Islam telah tersebar ke seluruh penjuru dunia. Tidak sahaja wilayah Timur Tengah yang mengalami proses islamisasi, tetapi juga kawasan lainnya, seperti Asia Tenggara yang jauh dari pusat Islam di Timur Tengah. Meskipun Islam di Asia Tenggara sering dipandang sebagai “Islam pinggiran” tetapi Islam di kawasan ini mengalami penyebaran yang cukup besar dan memberi kesan sehingga hari ini, dan bahkan memainkan peranan strategik dalam pertembungan intelektual Islam di abad moden.
Pada era perkembangan Islam di Asia Tenggara, khususnya di alam Nusantara membawa perubahan sosio-budaya dan peradaban masyarakat pribumi. Sebagaimana yang disebut oleh Prof Dr.Naquib Al-Atas, kedatangan Islam di kawasan Asia Tenggara merupakan suatu pencerahan bagi masyarakat setempat. Proses perkembangan dunia keilmuan di Mekkah telah menampakkan kepelbagaian tokoh yang lahir serta ulama di berberapa buah kawasan dunia. Tertumpu di kawasan Nusantara juga melahirkan golongan intelektual yang luar biasa pengaruhnya iaitu Abdul Al-Rauf Al-Sinkili, Nur Al-Din Al-Raniri dan Muhammad Yusuf Al-Makassari adalah tiga mata rantai utama jaringan ulama di Indonesia.
Baca artikel selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_6
Saturday, 1 August 2015
Tuesday, 28 July 2015
POLITIK KEPARTIAN VS POLITIK KAMPUS
Politik
kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula
pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah
pemerintahan di samping sistem beraja. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi
pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa
dahulu sehingga kini. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam
menentukan dasar dan hala tuju negara. Imam Hasan al-Banna pernah menyatakan
beliau menerima sistem demokrasi
pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Beliau juga
berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam
atau nilai ketimuran.
Hari ini
perbalahan dan kekacauan politik yang tidak sihat dalam kalangan umat Islam
sangat membimbangkan. Hal ini berkemungkinan akan meruntuhkan serta merosakan
sistem politik demokrasi bertapis yang sedia ada kepada demokrasi terbuka yang
akan meletakkan Islam di bawah konsep hak sama rata dengan agama dan umat yang
lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan
demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah
dikuasai sifat dendam yang melampau.
Pandangan
ulama Islam sama ada yang silam atau kontemperori hampir sama antara satu sama
lain walaupun ungkapannya berbeza. Antara dua unsur yang perlu ada dalam
pengertian negara Islam iaitu kekuasaan pemerintah dan berjalannya hukum
syariat.
Persoalan yang
timbul apabila sesebuah negara Islam itu terbentuk dengan sifat yang
disebutkan, kemudian hilang salah satu atau kedua-dua ciri yang disebutkan
iaitu kekuasaan pemerintah dan perlaksanaan hukum dengan sebab penjajahan atau
seumpamanya, adakah hilang sifat keIslaman negara tersebut? al-Rashid berpendapat bahawa “mana-mana negara Islam yang dijajah oleh
penjajah kekal sebagai negara Islam. Palestin adalah negara Islam walaupun
dijajah oleh Yahudi. Begitu juga Republik Soviet Union yang dahulunya Islam
kemudian dijajah kekal sebagai negara Islam. Bahkan, walaupun dijajah dalam
tempoh masa yang lama, selama
masyarakatnya masih Islam”.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_5
JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN
Bangsa Melayu lahir dari
pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup terkenal dengan
kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian komitmen
keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan Melayu,
Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu
diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan, maka ungkapan tersebut
seharusnya dilengkapkan dengan menyebut syaratnya, “selagi mereka berilmu dan
beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini
mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat.
Persoalan yang timbul
mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala
globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini,
timbulnya pelbagai istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan),
global village (desa buana), global culture (kebudayaan global) dan lain-lain
yang mengesankan seola-olah segalanya sudah serba global, tidak ada lagi negara
nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya tempatan serta hilang nilai
jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan
promosi dan menjual idea dan budayanya.
Bermula pada abad ke 13
masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara menyeluruh
hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir seluruh
lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan
perbezaan sosial yang baru berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana
yang tertulis di dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah. Proses pembinaan watak Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu
terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi.
Dengan ancaman penjajahan waktu itu sekaligus membangkitkan semangat
mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan. Perkembangan ini telah
menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat Melayu menentang
kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1
Bahagian Ketiga : ADAB-ADAB PERGAULAN DAN PERSAHABATAN DENGAN (KHALIQ) ALLAH DAN MAKHLUK.
Adab Dengan Orang Alim
Adab yang harus dimiliki ialah sabar,
selalu santun, duduk dengan wibawa disertai kepala yang tunduk, tidak takkabur
terhadap semua orang kecuali pada mereka bersikap tawadu’ dalam setiap majlis dan
pertemuan, tidak bersenda gurau, menyayangi murid, berhati-hati terhadap orang
yang sombong, memperbaiki negeri dengan cara yang baik dan tidak marah, tidak
malu untuk mengaku tidak tahu, memperhatikan pertanyaan si penanya dan berusaha
memahami pertanyaannya, menerima hujah dan mengikuti yang benar dengan kembali
kepadanya manakala ia salah, melarang murid mempelajari ilmu yang berbahaya dan
mengingatkannya agar tidak menuntut ilmu untuk selain redha Allah Swt, melarang
murid sibuk dengan hal-hal yang bersifat fardu kifayah sebelum menyelesaikan
yang fardu ain (yang termasuk fardu ain adalah memperbaiki yang lahir dan
batinnya dengan takwa) serta membekali dirinya terlebih dahulu dengan sikap
takwa tersebut agar sang murid bisa mencontoh amalnya, kemudian mengambil
manfaat dari ucapannya.
