Saturday, 30 November 2013

KENIKMATAN DALAM SYURGA

Syurga merupakan hadiah dari amal baik dan ibadah manusia ketika ia masih hidup. Segala perbuatan dan tingkah laku manusia ketika ia masih hidup akan dicatat kemudian akan di akumulasi di akhirat. Bagi manusia yang memiliki amalan, ibadah dan perbuatan baik melebihi dari amalan buruknya, maka hadiah syurga dari Tuhan Yang Maha Esa sebagai akhir dari segalanya berhak ia terima. Sebaliknya bagi manusia yang selalu dipenuhi dengan dosa ketika ia masih hidup,ganjaran yang ia terima adalah neraka.

Syurga adalah suatu tempat yang penuh dengan kemewahan, keindahan yang tidak pernah akan terdapat dimuka bumi. Ada gambaran yang menyatakan bahawa di dalam syurga dipenuhi dengan buah-buahan, sungai yang airnya adalah air susu dan madu serta diindahkan lagi dengan hiasan bidadari, taman-taman dan hamparan bunga yang harumnya tidak akan pernah dapat dibayangkan didunia ini. Bahkan di syurga kelak segala keperluan manusia akan dicukupkan. Hal ini adalah disebabkan syurga merupakan hadiah termewah dari Tuhan Yang Maha Esa bagi manusia atas segala amalan ibadah serta perbuatan ia ketika masih hidup.

Antara nikmat dan ganjaran istimewa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh ialah:

Dapat melihat Allah
Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: “Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.” Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar-benar tiada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia.

Setelah mereka pulang, maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka,dan apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya, mereka kelihatan bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: “Kamu kini lebih elok dari yang biasa.” Abul-Laits berkata: “Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengertikan: "Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan.”

Makanan dan minuman penghuni Syurga
Dalam sebuah riwayat:Allah s.w.t menyuruh kepada Malaikat: “Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan pelbagai makanan dan terasa pada setiap suapan, rasa yang berbeza dari yang biasa, bahkan lebih lazat sehingga apabila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: “Berikan minum kepada hamba-hambaKu”.

Maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada setiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: “Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta apa sahaja,nescaya Aku tunaikan permintaanmu.” Jawab mereka: “Kami minta redhaMu.kami minta redhaMu.” dua tiga kali mereka mengulangi ucapan yang sama. Allah menjawab: “Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: “Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w : “Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan,minum dan jima’(bersetubuh).” Dia berkata: “Sedang orang yang makan ,minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tiada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w: “Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.”

“Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al-Waqi’ah:20-21). Adapun buah-buahan syurga adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala (yang artinya),“Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: ‘Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka diberi buah-buahan yang serupa” (QS. Al Baqarah:25). Syaikh As Sa’diy r.h menjelaskan keserupaan dalam ayat diatas dengan, “Ada yang berpendapat serupa dalam hal jenis,namun berbeza dalam penamaan, ada pula yang berpendapat saling menyerupai antara satu sama lain, dalam kebaikannya, kelazatannya, kesenangannya, dan semua pendapat tersebut benar.“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari piala (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur,(yaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum,yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya”(QS. Al Insan : 5-6). Ibnu Asyur menjelaskan mengenai kafur “Yaitu minyak yang keluar dari tanaman yang hamper serupa dengan oleander yang tumbuh di negeri Cina, ketika usianya telah mencapai satu tahun mengalir dari dahannya minyak yang disebut kafur. Minyak tersebut kental,dan apabila bercampur dengan air jadilah ia minuman memabukkan”.

Oleh karena itu,“ka’san” dalam ayat ini maksudnya ialah piala yang biasa menjadi wadah khamr,sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir Jalalain.Kata “ka’san” ini juga dipakai dalam ayat, “Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe” (QS.Al Insan : 17) dan maksudnya ialah minuman arak yang telah bercampur jahe,karena bangsa Arab dahulu biasa mencampurkan arak dengan jahe untuk menghilangkan bau busuk yang timbul darinya.

