Terdapat beberapa jenis golongan yang
akan diheret ke neraka untuk menerima pembalasan atau seksaan kerana telah
melakukan kemungkaran dan melanggar perintah Allah s.a.w semasa hidup di
dunia. Golongan –golongan tersebut ialah mereka yang menjadi ‘kawan’ kepada
iblis laknatullah dimana iblis telah bersumpah dihadapan Allah untuk
menyesatkan seluruh ummat manusia.
Sudah
terang lagikan bersuluh,Allah telah memberitahu kepada manusia berdasarkan
surah Al-Isra’ ayat 62 yang bermaksud :
"Ia
(iblis) berkata,“terangkanlah kepadaku,inikah yang Engkau lebih muliakan
daripada aku? Sekiranya Engkau memberi waktu kepadaku sampai hari Kiamat, pasti
akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.
Kemudian
Allah juga telah member amaran keras dari awal bahawa pengikut-pengikut syaitan
akan dihumban kedalam neraka seperti didalam surah yang sama ayat 63 Allah
berfirman yang bermaksud:
“Pergilah,tetapi
barang siapa diantara mereka yang mengikuti kamu,maka sungguh neraka Jahannam
lah balasanmu semua,sebagai pembalasan yang cukup.”
Antara sepuluh golongan yang disebut
dalam sebuah hadith berdasarkan perbualan diantara iblis dan Rasulullah s.a.w
ialah :
1. Hakim yang tidak adil
2. 0rang kaya yang
sombong
3. Pedagang yang khianat
4. Peminum arak
5. Orang yang memutuskan
tali silaturrahim
6. Pemilik harta riba
7. Pemakan harta anak
yatim
8. Orang yang sering
meninggalkan solat
9. Orang yang enggan
mengeluarkan zakat
10. Orang yang selalu
berangan-angan
Golongan-golongan
ini secara umumnya adalah beragama Islam. Maka tidak sewajarnya mereka melakukan
perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah jika mereka benar-benar beriman dengan
ayat-ayat Allah seperti mana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam
sebuah hadith yang bermaksud:
Berkata
ia (Jibril) kepada Rasulullah “Beritahu kepadaku tentang iman.” Nabi s.a.w
bersabda: “Iman ialah apabila kamu beriman kepada Allah
s.w.t, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat serta
kamu beriman kepada taqdir yang telah ditentukan sama ada baik atau
buruk.” Setelah mendengar penerangan itu Jibril menjawab “Benar kata-kata tuan”
(Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment