Ciri-ciri
ahli syurga
Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin,
hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka
doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi
kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti
masanya."
Abu hurairah r.a. berkata: "Demi
Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga
tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah
tua."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk
keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada
kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan
amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami kedalam syurga dan
menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab
sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum
pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat
Allah."
Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli
syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan kelihatan muda,
sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang
bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan,
yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat
melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian
pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya,
mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka
lebih jauh."
Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang
wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi
antara langit dan bumi."
10 Sahabat yang dijamin
Syurga
“Dan orang-orang yang
terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin
dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha
kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan
bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang
sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah
pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan
laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat
dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana
berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah
menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya
(dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu
Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada
temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah
menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang
kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah
yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau
diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah
kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh
Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam,beliau merupakan musuh
yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan
Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi
salah satu benteng Islam yang mampu mempertahankan perlawanan kaum Quraish
terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang
seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur
dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur
64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah
dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah
wafatnya Umar, pada pemerintahannya seluruh tulisan wahyu yang pernah dicatat
oleh sahabat semasa nabi hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan
yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sehingga menjadi sebuah kitab
suci(al-quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam
umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib
ra.
Merupakan khalifah
keempat, beliau terkenal dengan penyiasat perang dan ilmu pengetahuan yang
tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya
didalam peperangan. Beliau sudah mengikut Rasulullah sejak kecil dan hidup
bersama baginda sehingga baginda diangkat menjadi Rasul yang terakhir, Ali
tetap setia bersama sehingga baginda sehingga wafat. Ali Bin Abi Thalib
meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah
ra.
Masuk Islam dengan
perantaraan Abu Bakar Siddiq ra dan baliau selalu aktif dalam setiap peperangan
kecuali Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan
Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari
beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali
Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga
kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan
mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan
di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak
umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu
ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.
Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di
Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak
kecil,dan mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah
Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasul untuk merisik gerakan musuh
(Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak
kecil melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul.
Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Beliau adalah seorang sahabat yang
kaya dan merupakan salah seorang yang banyak menginfakkan harta ke jalan Allah.
Beliau meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun),
dimakamkan di Baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin
Jarrah
Masuk Islam bersama
Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada tahun kedua dan mengikuti
semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun
(Syam) karana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih
sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
No comments:
Post a Comment