Umur yang muda
Menurut Mu’az bin Jabal r.a,Nabi s.a.w bersabda:
       “Ahli syurga memasuki syurga dalam keadaan tidak berbulu pada mana-mana         bahagian tubuhnya,muda tanpa berjanggut dan bermisai serta dalam keadaan memakai celak mata.umur mereka 30 atau 33 tahun”(riwayat tirmizi,no.2545)

Rupa seperti Nabi Adam a.s
Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Allah Azza wa Jalla mencipta Adam dengan rupa bentuknya seperti manusia biasa cuma, tingginya 60 hasta, setiap orang yang masuk syurga pasti menyerupai Nabi Adam dan ketinggiannya 60 hasta.

Boleh terbang
Menurut Sulaiman Bin Buraidah, ayahnya menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w sama ada terdapat kuda dalam syurga. Lalu baginda menjawab: ‘Jika Allah memasukkan kamu ke syurga, kamu akan dinaikkan ke atas seekor kuda yang diperbuat daripada permata yaqut merah dan ia siap membawa kamu terbang ke mana sahaja mengelilingi syurga.’ Kemudian ada lagi seorang lelaki bertanya,katanya : ‘Wahai Rasulullah,adakah terdapat unta dalam syurga?’ Baginda tidak menjawab seperti yang dikatakan kepada rakannya sebelum itu tetapi baginda bersabda: ‘Jika Allah memasukkan kamu ke syurga, kamu bakal memperolehi apa sahaja kenikmatan yang kamu ingini.’ (Riwayat al-Tirmizi,no.2543)

Terdapat sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa Ja’far bin Abu Talib r.a(dikenali sebagai Ja’far al-Toyyar) terbang didalam syurga menggunakan dua sayap sebagai penghormatan Allah azza wa jalla kepadanya dan sebagai pengganti kedua-dua tangannya yang terputus semasa peperangan Mu’tah. Menurut Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda :
        "Aku melihat Ja’far terbang di dalam syurga bersama malaikat.(Riwayat al-Tirmizi)

   Disebutkan pula hadis Ibnu Abbas,dia berkata,Nabi s.a.w bersabda,“ketika saudara-saudara kalian mendapat musibah (di perang Uhud), maka Allah meletakkan roh mereka di dalam badan burung berwarna hijau yang berada di sungai-sungai syurga, memakan buah-buahannya dan kembali ke pelita-pelita yang menggantung di bawah lindungan ‘Arasy. Ketika mereka mendapatkan keselesaan makanan, minuman, dan tempat tidurnya, mereka bertanya,‘siapakah yang memberitahukan saudara-saudara kami, bahawa kami hidup di syurga dan diberikan rezeki, sehingga mereka tidak mundur dari medan peperangan dan tetap menyukai jihad?’Allah menjawab, ‘Akulah yang memberitahukan tentang kalian kepada mereka’. Maka kemudian turun ayat diatas.

Layanan dayang-dayang muda
Firman Allah s.w.t dalam surah al-insan ayat 19:
Maksudnya: "Penghuni syurga dilayan oleh kanak-kanak syurga yang mengelilingi mereka. Mukhalladun bermaksud mereka sebaya, umur mereka kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan daripada umur yang telah ditentukan.Ibnu Abbas r.a berkata, mereka adalah anak-anak muda yang tidak akan mati.”

Dalam surah Al Insan diatas:
 “.....apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan” Maksudnya apabila kamu melihat mereka beredar untuk berkhidmat kepada tuannya ramainya jumlah mereka, keceriaan wajah, keindahan pakaian serta penampilan mereka, tentulah kamu menyangka mereka bagaikan mutiara yang bertaburan. Ini hanyalah sekadar perumpamaan kerana keadaan ini mestilah lebih indah jika dibandingkan dengan mutiara bertaburan apatah lagi diletakkan dalam tempat yang indah pula.(Sakinah Ariff Johor 2008)

Ulama berbeza pendapat berkenaan siapakah sebenarnya kanak-kanak itu. Diriwayatkan daripada Ali Bin Abu Talib r.a dan Al-Hasan al-Basri bahawa yang dimaksudkan dengan kanak-kanak disini adalah anak-anak kaum muslimin yang mati dalam usia kecil. Mereka tidak mempunyai amal baik atau amal jahat. Menurut Salman r.a,anak-anak kaum musyirikin pula adalah pembantu ahli syurga.

