Saturday, 30 November 2013

AHLI SYURGA

Ciri-ciri ahli syurga
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."

Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."

Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan kelihatan muda, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."

Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."

10 Sahabat yang dijamin Syurga
“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam,beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu mempertahankan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.                                                                                    
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya seluruh tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa nabi hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sehingga menjadi sebuah kitab suci(al-quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan penyiasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikut Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama baginda sehingga baginda diangkat menjadi Rasul yang terakhir, Ali tetap setia bersama sehingga baginda sehingga wafat. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra dan baliau selalu aktif dalam setiap peperangan kecuali Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecil,dan mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasul untuk merisik gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecil melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Beliau adalah seorang sahabat yang kaya dan merupakan salah seorang yang banyak menginfakkan harta ke jalan Allah. Beliau meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada tahun kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) karana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.


AHLI NERAKA

Terdapat beberapa jenis golongan yang akan diheret ke neraka untuk menerima pembalasan atau seksaan kerana telah melakukan kemungkaran dan melanggar perintah Allah s.a.w semasa hidup di dunia. Golongan –golongan tersebut ialah mereka yang menjadi ‘kawan’ kepada iblis laknatullah dimana iblis telah bersumpah dihadapan Allah untuk menyesatkan seluruh ummat manusia.

Sudah terang lagikan bersuluh,Allah telah memberitahu kepada manusia berdasarkan surah Al-Isra’ ayat 62 yang bermaksud :
"Ia (iblis) berkata,“terangkanlah kepadaku,inikah yang Engkau lebih muliakan daripada aku? Sekiranya Engkau memberi waktu kepadaku sampai hari Kiamat, pasti akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.

         Kemudian Allah juga telah member amaran keras dari awal bahawa pengikut-pengikut syaitan akan dihumban kedalam neraka seperti didalam surah yang sama ayat 63 Allah berfirman yang bermaksud:
“Pergilah,tetapi barang siapa diantara mereka yang mengikuti kamu,maka sungguh neraka Jahannam lah balasanmu semua,sebagai pembalasan yang cukup.”

Antara sepuluh golongan yang disebut dalam sebuah hadith berdasarkan perbualan diantara iblis dan Rasulullah s.a.w ialah :
1.      Hakim yang tidak adil
2.      0rang kaya yang sombong
3.      Pedagang yang khianat
4.      Peminum arak
5.      Orang yang memutuskan tali silaturrahim
6.      Pemilik harta riba
7.      Pemakan harta anak yatim
8.      Orang yang sering meninggalkan solat
9.      Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10.  Orang yang selalu berangan-angan

            Golongan-golongan ini secara umumnya adalah beragama Islam. Maka tidak sewajarnya mereka melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah jika mereka benar-benar beriman dengan ayat-ayat Allah seperti mana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam sebuah hadith yang bermaksud:

           Berkata ia (Jibril) kepada Rasulullah “Beritahu kepadaku tentang iman.” Nabi s.a.w bersabda: “Iman ialah apabila kamu beriman kepada Allah s.w.t, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat serta kamu beriman kepada taqdir yang telah ditentukan sama ada baik atau buruk.” Setelah mendengar penerangan itu Jibril menjawab “Benar kata-kata tuan” (Riwayat Muslim)

JENIS-JENIS NERAKA

a)      Neraka Jahannam
       Adalah tingkat yang paling atas sekali iaitu tempat untuk orang mukmin, mukminat,muslimat dan muslimin yang telah melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar.Kebanyakkan ahli-ahli neraka Jahannam adalah daripada pengikut-pengikut syaitan. Pengikut syaitan kebanyakkan ialah dari  kalangan wanita. Ini kerana mereka mengikut kata syaitan iaitu ucapan dari para dukun atau pengamal, hawa nafsu (egoisme), dan sebagainya.

