliau bergerak dalam gerakan pernah terjadinya
pertukaran posisi kepimpinan dimana presiden menjadi exco, ataupun ahli majlis
tertinggi selepas tamat tempoh pelantikannya dan juga sebaliknya. Hal ini
menunjukkan bahawa soal jawatan bukanlah menjadi isu dalam sesebuah gerakan
tetapi kebersamaan dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah lebih utama daripada
jawatan tersebut.
Disediakan oleh:
-Ummahatul Hamimah binti Yatim


No comments:
Post a Comment