Syurga (Al Jannah) secara bahasa berarti kebun (al bustan), atau
kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis pokok. Bangsa Arab juga biasa
menggunakan perkataan Al Jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara
istilah, syurga ialah nama yang umum merangkumi suatu tempat (yang telah
disediakan oleh Allaah bagi mereka yang mentaati-Nya), di dalamnya terdapat
pelbagai kenikmatan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan
pandangan mata.
Allah s.w.t telah menggambarkan kenikmatan syurga melalui pelbagai
cara. Terkadang, Allah memancing akal sihat manusia melalui firman-Nya dalam
hadits qudsi,Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Aku sediakan kepada
hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak
pernah didengar oleh telinga,dan tidak pernah terlintas dalam fikiran seseorang
manusia pun". Oleh itu, bacalah firman Allah didalam surah Al-Sajadah : "Maka tidak
ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan
untuk mereka daripada segala jenis nikmat yang amat indah dipandang dan
menggembirakan.” (Riwayat al-Bukhari, no 3072 dan Muslim, no 2824).
Dalam kalam yang lain, Allah membandingkan kenikmatan syurga dengan dunia untuk
menjatuhkan dan merendahkan martabat dunia. Rasulullah s.a.w bersabda,“Tempat-tempat
di dalam syurga lebih baik dari dunia dan seisinya”. Kenikmatan syurga juga
Allah Ta’ala telah gambarkan dengan menyebut manusia yang dapat memasuki syurga
dan selamat dari azab neraka sebagai orang yang mendapat kemenangan yang
besar. Sebagaimana Allah ta’ala berfirman :
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ {13}
Maksudnya:
“Barangsiapa taat kepada Allah dan
RasulNya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir didalamnya
sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya, dan itulah kemenangan yang
besar” (QS. An-Nisaa’ : 13).
Disediakan oleh :
-Hasinah binti Mohammad
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)
No comments:
Post a Comment