            “… demi neraka jahannam di datangkan untuk semua orang walaupun hanya lewat dalam satu hari”
Manakala firman Allah SWT : “bahawasanya orang-orang kafir dan orang yang teraniyai itu tidak akan diampuni Allah dan tidak pula ditujukki jalan melainkan jalan ke Neraka Jahannam. Mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah” ( Surah An-Nisa’ : 169)

b)      Neraka Laza
           Tingkat kedua ini untuk tempat-tempat orang yang suka mendustakan agama. Sebagaimana firman Allah SWT : “ Sebab itu Kami memberi khabar penakutan kamu terhadap Neraka Laza yang menyala-nyala apinya. Tiada yang akan masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka iaitu orang-orang yang suka mendustakan agam dan berpaling daripada-Nya” (Surah Al-Lail : 14-16).

c)      Neraka Hutamah
         Ini adalah neraka tingkat yang ketiga yaitu tempat orang-orang yang hanya lalai dan suka memikirkan keduniaan tanpa mengerjakan kepentingan untuk melakukan ibadahNya. Harta yang membuat orang akan menjadi derhaka kepada Allah dan Rasulullah.Mereka juga sombong dan bongkak untuk tidak mengeluarkan zakat harta serta suka menghina orang-orang miskin. Di neraka ini , harta yang mereka kumpulkan di dunia akan dibawa dan dibakar di dalam api neraka tersebut untuk diberi minum sebagai seksaan kepada manusia yang sibuk mengumpulkan harta di dunia.

      Sebagaimana firman Allah SWT : “ tahukah engkau apakah Hutamah itu? Yaitu api neraka yang menyala-nyala serta akan membakar hati menusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan  mereka itu diikatkan pada tiang yang panjang” ( Surah Al-Humazah : 4-9)

d)     Neraka Sair
          Tingkat yang keempat yaitu tempat untuk orang-orang tidak mahu mengeluarkan zakat atau bagi mereka yang mengeluarkan zakat tetapi tidak  mengunakkannya untuk perkara yang berfaedah. Selain itu, di dalam neraka ini juga terdapat  tempat untuk orang yang suka memakan harta anak yatim. Di dalam neraka ini, mereka akan menjadi pekak, buta dan kulitnya akan menjadi tebal seperti Jabal Uhud untuk seksaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT : “bahawasanya orang-orang yang suka memakan harta anak yatim dengan menganiyai, sesungguhnya mereka akan memakan api sepenuhnya di dalam perutnya. Dan nanti mereka akan di masukkan ke dalam api neraka Sair (Surah An-Nisa’ :10)

e)      Neraka Saqar
        Neraka ini untuk tempat orang-orang munafik iaitu orang yang tidak melaksanakan solat, orang yang suka berbohong tentang kebendaan Allah, menyembah Tuhan selain allah atau menyembah zat yang keluar dari sifat Allah dan Al-quran. Mereka juga mengetahui bahawa Allah telah menetukan hokum islam melalui lisan Nabi Muhammad tetpi mereka mengambil remeh tentang syariat Allah.

       Di dalam kitab safina ; … orang yang tidak melaksanakan solat akan dihukum sebagai haiwan yang tidak ada harganya atau tidak bermanfaat.”

       Di dalam syurga mereka akan saling bertanya dari hal orang yang telah berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Kerana kami tidak melakukan solat, kami tidak memberi makan kepada orang-orang miskin, kami percaya pada perkara-perkara yang tahyul serta kami telah mendustakan hari kiamat.( Surah al-Mudatsir : 40-46)

f)       Neraka Jahim
       Tingkat yang keenam iaitu ditempatkan untuk orang-orang kafir iaitu orang-orang musyrik, orang-orang yang mensyirikkan Tuhan yaitu orang-orang islam yang berdosa besar. Mereka juga yang suka membuat perkara yang dilarang Tuhan iaitu Allah.Di dalam neraka ini juga terdapat golongan yang suka membuat penzinaan, meminum arak serta suka membunuh tanpa ada hak.Dalam ajaran Islam, syirik terhadap Allah adalah perkara yang paling besar dosanya menurut Allah. Hal ini kerana syirik ialah menganggap bahawa ada Tuhan yang lebih hebat dan berkuasa melainkan  Allah.

