Sunday, 1 December 2013

IHYA' ULUMUDDIN : BAB 3

 Tentang ilmu yang terpuji menurut orang-orang umum pada hal tidak termasuk ilmu yang terpuji dan di dalamnya terdapat penjelasan. Kadang-kadang sebahagian ilmu itu tercela, penjelasan pengantian ilmu yang tinggi iaitu fiqh, ilmu, tauhid, tadzkir dan hikmah dan penjelasan tingkat yang terpuji dan yang tercela dari ilmu syariat.

Penjelasan tentang apa yang diganti dari lafal-lafal ilmu
1.      Lafal pertama adalah fiqh (hukum)

Ianya mutlak untuk menyebut ilmu akhirat, pengetahuan, bahaya-bahaya nafsu secara detail, hal-hal yang merosakkan amal, kuatnya pengetahuan tentang minatnya dunia sangat memperhatikan kepada kenikmatan akhirat dan takut di hati. Hal ini ditujukan oleh firman Allah “Azza Wajalla”.

Ertinya ; Agar mereka mendalami mengenai agama dan ajar mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka .

2.      Perkataan yang kedua adalah ilmu

Dahulu ilmu yang digunakan untuk menyebut ilmu mengenai Allah Taa’la, tanda-tanda dan perbuatannya terhadap hamba dan makhluknya sehingga ketika Umar r.a meninggal dunia tetapi sekarang secara khusus boleh digunakan oleh semua manusia. Contoh kita nak makan pun memerlukan ilmu iaitu ilmu berfikir bukan itu saja kita manusia nak menghadap Allah SWT pun memerlukan ilmu ibadah kita bukan saja-saja atau suka-suka hendak meninggal.

3.       Lafal yang ketiga adalah tauhid (ketuhanan)

Adalah permata indah dan tauhid itu mempunyai dua kulit di mana salah satu dari keduannya lebih jauh dari isinya dari kulit yang lain. Manusia mengkhususkan nama (tauhid untuk kulit dan tindakan menjaga kulit, namum mereka melalaikan isi secara keseluruhan.

Ayat pertama diucapkan ialah “La ila ha il la Allah” yang membawa maksud tiada tuhan selain daripada Allah.

Selain itu, di dalam hati agar tidak ada penyelisihan dan pengingkaran mafhum perkataan ini. bahkan hati yang zahir itu mencakup terhadap iktikadnya. Bukan itu saja, isi iaitu melihat seluruh urusan dari Allah Taa’la iaitu suatu pandangan yang memutus penolehannya yang tidak menyembah selain daripada Allah. Bahkan keluar dari tauhid adalah setiap orang yang mengikuti hawa nafsu ia telah menjadikan hawa nafsunya sebagai sembahnya.

            Ada dua cara yang perlu anda ikuti antaranya :
1.      Adakalanya sibuk dengan dirimu
2.      Adakalanya meluangkan waktu untuk orang lain setelah selesai urusan kamu sendiri.


         Jika kamu menghendaki akhirat, mencari keselamatan dan lari dari kebinasaan yang abadi maka sibuklah kamu dengan ilmu. Sesungguhnya  apabila hati kosong dari sesuatu yang tercela maka hati menjadi penuh dengan sesuatu yang terpuji “ seperti tanah apabila bersih dari rumput maka padanya tumbuh bermacam-macam tumbuhan dan harum-haruman. Dan jika tanah itu kosong dari tumbuhan maka tisdslsh tsnsmsn yang harum-haruman. Jaganlah kamu mensia-siakan masa umur kamu kerana mencari ilmu amat payah untuk mengejarnya sedangkan umur manusia hanyalah singkat.

Disediakan oleh :
-Hazirah binti Muhammad Rosli
(Ijazah Sarjana Muda [Kepujian] Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

No comments:

Post a Comment