Adab Seorang Murid
Adab yang harus dimiliki oleh seorang
murid terhadap gurunya adalah mendahuluinya dalam memberi hormat dan salam,
tidak banyak berbicara di hadapannya, tidak mengatakan apa yang tak ditanya
oleh gurunya, tidak bertanya sebelum diberi izin, tidak mengungkapkan sesuatu
yang bertentangan dengan ucapannya, misalnya dengan ber kata, “Pendapat si
fulan berbeza dengan dengan ucapanmu”, tidak menunjuk sesuatu yang
berseberangan dengan pendapatnya sehingga terlihat ia lebih tahu tentang yang
benar daripada gurunya, tidak bertanya kepada teman duduk gurunya dalam
majlisnya, tidak menoleh ke sekitarnya, melainkan ia harus duduk dengan
menundukkan pandangan disertai sikap tenang dan etika sebagaimana ketika menunaikan
salat. Murid juga tak boleh banyak bertanya ketika guru sedang letih. Jika guru
berdiri maka sang murid juga harus berdiri untuknya, tidak diikuti dengan
pembicaraan dan pertanyaan, tidak bertanya kepadanya dalam perjalanan menuju
rumah.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1
SOLAT DHUHA : Menarik Bantuan Dari Allah SWT
Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Ia disunnahkan untuk kita
mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu
zuhur]. Terdapat banyak keistimewaan apabila menunaikan solat sunat dhuha
antaranya ialah :-
YANG PERTAMA :
Dosa Terampun
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya
akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)
YANG KEDUA : Orang Bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat dhuha ia tergolong sebagai orang yang
bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha
kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)
YANG KETIGA : Recorded sebagai orang taat
Orang yang menunaikan solat dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat
kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat dhuha dua rakaat, maka dia tidak
ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat,
maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia
diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt
tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka
Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_3/1
CABARAN HEWI MASA HADAPAN
Hewi merupakan transformasi dalam gerakan yang berkembang
secara sedar atau tidak, ianya kian diterima oleh masyarakat sekeliling. Namun,
terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh hewi dalam arus kemodenan
ini. Hal ini termasuklah dari segi penyampaian dakwah, pergaulan dan
perkembangan teknologi yang memungkinkan segalanya!
“Jangan
disangka tangan yang mengayunkan buaian, tidak mampu menggoncang dunia.” Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa kaum
hawa merupakan teras gerakan dalam
dakwah yang meringankan beban kaum adam dalam berdakwah. Meskipun begitu,
peranannya kurang diambil kira dan dipandang rendah kerana sifat wanita yang
lemah dan beremosi yang menyumbang kepada penurunan peratus kepercayaan
masyarakat terhadap kaum ini. Namun begitu, jangan terpedaya dengan sifat kaum
hawa yang lemah dan lembut kerana di
sebalik itu, mereka merupakan tunjang dan teras dalam gerakan!
Skop tugas kaum hawa
disempitkan dan diletakkan dalam skop yang kecil dan terhad. Contohnya, kaum
hawa ini kerjanya hanya memasak, menjaga anak dan basuh baju. Keupayaannya hanya diterhadkan
kepada tugasan-tugasan di rumah sahaja dan jarang sekali berpeluang untuk
berjuang demi agama. Sedangkan, kaum ini sebenarnya merupakan aset penting dan
pelengkap dalam jalan dakwah ini. Hal
ini merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh kaum hawa dalam arus
kemodenan ini. Antara cabaran-cabaran
lain hewi pada masa hadapan adalah mahasiswa/wi yang bersikap
‘tidak peduli’ mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya sikap ‘tidak peduli
ini’.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2
MENGERTI AKAN HIKMAH
Sebahagian dari kita mungkin pernah mendengar tentang
hikmah. Misalnya ketika dirundung resah bencana, seseorang akan diperingatkan
tentang hikmah dibalik musibah. Jadi apa itu Al Hikmah? Hikmah secara mudahnya
ialah faham akan ketaqwaan yang tuntas dan kafi yakni mengerti dengan
pengertian yang sungguh sungguh mendalam.
Pendapat ini diperkuatkan dengan satu hadith yang dimana
Rasulullah telah bersabda mafhumnya, “hikmah adalah barang yang hilang dari
orang mukmin, maka dimana sahaja ia didapati, dia adalah orang yang berhak
terhadapnya.”
(Riwayat At- Tirmidzi)
Memperkatakan tentang hikmah, adalah sangat tidak adil
jika tidak diperikan tentang pengkisahan Allah dalam Al Quran akan seorang ahli
hikmah yang bernama Luqmanul Hakim dalam Surah Luqman yakni dari ayat 12 hingga
19, mafhumnya;
12) Dan
sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan
barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji."
13) Dan (ingatlah)
ketika Luqman berkata kepada
anaknya, di waktu ia memberi
pelajaran kepadanya: "Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
(Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
14) Dan Kami perintahkan
kepada manusia (berbuat
baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu-bapamu, hanya kepada-Kulah
kembalimu.
15) Dan jika keduanya memaksamu
untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu
tentang itu, maka janganlah kamu
mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah
jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka
Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Baca artikel selanjutnya di:-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2
Subscribe to:
Posts (Atom)