        Firman Allah SWT :
“Dan orang-orang yang kafir serta orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim” (Surah Al-Maidah : 86)

g)      Neraka Hawiyah
       Neraka inilah yang berada paling bawah sekali. Neraka yang paling keras iaitu tempat ketika matinya seseorang ia tidak membawa iman dan islam bersamanya. Api didalam neraka tersebut menjadi hitam kerana sudah dibakar 1000 tahun lamanya. Disinilah tempat untuk orang-orang yang melakukan dosa-dosa berat.Mereka ini juga menjadi musuh-musuh para nabi-nabi seperti Firaun. Neraka ini juga merupakan neraka yang timbangan amalannya yang paling ringan yaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakankebaikan tetapi bercampur dengan keburukkan , orang muslim lelaki dan perempuan yang tidak mengamalkan cara ajaran islam seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan tudung manakala bagi para lelaki pula ialah yang suka memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara yang tidak halal, memakan riba’ dan sebagainya. 

         Firman Allah SWT :“ Dan barang siapa yang ringan timbangannya maka dia akan dilemparkan ke dalam api neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah Neraka Hawiyah?Yaitu api yang sangat panas”.( Surah Al-Qoriah : 8-11)

      Sahabat Abu Hurairah ada terdengar suara yang berlenggar-lenggar lalu bertanyakanlah kepada Rasulullah dan Rasulullad menjawab itu adalah suara batu yang telah terjatuh dari neraka Jahim selama 1000 tahun.


SIKSAAN DALAM NERAKA

       Di akhirat, para penghuni neraka akan menjalani hukuman yang merupakan seksaan yang sangat pedih dan dahsyat. Meraka akan menderita dalam api neraka sebagaimana firman Allah seperti berikut:

        “Dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, dilambung dan punggung mereka.” (At-Taubah [9] : 35) 

     “Ketika dibelenggu dan rantai dipasang di leher , mereka diseret ke dalam air yang sangat panas kemudian mereka akan dibakar di dalam api neraka” (Al-Mu’min [40] : 71-72)

        “Peganglah dia kemudian seretlah die ke tengah neraka. Seterusnya tuangkanlah di atas kepala mereka air yang sangat panas.Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang kuat lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]: 47-49)

         “Peganglah dia lalu diikat tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Seterusnya belitlah dia dengan rantai yang sangat panjang iaitu tujuh puluh hasta”. (Al-Haqqah [69] : 30-32)

         “ Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu akan hancur luluh segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka akan dikembalikan kedalamnya semula (neraka) serta dikatakan kepada mereka : Rasailah azab yang sedang membakar ini” ( Surah Al-Hajj [22] : 19-22)

Seterusnya ahli neraka dalam keadaan yang lebih teruk daripada haiwan untuk selama-lamanya.Mereka juga tiada makanan selain dari buah yang pahit serta pokok-pokok yang berduri iaitu pokok Zaqqum. Pokok ini  tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan kelaparan sedikitpun. Tetapi ia amatlah panas seperti tembaga cair yang sedang mendidih dalam perut. Selain itu, mereka akan minum air panas yang sedang menggeledak dan bernanah. Dengan kulit yang terkoyak dan daging mereka yang terbakar. Mereka berada di dalam keadaan yang amat teruk dengan tangan diikat dan dilemparkan ke kerak api. Tambahan pula , kehidupan yang perit ini akan berlangsung selama-lamanya.

Seksaan di dalam api neraka yang paling ringan diberikan kepada ahli neraka ialah kasut api yang sangat berbisa. Ia dapat membuatkan otak mereka mendidih. Sebagaimana firman Allah” Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan diberikan untuk seksaan ialah orang yang telah diberikan sepasang kasut yang talinya dibuat daripada api neraka. Kemudian didihlah otaknya kerana panasnya sama seperti mendidih air panas di dalam periuk bahkan lebih panas. Dia mengira tiada  sesiapa pun yang menerima seksaan lebih dahsyat dari perkara itu, padahal dialah orang yang mendapat seksaan yang paling ringan”

 ( hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim) 


KENIKMATAN DALAM SYURGA

Syurga merupakan hadiah dari amal baik dan ibadah manusia ketika ia masih hidup. Segala perbuatan dan tingkah laku manusia ketika ia masih hidup akan dicatat kemudian akan di akumulasi di akhirat. Bagi manusia yang memiliki amalan, ibadah dan perbuatan baik melebihi dari amalan buruknya, maka hadiah syurga dari Tuhan Yang Maha Esa sebagai akhir dari segalanya berhak ia terima. Sebaliknya bagi manusia yang selalu dipenuhi dengan dosa ketika ia masih hidup,ganjaran yang ia terima adalah neraka.

Syurga adalah suatu tempat yang penuh dengan kemewahan, keindahan yang tidak pernah akan terdapat dimuka bumi. Ada gambaran yang menyatakan bahawa di dalam syurga dipenuhi dengan buah-buahan, sungai yang airnya adalah air susu dan madu serta diindahkan lagi dengan hiasan bidadari, taman-taman dan hamparan bunga yang harumnya tidak akan pernah dapat dibayangkan didunia ini. Bahkan di syurga kelak segala keperluan manusia akan dicukupkan. Hal ini adalah disebabkan syurga merupakan hadiah termewah dari Tuhan Yang Maha Esa bagi manusia atas segala amalan ibadah serta perbuatan ia ketika masih hidup.

Antara nikmat dan ganjaran istimewa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh ialah:

Dapat melihat Allah
Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: “Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.” Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar-benar tiada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia.

Setelah mereka pulang, maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka,dan apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya, mereka kelihatan bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: “Kamu kini lebih elok dari yang biasa.” Abul-Laits berkata: “Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengertikan: "Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan.”

Makanan dan minuman penghuni Syurga
Dalam sebuah riwayat:Allah s.w.t menyuruh kepada Malaikat: “Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan pelbagai makanan dan terasa pada setiap suapan, rasa yang berbeza dari yang biasa, bahkan lebih lazat sehingga apabila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: “Berikan minum kepada hamba-hambaKu”.

Maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada setiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: “Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta apa sahaja,nescaya Aku tunaikan permintaanmu.” Jawab mereka: “Kami minta redhaMu.kami minta redhaMu.” dua tiga kali mereka mengulangi ucapan yang sama. Allah menjawab: “Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: “Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w : “Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan,minum dan jima’(bersetubuh).” Dia berkata: “Sedang orang yang makan ,minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tiada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w: “Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.”

“Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al-Waqi’ah:20-21). Adapun buah-buahan syurga adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala (yang artinya),“Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: ‘Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka diberi buah-buahan yang serupa” (QS. Al Baqarah:25). Syaikh As Sa’diy r.h menjelaskan keserupaan dalam ayat diatas dengan, “Ada yang berpendapat serupa dalam hal jenis,namun berbeza dalam penamaan, ada pula yang berpendapat saling menyerupai antara satu sama lain, dalam kebaikannya, kelazatannya, kesenangannya, dan semua pendapat tersebut benar.“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari piala (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur,(yaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum,yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya”(QS. Al Insan : 5-6). Ibnu Asyur menjelaskan mengenai kafur “Yaitu minyak yang keluar dari tanaman yang hamper serupa dengan oleander yang tumbuh di negeri Cina, ketika usianya telah mencapai satu tahun mengalir dari dahannya minyak yang disebut kafur. Minyak tersebut kental,dan apabila bercampur dengan air jadilah ia minuman memabukkan”.

Oleh karena itu,“ka’san” dalam ayat ini maksudnya ialah piala yang biasa menjadi wadah khamr,sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir Jalalain.Kata “ka’san” ini juga dipakai dalam ayat, “Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe” (QS.Al Insan : 17) dan maksudnya ialah minuman arak yang telah bercampur jahe,karena bangsa Arab dahulu biasa mencampurkan arak dengan jahe untuk menghilangkan bau busuk yang timbul darinya.

