Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Abu Hurairah r.a. berkata:"Ya Rasullullah,dari apakah dibuat syurga
itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami
bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad
s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi
yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa
yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk
pakaiannya, tidak berubah mukanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat
berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, Allah
berfirman didalam al-quran yang bermaksud: “Dan naungan yang memanjang
terus. Didalam syurga kesenangannya tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh
telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia.
Hal ini terbukti di dalam maksud ayat
Allah didalam Al-quran: “Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang
tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan
apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat tinggal didalam syurga lebih baik dari
dunia siisinya. Maka,sesiapa yang bercita-cita untuk merasai nikmat syurga, dia
haruslah sentiasa mengikut segala perintah Allah dan sentiasa berusaha untuk
meninggalkan segala larangannya. Allah
berfirman dalam Al-quran yang bermaksud: “Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan
dalam syurga bererti telah untung.”
Mujahid berkata: "Bumi syurga adalah
dari perak, dan tanahnya dari permata, dan urat-urat pohonnya dari perak, dahannya
dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya terletak indah dibawah, maka siapa
yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil
berbaring juga tidak sukar. Buktinya, Allah berfirman didalam Al-Quran yang
bermaksud: “Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat
dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.”
Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik
hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: “Apakah cermin yang
putih ini?” Jawabnya: “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang
ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan untuk ummatmu, sehingga
ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara
(kristian) dan pada hari Jumaat, jika seorang mukmin berdoa untuk kebaikan, pasti
Allah akan maqbulkan atau mohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu
bahaya, pasti akan dihindarkanNya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat)
dinamakan Yaumal Mazid (hari
tambahan).”
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah
Yaumal Mazid itu?” Jibril
menjawab: “Tuhan telah membina sebuah lembah di syurga Firdaus, disana terdapat
anak bukit dari permata kasturi dan pada
setiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang
diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata
yaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, syuhada’ dan para solihin, sedang
mereka ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit
kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuji Allah, lalu Allah berfirman:
“Mintalah kepadaKu.” Maka kami semua
memohon keredhaanMu. Allah menjawab:“Aku telah redha kepadamu,keredhaan sehingga
kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu.”
Kemudian Allah menampakkan kepada mereka
zatNya, maka tidak ada hari yang paling menggembirakan, sebagaimana hari Jumaat
kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka. Tetapi
orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun
pula tempat-tempat yang tinggi” (QS. Az-Zumar :
20).
Dari Abu Musa Al Asy’ari,Nabi s.a.w
bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga
disediakan khemah yang diperbuat dari mutiara yang besar dan
berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya,di sekelilingnya
pula tinggal orang mukmin yang lain. Namun mereka tidak saling melihat antara
satu sama lain.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husnu ma
ab.” Thuba ialah
sebatang pokok di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah
disyurga, didalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan dihinggapi burung-burung
besar sehingga apabila seorang menginginkan burung,ia dapat memanggilnya dan
burung tersebut akan jatuh diatas meja makannya, dan apabila burung tersebut
telah dimakan separuh bahagian nya, ia boleh terbang kembali."
No comments:
Post a Comment