Al-Hasan berkata mereka tidak mempunyai amal baik untuk diberi ganjaran,dan tidak pula amal jahat untuk diseksa. Oleh itu,mereka diletakkan ditempat ini. Namun Syeikh al-Islam r.h berkata, pendapat ini tidak berasaskan kepada dalil. (Majmu’ al-fatawa,jil 4,ms 279)

Sebahagian Ulama berkata,kanak-kanak tersebut memang dicipta oleh Allah untuk melayani ahli syurga dan meraka tidak melalui proses kelahiran. Pendapat terakhir ini disokong oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah r.h ketika beliau ditanya mengenai masalah ini.

Menurut beliau:
“Kanak-kanak yang berada di sekeliling ahli syurga adalah antara makhluk syurga. Mereka bukan anak kepada manusia didunia apabila masuk syurga, mereka menjadi dewasa seperti penghuni syurga yang lain. Rupa mereka seperti Nabi Adam berusia 30 tahun, ketinggian mereka 60 hasta dan lebar badan mereka tujuh hasta. (Majmu’ al-fatawa,jil.4,ms 312)

Ibnu qayyim r.h menyokong pendapat ini. Menurutnya, pendapat yang lebih kuat adalah kanak-kanak tersebut merupakan antara makhluk syurga sama seperti bidadari yang menjadi pelayan bagi penghuni syurga. Dengan rahmat Allah, Dia menjadikan anak-anak untuk berkhidmat kepada ibubapa, bukan menjadi orang suruhan mereka di dunia. 

Bidadari Syurga 
Bidadari syurga,makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, dan yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum dilehernya: "Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku." 

“Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah.” (Al-Imran:15)

“Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.” (Ad-Dukhan:54) “Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya.” (Al-Waqi’ah:22). “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).” (Al-Waqi’ah:35-36). “Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.” (Sad:52). “Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” (Ar-Rahman:56-58). “Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya.” (As-Saffat:48). “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.” (Ar-Rahman:70). “Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.” (Ar-Rahman:72-74).

    “Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

      Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

      Rasulullah s.a.w bersabda:“Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim). Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

     Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

     Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

      Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

      Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

       Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

       Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

       Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi).

          Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

        Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya”

       Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

          Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

       Ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Walau bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan boleh membayangkan sesuai dengan rupa aslinya, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

Tidaklah susah bagi manusia untuk dapat masuk ke syurga, rahsianya hanyalah iman dan taqwa kepada Allah s.w.t,serta amalan-amalan baik ketika didunia. Inilah yang menjadi modal utama bagi manusia untuk dapat menikmati segala keindahan dan segala kemewahan di syurga.

Allah s.w.t juga tidak menutup pintu syurga bagi manusia yang kehidupannya dipenuhi dengan dosa dan ketelanjuran melakukan kemaksiatan. Hal ini kerana  sesungguhnya Allah s.w.t maha pengampun dan maha pemurah.Allah menyediakan pintu keampunan dan kasih sayangNya yang luas buat hamba-hambaNya untuk menebus segala kesalahan dan noda yang dahulu menjadi rutin kehidupan seharian.

Syurga adalah tempat mendapat kenikmatan yang telah disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman, ikhlas dan bertaqwa, serta yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Di dalam syurga terdapat pelbagai kenikmatan yang akan kita kecapi walaupun tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah mendengar dengan telinga, serta tidak pernah terlintas didalam hati manusia sepertimana yang digambarkan dalam beberapa firman Allah yang bermaksud:
      “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu adalah  sebaik-baik makhluk. Balasan mereka disisi Ya Rabb mereka ialah syurga Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun redha kepada-Nya.Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Surah Al-Bayyinah : 7-8)


     “Tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka,iaitu (bermacam- macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan    (Surah As-Sajadah : 17)

SIFAT-SIFAT SYURGA

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:"Ya Rasullullah,dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, Allah berfirman didalam al-quran yang bermaksud: “Dan naungan yang memanjang terus. Didalam syurga kesenangannya tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia.

Hal ini terbukti di dalam maksud ayat Allah didalam Al-quran: “Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat tinggal didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Maka,sesiapa yang bercita-cita untuk merasai nikmat syurga, dia haruslah sentiasa mengikut segala perintah Allah dan sentiasa berusaha untuk meninggalkan segala larangannya. Allah berfirman dalam Al-quran yang bermaksud: “Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.”

Mujahid berkata: "Bumi syurga adalah dari perak, dan tanahnya dari permata, dan urat-urat pohonnya dari perak, dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya terletak indah dibawah, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar. Buktinya, Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: “Apakah cermin yang putih ini?” Jawabnya: “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan untuk ummatmu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan pada hari Jumaat, jika seorang mukmin berdoa untuk kebaikan, pasti Allah akan maqbulkan atau mohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu bahaya, pasti akan dihindarkanNya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan).”

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah Yaumal Mazid itu?” Jibril menjawab: “Tuhan telah membina sebuah lembah di syurga Firdaus, disana terdapat anak bukit dari permata kasturi dan pada setiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, syuhada’ dan para solihin, sedang mereka ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuji Allah, lalu Allah berfirman:

    “Mintalah kepadaKu.” Maka kami semua memohon keredhaanMu. Allah menjawab:“Aku telah redha kepadamu,keredhaan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu.”

Kemudian Allah menampakkan kepada mereka zatNya, maka tidak ada hari yang paling menggembirakan, sebagaimana hari Jumaat kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka. Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi”  (QS. Az-Zumar : 20).

Dari Abu Musa Al Asy’ari,Nabi s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan khemah yang diperbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya,di sekelilingnya pula tinggal orang mukmin yang lain. Namun mereka tidak saling melihat antara satu sama lain.


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husnu ma ab.” Thuba ialah sebatang pokok di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan dihinggapi burung-burung besar sehingga apabila seorang menginginkan burung,ia dapat memanggilnya dan burung tersebut akan jatuh diatas meja makannya, dan apabila burung tersebut telah dimakan separuh bahagian nya, ia boleh terbang kembali."

PINTU-PINTU SYURGA

Syurga memiliki banyak pintu dan nama bagi setiap pintu adalah berbeza. Di dalam sebuah hadis, seorang sahabat Sahl bin Sa’ad r.a berkata dari Rasulullah s.a.w : “Di dalam syurga terdapat lapan buah pintu, di antaranya adalah Ar Rayyan. Tidak ada yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa”.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri diatas seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad di jalan-Nya”. Tingkat syurga yang paling tinggi ialah syurga Firdaus.

Nabi Muhammad telah memerintahkan kepada ummatnya supaya berdoa memohon syurga Firdaus melalui sabdanya,yang bermaksud: “Jika kalian meminta pada Allah mintalah kepadaNya Firdaus, karena sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling utama, dan merupakan tingkat tertinggi dari syurga, di atasnya terdapat ‘Arsy Ar Rahman dan dari Firdaus itulah memancar sungai-sungai syurga”

Dari Utbah bin Ghazawan r.a pula, beliau berkata mengenai lebar bagi setiap pintu syurga. “Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami bahawasanya jarak antara daun pintu ke daun pintu syurga lainnya adalah sepanjang perjalanan empat puluh tahun, dan akan datang suatu hari ketika orang yang memasukinya harus berdesakan.”Lapan buah pintu-pintu syurga adalah seperti berikut:

1) Syurga Firdaus
 Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al Qur'an,surah Al Kahfi, ayat 107,Allah s.w.t. telah menegaskan:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus menjadi tempat tinggal". Juga ditegaskan dalam Al Qur'an, surah Al Mu'minun, ayat 9-11.

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ.أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ.الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang-orang yang akan mewarisi (iaitu) yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".

