“Orang yang beriman itu hati mereka jadi tenteram kerana mengingati
Tuhan. Ingatlah bahawa dengan mengingati Tuhan, hati menjadi tenteram. Orang
yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka beroleh untung yang baik
dan tempat kembali yang utama.” (Surah Ar-Ra’ad) ayat 28-29)
“Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu. Dialah yang menurunkan
semangat tenang tenteram ke hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan
dan keyakinan mereka di samping keimanan mereka yang sedia ada.” (Surah Al-Fath
ayat 4)
Jiwa aman, fikiran lapang boleh diperoleh dalam apa bentuk keadaan
sekalipun. Kita boleh melalui hari-hari dengan ceria, gembira tidak kira dalam
keadaan apa sekalipun diri kita. Rahsianya adalah dengan mengingati Allah dalam
senang, dalam susah, dalam suka dan dalam duka.
Cahaya kedamaian selalu menyinari jiwa orang yang hatinya dekat
dengan Allah. Sama ada mereka kaya berada atau miskin tidak berharta , mereka
sihat atau diuji dengan kesakitan, meraka masih boleh tenang andai dalam hati
ada Tuhan. Pendek kata krisis hidup bukanlah penamat kehidupan, andai mereka
reda, hati mereka akan terus tenteram.
BISIKAN KE HATI
“Aku sentiasa dekat dengan Allah. Jiwaku aman, fikiranku tenang
walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Hari-hariku ceria dan penuh harapan.
Aku tidak gundah risau, malah mampu tersenyum kerana aku yakin kebaikan yang
Allah janjikan untukku. Dia telah meniup ketenangan dan ketenteraman dalam
hatiku.”
disediakan oleh : Layla Sa'idah
No comments:
Post a Comment