a) Neraka Jahannam
Adalah
tingkat yang paling atas sekali iaitu tempat untuk orang mukmin,
mukminat,muslimat dan muslimin yang telah melakukan dosa-dosa kecil mahupun
dosa-dosa besar.Kebanyakkan ahli-ahli neraka Jahannam adalah daripada
pengikut-pengikut syaitan. Pengikut syaitan kebanyakkan ialah dari
kalangan wanita. Ini kerana mereka mengikut kata syaitan iaitu ucapan dari para
dukun atau pengamal, hawa nafsu (egoisme), dan sebagainya.
“…
demi neraka jahannam di datangkan untuk semua orang walaupun hanya lewat dalam
satu hari”
Manakala
firman Allah SWT : “bahawasanya orang-orang kafir dan orang yang teraniyai itu
tidak akan diampuni Allah dan tidak pula ditujukki jalan melainkan jalan ke
Neraka Jahannam. Mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya. Yang demikian itu
mudah sekali bagi Allah” ( Surah An-Nisa’ : 169)
b) Neraka Laza
Tingkat
kedua ini untuk tempat-tempat orang yang suka mendustakan agama. Sebagaimana
firman Allah SWT : “ Sebab itu Kami memberi khabar penakutan kamu terhadap
Neraka Laza yang menyala-nyala apinya. Tiada yang akan masuk ke dalamnya selain
orang-orang yang celaka iaitu orang-orang yang suka mendustakan agam dan
berpaling daripada-Nya” (Surah Al-Lail : 14-16).
c) Neraka Hutamah
Ini
adalah neraka tingkat yang ketiga yaitu tempat orang-orang yang hanya lalai dan
suka memikirkan keduniaan tanpa mengerjakan kepentingan untuk melakukan
ibadahNya. Harta yang membuat orang akan menjadi derhaka kepada Allah dan
Rasulullah.Mereka juga sombong dan bongkak untuk tidak mengeluarkan zakat harta
serta suka menghina orang-orang miskin. Di neraka ini , harta yang mereka
kumpulkan di dunia akan dibawa dan dibakar di dalam api neraka tersebut untuk
diberi minum sebagai seksaan kepada manusia yang sibuk mengumpulkan harta di
dunia.
Sebagaimana
firman Allah SWT : “ tahukah engkau apakah Hutamah itu? Yaitu api neraka yang
menyala-nyala serta akan membakar hati menusia. Api yang ditutupkan kepada
mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan pada tiang yang panjang” ( Surah
Al-Humazah : 4-9)
d) Neraka Sair
Tingkat
yang keempat yaitu tempat untuk orang-orang tidak mahu mengeluarkan zakat atau
bagi mereka yang mengeluarkan zakat tetapi tidak mengunakkannya untuk
perkara yang berfaedah. Selain itu, di dalam neraka ini juga terdapat
tempat untuk orang yang suka memakan harta anak yatim. Di dalam neraka ini,
mereka akan menjadi pekak, buta dan kulitnya akan menjadi tebal seperti Jabal
Uhud untuk seksaannya.
Sebagaimana
firman Allah SWT : “bahawasanya orang-orang yang suka memakan harta anak yatim
dengan menganiyai, sesungguhnya mereka akan memakan api sepenuhnya di dalam
perutnya. Dan nanti mereka akan di masukkan ke dalam api neraka Sair (Surah
An-Nisa’ :10)
e) Neraka Saqar
Neraka
ini untuk tempat orang-orang munafik iaitu orang yang tidak melaksanakan solat,
orang yang suka berbohong tentang kebendaan Allah, menyembah Tuhan selain allah
atau menyembah zat yang keluar dari sifat Allah dan Al-quran. Mereka juga
mengetahui bahawa Allah telah menetukan hokum islam melalui lisan Nabi Muhammad
tetpi mereka mengambil remeh tentang syariat Allah.
Di
dalam kitab safina ; … orang yang tidak melaksanakan solat akan dihukum sebagai
haiwan yang tidak ada harganya atau tidak bermanfaat.”
Di
dalam syurga mereka akan saling bertanya dari hal orang yang telah berdosa.
Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Kerana kami tidak melakukan
solat, kami tidak memberi makan kepada orang-orang miskin, kami percaya pada
perkara-perkara yang tahyul serta kami telah mendustakan hari kiamat.( Surah
al-Mudatsir : 40-46)
f) Neraka Jahim
Tingkat
yang keenam iaitu ditempatkan untuk orang-orang kafir iaitu orang-orang
musyrik, orang-orang yang mensyirikkan Tuhan yaitu orang-orang islam yang berdosa
besar. Mereka juga yang suka membuat perkara yang dilarang Tuhan iaitu Allah.Di
dalam neraka ini juga terdapat golongan yang suka membuat penzinaan, meminum
arak serta suka membunuh tanpa ada hak.Dalam ajaran Islam, syirik terhadap
Allah adalah perkara yang paling besar dosanya menurut Allah. Hal ini kerana
syirik ialah menganggap bahawa ada Tuhan yang lebih hebat dan berkuasa
melainkan Allah.
Firman
Allah SWT :
“Dan
orang-orang yang kafir serta orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami,
mereka itulah penghuni neraka Jahim” (Surah Al-Maidah : 86)
g) Neraka Hawiyah
Neraka
inilah yang berada paling bawah sekali. Neraka yang paling keras iaitu tempat
ketika matinya seseorang ia tidak membawa iman dan islam bersamanya. Api
didalam neraka tersebut menjadi hitam kerana sudah dibakar 1000 tahun lamanya.
Disinilah tempat untuk orang-orang yang melakukan dosa-dosa berat.Mereka ini
juga menjadi musuh-musuh para nabi-nabi seperti Firaun. Neraka ini juga
merupakan neraka yang timbangan amalannya yang paling ringan yaitu mereka yang
selama hidup di dunia mengerjakankebaikan tetapi bercampur dengan keburukkan ,
orang muslim lelaki dan perempuan yang tidak mengamalkan cara ajaran islam
seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan tudung manakala bagi para lelaki
pula ialah yang suka memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara yang
tidak halal, memakan riba’ dan sebagainya.
Firman
Allah SWT :“ Dan barang siapa yang ringan timbangannya maka dia akan
dilemparkan ke dalam api neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah Neraka
Hawiyah?Yaitu api yang sangat panas”.( Surah Al-Qoriah : 8-11)
Sahabat
Abu Hurairah ada terdengar suara yang berlenggar-lenggar lalu bertanyakanlah
kepada Rasulullah dan Rasulullad menjawab itu adalah suara batu yang telah
terjatuh dari neraka Jahim selama 1000 tahun.
No comments:
Post a Comment