         2) Syurga ‘Adn
Syurga 'Adn ini telah banyak kali dijelaskan di dalam Al Qur'an. Antaranya firman Allah swt. di dalam surah Thaha, ayat 76 yang berbunyi :

جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ مَنْ تَزَكَّىٰ

Bermaksud :  
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (semasa didunianya dari berbagai dosa)".

Firman-nya lagi didalam surah Shaad, ayat 50 :

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ

"(iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka".

         3)Syurga Na'im
Dalam Al Qur'an surah al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan :

الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Yang bermaksud:
"Maka orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".

Firman-Nya lagi dalam surah Al Luqman,ayat 8 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan".
            
            4)Syurga Ma'wa
Terlalu banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, antara lainnya adalah dalam Surah As Sajadah, ayat 19 Allah s.w.t. menegaskan:

أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka mendapat syurga-syurga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".

Firman-nya lagi didalam surah An Naazi'aat,ayat 41:

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ

"Maka sesungguhnya syurga ma'wa lah tempat tinggal(nya)".

            5)Syurga Darussalam
Telah banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, diantaranya ialah di dalam surah Yunus, ayat 25 :

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيم

"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni syurga),dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

             6)Syurga Darul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Allah swt. di dalam Al Qur'an, surah Faathir, ayat 34-35:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ.الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi Allah yang telah mengapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".

           7)Syurga maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surah Ad Dukhan, ayat 51:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertawakal tinggal didalam tempat yang aman (syurga)".

             8)Syurga Khuldi
Di dalam Al Qur'an dalam surah Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan :

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءًوَمَصِيرًا


"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa,sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".

Disediakan oleh :
-Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)

SYURGA JALAN YANG INDAH

Syurga (Al Jannah) secara bahasa berarti kebun (al bustan), atau kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis pokok. Bangsa Arab juga biasa menggunakan perkataan Al Jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara istilah, syurga ialah nama yang umum merangkumi suatu tempat (yang telah disediakan oleh Allaah bagi mereka yang mentaati-Nya), di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pandangan mata.

Allah s.w.t telah menggambarkan kenikmatan syurga melalui pelbagai cara. Terkadang, Allah memancing akal sihat manusia melalui firman-Nya dalam hadits qudsi,Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Aku sediakan kepada hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga,dan tidak pernah terlintas dalam fikiran seseorang manusia pun". Oleh itu, bacalah firman Allah didalam surah Al-Sajadah : "Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka daripada segala jenis nikmat yang amat indah dipandang dan menggembirakan.” (Riwayat al-Bukhari, no 3072 dan Muslim, no 2824).

            Dalam kalam yang lain, Allah membandingkan kenikmatan syurga dengan dunia untuk menjatuhkan dan merendahkan martabat dunia. Rasulullah s.a.w bersabda,“Tempat-tempat di dalam syurga lebih baik dari dunia dan seisinya”. Kenikmatan syurga juga Allah Ta’ala telah gambarkan dengan menyebut manusia yang dapat memasuki syurga dan selamat dari azab neraka sebagai orang yang mendapat kemenangan yang besar. Sebagaimana Allah ta’ala berfirman :

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ {13}

Maksudnya:
         “Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya, dan itulah kemenangan yang besar” (QS. An-Nisaa’ : 13).


Disediakan oleh :
-Hasinah binti Mohammad
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)





HADITS ARBA'IN NAWAWIYAH : MUHYIDDIN YAHYA BIN SYARAF NAWAWI

HADITH 41

لاَيُؤْمِنُأَحَدُكُمْحَتَّىيَكُونَهَوَاهُتَبْعاًلِمَاجِئْتُبِهِحَدِيثٌحَسَنٌصَحِيحٌرَوَيْنَاهُفِيكِتَابِالْحُجَّةِبِإِسْنَادِصَحِيحٍ                                                                                  
Maksud Hadith : 

          Hadith ini hadith sahih yang diriwayatkannya dari kitab al-Hujjah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah. Dengan sanad yang baik.

          Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn ‘Amruibn al-’Aasr.a.beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa". (Hadits ini tergolong dha’if. Lihat Qawa’idWa Fawa’idminal Arba’in An-Nawawiyah ,karangan Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 167, juz 1, Jami’ Al Ulumwal Hikam oleh Ibn Rajab)

Pengajaran :

           Melawan hawa nafsu kita sehingga kafiia tunduk patuh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW semesti satu tuntutan dari cabang keimanan. Belum cukup sempurnalah iman jika diutamakannya hawa nafsu, jika diri menyintai maksiat lebih daripada mengamalkan ajaran Islam dan berbuat kebaikan. Adapun ungkapan ‘benar – benar beriman’ yang dimaksudkan bukanlah kerana jatuh kufur seseorang itu ataupun kerana jauhnya ia dari islam, melainkan ertinya imannya masih belum cukup sempurna atau adanya kepincangan pada imannya. Jika dilangsir, hadith ini adalah semakna dan bertepatan dengan firman Allahu Azza Wajjal dalam Surah al-Nisa’ ayat  65 yang maksudnya ; "Demi Tuhanmu, mereka tidak dikatakan beriman sebelum mereka berhukum kepada kamu mengenai perselisihan sesama mereka, mereka tidak berasa berat hati atas keputusan kamu serta menerima dengan pasrah sepenuhnya".

          Sebab turunnya ayat ini ialah karana Zubair bersengketa dengan seorang sahabat dari golongan Anshar dalam perkara air. Kedua orang ini datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam untuk mendapatkan keputusan. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam bersabda : “Wahai Zubair, alirkanlah dan tuangkanlah air kepada tetanggamu itu”. Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam menganjurkan kepada Zubair untuk bersikap memudahkan dan toleransi. Akan tetapi, sahabat Anshar itu berkata : “Apakah karana dia anak bibimu?” Maka merahlah wajah Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam kemudian sabda beliau: “Wahai Zubair, tutuplah alirannya sampai airnya naik keatas pagar kemudian biarkanlah hingga tumpah”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam melakukan hal semacam itu untuk memberi isyarat kepada Zubair bahwa apa yang diputuskan beliau mengandung mashlahat bagi golongan Anshar. Tatkala orang Ashar memahami sabda Nab Shallallahu ‘alaihiwa Sallam itu, maka Zubair menyedari apa yang menjadi hak dan kewajibannya. Karena kejadian itulah ayat ini turun.

         Hadits yang shahih dari Nabi ,beliau bersabda : “Demi diriku yang ada di dalam kekuasaan-Nya, seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sebelum ia mencintai aku lebih dari cintanya kepada bapaknya, anaknya, dan semua manusia”. Abu Zinad berkata :“Hadits sini termasuk kalimat pendek yang padat berisi, karena di dalam kalimat ini digunakan kalimat yang singkat tetapi maknanya luas. Cinta itu ada tiga macam, yaitu cinta yang didorong oleh rasa menghormati dan memuliakan seperti cinta kepada orang tua, cinta didorong oleh kasih sayang seperti mencintai anak dan cinta karena saling mengharapkan kebaikan seperti mencintai orang lain”.

           Ibnu Bathal berkata : “Hadits di atas maksudnya —Wallaahua’lam— adalah barang siapa yang ingin imannya menjadi sempurna, maka ia harus mengetahui bahwa hak dan keutamaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam lebih besar daripada hak bapaknya, anaknya dan semua manusia, karena melalui Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallaminilah Allah menyelamatkan dirinya dari neraka dan memberinya petunjuk sehingga terjauh dari kesesatan. Jadi, maksud Hadits di atas adalah mengorbankan diri dan jiwa untuk membela Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam berperang melawan bapak mereka atau anak mereka atau saudara mereka (yang melawan Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam). Abu Ubaidah telah membunuh bapaknya karena menyakiti Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam. Abu Bakar menghadapi anaknya, Abdurrahman, dalam perang Badar dan hamper saja anak itu dibunuhnya. Barang siapa melakukan hal semacam ini, sungguh ia dapat dikatakan kemahuan-kemahuannya tunduk kepada apa yang diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam kepadanya.

Wallahualam.

Disediakan oleh :
-Muhammad Azhaari Shah bin Sulaiman