“Sesiapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang sedikit, hakikatnya
dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima
kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah.” (Riwayat
Nu’man Ibnu Bashir)
“Qanaah atau merasa cukup sesuatu yang telah sedia ada itu
merupakan suatu kumpulan harta yang tidak akan habis dan suatu perbandaharaan
yang tidak akan musnah.” (Riwayat Al-Qudhaai)
Dalam kehidupan, kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita
mahukan. Ada yang susah dari segi kewangan tetapi punyai ramai anak. Ada yang
kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata. Ini adalah sebahagian rahsia
Allah, bukan Allah tidak saying tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan
yang rapi untuk manusia.
Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang diberikan dan
janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat
semua yang kita mahukan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi
manusia yang riak dan lalai.
BISIKAN KE HATI
“Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita
dan keinginanku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang
ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku.
Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”
disediakan oleh : Layla Sa'idah
No comments:
Post a Comment