Umur yang muda
Menurut Mu’az bin Jabal r.a,Nabi s.a.w bersabda:
       “Ahli syurga memasuki syurga dalam keadaan tidak berbulu pada mana-mana         bahagian tubuhnya,muda tanpa berjanggut dan bermisai serta dalam keadaan memakai celak mata.umur mereka 30 atau 33 tahun”(riwayat tirmizi,no.2545)

Rupa seperti Nabi Adam a.s
Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Allah Azza wa Jalla mencipta Adam dengan rupa bentuknya seperti manusia biasa cuma, tingginya 60 hasta, setiap orang yang masuk syurga pasti menyerupai Nabi Adam dan ketinggiannya 60 hasta.

Boleh terbang
Menurut Sulaiman Bin Buraidah, ayahnya menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w sama ada terdapat kuda dalam syurga. Lalu baginda menjawab: ‘Jika Allah memasukkan kamu ke syurga, kamu akan dinaikkan ke atas seekor kuda yang diperbuat daripada permata yaqut merah dan ia siap membawa kamu terbang ke mana sahaja mengelilingi syurga.’ Kemudian ada lagi seorang lelaki bertanya,katanya : ‘Wahai Rasulullah,adakah terdapat unta dalam syurga?’ Baginda tidak menjawab seperti yang dikatakan kepada rakannya sebelum itu tetapi baginda bersabda: ‘Jika Allah memasukkan kamu ke syurga, kamu bakal memperolehi apa sahaja kenikmatan yang kamu ingini.’ (Riwayat al-Tirmizi,no.2543)

Terdapat sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa Ja’far bin Abu Talib r.a(dikenali sebagai Ja’far al-Toyyar) terbang didalam syurga menggunakan dua sayap sebagai penghormatan Allah azza wa jalla kepadanya dan sebagai pengganti kedua-dua tangannya yang terputus semasa peperangan Mu’tah. Menurut Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda :
        "Aku melihat Ja’far terbang di dalam syurga bersama malaikat.(Riwayat al-Tirmizi)

   Disebutkan pula hadis Ibnu Abbas,dia berkata,Nabi s.a.w bersabda,“ketika saudara-saudara kalian mendapat musibah (di perang Uhud), maka Allah meletakkan roh mereka di dalam badan burung berwarna hijau yang berada di sungai-sungai syurga, memakan buah-buahannya dan kembali ke pelita-pelita yang menggantung di bawah lindungan ‘Arasy. Ketika mereka mendapatkan keselesaan makanan, minuman, dan tempat tidurnya, mereka bertanya,‘siapakah yang memberitahukan saudara-saudara kami, bahawa kami hidup di syurga dan diberikan rezeki, sehingga mereka tidak mundur dari medan peperangan dan tetap menyukai jihad?’Allah menjawab, ‘Akulah yang memberitahukan tentang kalian kepada mereka’. Maka kemudian turun ayat diatas.

Layanan dayang-dayang muda
Firman Allah s.w.t dalam surah al-insan ayat 19:
Maksudnya: "Penghuni syurga dilayan oleh kanak-kanak syurga yang mengelilingi mereka. Mukhalladun bermaksud mereka sebaya, umur mereka kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan daripada umur yang telah ditentukan.Ibnu Abbas r.a berkata, mereka adalah anak-anak muda yang tidak akan mati.”

Dalam surah Al Insan diatas:
 “.....apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan” Maksudnya apabila kamu melihat mereka beredar untuk berkhidmat kepada tuannya ramainya jumlah mereka, keceriaan wajah, keindahan pakaian serta penampilan mereka, tentulah kamu menyangka mereka bagaikan mutiara yang bertaburan. Ini hanyalah sekadar perumpamaan kerana keadaan ini mestilah lebih indah jika dibandingkan dengan mutiara bertaburan apatah lagi diletakkan dalam tempat yang indah pula.(Sakinah Ariff Johor 2008)

Ulama berbeza pendapat berkenaan siapakah sebenarnya kanak-kanak itu. Diriwayatkan daripada Ali Bin Abu Talib r.a dan Al-Hasan al-Basri bahawa yang dimaksudkan dengan kanak-kanak disini adalah anak-anak kaum muslimin yang mati dalam usia kecil. Mereka tidak mempunyai amal baik atau amal jahat. Menurut Salman r.a,anak-anak kaum musyirikin pula adalah pembantu ahli syurga.

