Syurga memiliki banyak pintu dan nama bagi setiap pintu adalah
berbeza. Di dalam sebuah hadis, seorang sahabat Sahl bin Sa’ad r.a berkata dari
Rasulullah s.a.w : “Di dalam syurga terdapat lapan buah pintu, di antaranya
adalah Ar Rayyan. Tidak ada yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa”.
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga
terdiri diatas seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak
antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad di
jalan-Nya”. Tingkat syurga yang paling tinggi ialah syurga Firdaus.
Nabi Muhammad telah memerintahkan kepada ummatnya supaya berdoa
memohon syurga Firdaus melalui sabdanya,yang bermaksud: “Jika kalian meminta
pada Allah mintalah kepadaNya Firdaus, karena sesungguhnya Firdaus adalah syurga
yang paling utama, dan merupakan tingkat tertinggi dari syurga, di atasnya
terdapat ‘Arsy Ar Rahman dan dari Firdaus itulah memancar sungai-sungai syurga”
Dari Utbah bin Ghazawan r.a pula, beliau berkata mengenai lebar
bagi setiap pintu syurga. “Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami bahawasanya
jarak antara daun pintu ke daun pintu syurga lainnya adalah sepanjang
perjalanan empat puluh tahun, dan akan datang suatu hari ketika orang yang
memasukinya harus berdesakan.”Lapan buah pintu-pintu syurga adalah seperti
berikut:
1) Syurga Firdaus
Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al
Qur'an,surah Al Kahfi, ayat 107,Allah s.w.t. telah menegaskan:
إِنَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ
الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus menjadi tempat
tinggal". Juga ditegaskan dalam Al Qur'an, surah Al Mu'minun, ayat
9-11.
وَالَّذِينَ
هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ.أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ.الَّذِينَ
يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Dan orang-orang
yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang-orang yang akan mewarisi (iaitu)
yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".
2) Syurga ‘Adn
Syurga 'Adn ini telah banyak kali dijelaskan di
dalam Al Qur'an. Antaranya firman Allah swt. di dalam surah Thaha, ayat 76 yang
berbunyi :
جَنَّاتُ
عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ
مَنْ تَزَكَّىٰ
Bermaksud :
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya
mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal dan itulah (merupakan) balasan
bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (semasa didunianya dari berbagai
dosa)".
Firman-nya lagi didalam surah Shaad, ayat 50 :
جَنَّاتِ
عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
"(iaitu) syurga
'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka".
3)Syurga Na'im
Dalam Al Qur'an surah al Hajj, ayat 56. Allah
swt. telah menegaskan :
الْمُلْكُ
يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
Yang bermaksud:
"Maka orang-orang beriman dan
mengerjakan amal soleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".
Firman-Nya lagi dalam surah Al Luqman,ayat 8 :
إِنَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka bakal mendapat
syurga yang penuh kenikmatan".
4)Syurga Ma'wa
Terlalu banyak
dijelaskan didalam Al Qur'an, antara lainnya adalah dalam Surah As Sajadah, ayat
19 Allah s.w.t. menegaskan:
أَمَّا
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ
نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Adapun orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka mendapat syurga-syurga tempat
kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".
Firman-nya lagi didalam
surah An Naazi'aat,ayat 41:
فَإِنَّ
الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
"Maka sesungguhnya syurga ma'wa lah
tempat tinggal(nya)".
5)Syurga Darussalam
Telah banyak dijelaskan didalam Al
Qur'an, diantaranya ialah di dalam surah Yunus, ayat 25 :
وَاللَّهُ
يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيم
"Dan Allah menyeru (manusia) ke
Darussalam (yakni syurga),dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan
yang lurus".
6)Syurga Darul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Allah swt. di dalam Al
Qur'an, surah Faathir, ayat 34-35:
وَقَالُوا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ
شَكُورٌ.الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا
فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ
"Dan berkatalah mereka : Segala puji
bagi Allah yang telah mengapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan
kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di
dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".
7)Syurga maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan
Allah swt. didalam Al Qur'an, surah Ad Dukhan, ayat 51:
إِنَّ
الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ
"Sesungguhnya
orang-orang yang bertawakal tinggal didalam tempat yang aman (syurga)".
8)Syurga Khuldi
Di dalam Al Qur'an dalam surah Al Furqaan, ayat
15, Allah swt. telah menegaskan :
قُلْ
أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ
لَهُمْ جَزَاءًوَمَصِيرًا
"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa,sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".
Disediakan oleh :
-Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)
No comments:
Post a Comment