Di akhirat, para penghuni neraka
akan menjalani hukuman yang merupakan seksaan yang sangat pedih dan dahsyat.
Meraka akan menderita dalam api neraka sebagaimana firman Allah seperti
berikut:
“Dalam neraka jahannam, lalu dibakar
dengannya dahi mereka, dilambung dan punggung mereka.” (At-Taubah [9] :
35)
“Ketika dibelenggu dan rantai
dipasang di leher , mereka diseret ke dalam air yang sangat panas kemudian
mereka akan dibakar di dalam api neraka” (Al-Mu’min [40] : 71-72)
“Peganglah dia kemudian seretlah die
ke tengah neraka. Seterusnya tuangkanlah di atas kepala mereka air yang sangat
panas.Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang kuat lagi mulia.” (Ad-Dukhan
[44]: 47-49)
“Peganglah dia lalu diikat tangannya
ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
Seterusnya belitlah dia dengan rantai yang sangat panjang iaitu tujuh puluh
hasta”. (Al-Haqqah [69] : 30-32)
“ Maka orang kafir akan dibuatkan
untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke
atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu akan hancur luluh segala apa yang ada
di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Setiap kali mereka hendak
keluar dari neraka akan dikembalikan kedalamnya semula (neraka) serta dikatakan
kepada mereka : Rasailah azab yang sedang membakar ini” ( Surah Al-Hajj [22] :
19-22)
Seterusnya
ahli neraka dalam keadaan yang lebih teruk daripada haiwan untuk selama-lamanya.Mereka
juga tiada makanan selain dari buah yang pahit serta pokok-pokok yang berduri
iaitu pokok Zaqqum. Pokok ini tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan
kelaparan sedikitpun. Tetapi ia amatlah panas seperti tembaga cair yang sedang
mendidih dalam perut. Selain itu, mereka akan minum air panas yang sedang
menggeledak dan bernanah. Dengan kulit yang terkoyak dan daging mereka yang
terbakar. Mereka berada di dalam keadaan yang amat teruk dengan tangan diikat
dan dilemparkan ke kerak api. Tambahan pula , kehidupan yang perit ini akan
berlangsung selama-lamanya.
Seksaan
di dalam api neraka yang paling ringan diberikan kepada ahli neraka ialah kasut
api yang sangat berbisa. Ia dapat membuatkan otak mereka mendidih. Sebagaimana
firman Allah” Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan diberikan untuk
seksaan ialah orang yang telah diberikan sepasang kasut yang talinya dibuat
daripada api neraka. Kemudian didihlah otaknya kerana panasnya sama seperti
mendidih air panas di dalam periuk bahkan lebih panas. Dia mengira tiada
sesiapa pun yang menerima seksaan lebih dahsyat dari perkara itu, padahal
dialah orang yang mendapat seksaan yang paling ringan”
( hadis riwayat imam Bukhari
dan Muslim)
No comments:
Post a Comment