Al-Hasan berkata mereka tidak mempunyai amal baik untuk diberi ganjaran,dan tidak pula amal jahat untuk diseksa. Oleh itu,mereka diletakkan ditempat ini. Namun Syeikh al-Islam r.h berkata, pendapat ini tidak berasaskan kepada dalil. (Majmu’ al-fatawa,jil 4,ms 279)

Sebahagian Ulama berkata,kanak-kanak tersebut memang dicipta oleh Allah untuk melayani ahli syurga dan meraka tidak melalui proses kelahiran. Pendapat terakhir ini disokong oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah r.h ketika beliau ditanya mengenai masalah ini.

Menurut beliau:
“Kanak-kanak yang berada di sekeliling ahli syurga adalah antara makhluk syurga. Mereka bukan anak kepada manusia didunia apabila masuk syurga, mereka menjadi dewasa seperti penghuni syurga yang lain. Rupa mereka seperti Nabi Adam berusia 30 tahun, ketinggian mereka 60 hasta dan lebar badan mereka tujuh hasta. (Majmu’ al-fatawa,jil.4,ms 312)

Ibnu qayyim r.h menyokong pendapat ini. Menurutnya, pendapat yang lebih kuat adalah kanak-kanak tersebut merupakan antara makhluk syurga sama seperti bidadari yang menjadi pelayan bagi penghuni syurga. Dengan rahmat Allah, Dia menjadikan anak-anak untuk berkhidmat kepada ibubapa, bukan menjadi orang suruhan mereka di dunia. 

Bidadari Syurga 
Bidadari syurga,makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, dan yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum dilehernya: "Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku." 

“Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah.” (Al-Imran:15)

“Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.” (Ad-Dukhan:54) “Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya.” (Al-Waqi’ah:22). “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).” (Al-Waqi’ah:35-36). “Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.” (Sad:52). “Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” (Ar-Rahman:56-58). “Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya.” (As-Saffat:48). “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.” (Ar-Rahman:70). “Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.” (Ar-Rahman:72-74).

    “Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

      Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

      Rasulullah s.a.w bersabda:“Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim). Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

     Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)

     Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

      Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

      Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

       Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

       Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

       Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi).

          Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

        Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya”

       Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

          Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

       Ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Walau bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan boleh membayangkan sesuai dengan rupa aslinya, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

Tidaklah susah bagi manusia untuk dapat masuk ke syurga, rahsianya hanyalah iman dan taqwa kepada Allah s.w.t,serta amalan-amalan baik ketika didunia. Inilah yang menjadi modal utama bagi manusia untuk dapat menikmati segala keindahan dan segala kemewahan di syurga.

Allah s.w.t juga tidak menutup pintu syurga bagi manusia yang kehidupannya dipenuhi dengan dosa dan ketelanjuran melakukan kemaksiatan. Hal ini kerana  sesungguhnya Allah s.w.t maha pengampun dan maha pemurah.Allah menyediakan pintu keampunan dan kasih sayangNya yang luas buat hamba-hambaNya untuk menebus segala kesalahan dan noda yang dahulu menjadi rutin kehidupan seharian.

Syurga adalah tempat mendapat kenikmatan yang telah disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman, ikhlas dan bertaqwa, serta yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Di dalam syurga terdapat pelbagai kenikmatan yang akan kita kecapi walaupun tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah mendengar dengan telinga, serta tidak pernah terlintas didalam hati manusia sepertimana yang digambarkan dalam beberapa firman Allah yang bermaksud:
      “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu adalah  sebaik-baik makhluk. Balasan mereka disisi Ya Rabb mereka ialah syurga Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun redha kepada-Nya.Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Surah Al-Bayyinah : 7-8)


     “Tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka,iaitu (bermacam- macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan    (Surah As-Sajadah : 17)