Islam telah tersebar ke seluruh penjuru dunia. Tidak sahaja wilayah Timur Tengah yang mengalami proses islamisasi, tetapi juga kawasan lainnya, seperti Asia Tenggara yang jauh dari pusat Islam di Timur Tengah. Meskipun Islam di Asia Tenggara sering dipandang sebagai “Islam pinggiran” tetapi Islam di kawasan ini mengalami penyebaran yang cukup besar dan memberi kesan sehingga hari ini, dan bahkan memainkan peranan strategik dalam pertembungan intelektual Islam di abad moden.
Pada era perkembangan Islam di Asia Tenggara, khususnya di alam Nusantara membawa perubahan sosio-budaya dan peradaban masyarakat pribumi. Sebagaimana yang disebut oleh Prof Dr.Naquib Al-Atas, kedatangan Islam di kawasan Asia Tenggara merupakan suatu pencerahan bagi masyarakat setempat. Proses perkembangan dunia keilmuan di Mekkah telah menampakkan kepelbagaian tokoh yang lahir serta ulama di berberapa buah kawasan dunia. Tertumpu di kawasan Nusantara juga melahirkan golongan intelektual yang luar biasa pengaruhnya iaitu Abdul Al-Rauf Al-Sinkili, Nur Al-Din Al-Raniri dan Muhammad Yusuf Al-Makassari adalah tiga mata rantai utama jaringan ulama di Indonesia.
Baca artikel selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_6
Saturday, 1 August 2015
Tuesday, 28 July 2015
POLITIK KEPARTIAN VS POLITIK KAMPUS
Politik
kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula
pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah
pemerintahan di samping sistem beraja. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi
pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa
dahulu sehingga kini. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam
menentukan dasar dan hala tuju negara. Imam Hasan al-Banna pernah menyatakan
beliau menerima sistem demokrasi
pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Beliau juga
berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam
atau nilai ketimuran.
Hari ini
perbalahan dan kekacauan politik yang tidak sihat dalam kalangan umat Islam
sangat membimbangkan. Hal ini berkemungkinan akan meruntuhkan serta merosakan
sistem politik demokrasi bertapis yang sedia ada kepada demokrasi terbuka yang
akan meletakkan Islam di bawah konsep hak sama rata dengan agama dan umat yang
lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan
demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah
dikuasai sifat dendam yang melampau.
Pandangan
ulama Islam sama ada yang silam atau kontemperori hampir sama antara satu sama
lain walaupun ungkapannya berbeza. Antara dua unsur yang perlu ada dalam
pengertian negara Islam iaitu kekuasaan pemerintah dan berjalannya hukum
syariat.
Persoalan yang
timbul apabila sesebuah negara Islam itu terbentuk dengan sifat yang
disebutkan, kemudian hilang salah satu atau kedua-dua ciri yang disebutkan
iaitu kekuasaan pemerintah dan perlaksanaan hukum dengan sebab penjajahan atau
seumpamanya, adakah hilang sifat keIslaman negara tersebut? al-Rashid berpendapat bahawa “mana-mana negara Islam yang dijajah oleh
penjajah kekal sebagai negara Islam. Palestin adalah negara Islam walaupun
dijajah oleh Yahudi. Begitu juga Republik Soviet Union yang dahulunya Islam
kemudian dijajah kekal sebagai negara Islam. Bahkan, walaupun dijajah dalam
tempoh masa yang lama, selama
masyarakatnya masih Islam”.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_5
JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN
Bangsa Melayu lahir dari
pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup terkenal dengan
kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian komitmen
keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan Melayu,
Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu
diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan, maka ungkapan tersebut
seharusnya dilengkapkan dengan menyebut syaratnya, “selagi mereka berilmu dan
beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini
mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat.
Persoalan yang timbul
mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala
globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini,
timbulnya pelbagai istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan),
global village (desa buana), global culture (kebudayaan global) dan lain-lain
yang mengesankan seola-olah segalanya sudah serba global, tidak ada lagi negara
nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya tempatan serta hilang nilai
jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan
promosi dan menjual idea dan budayanya.
Bermula pada abad ke 13
masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara menyeluruh
hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir seluruh
lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan
perbezaan sosial yang baru berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana
yang tertulis di dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah. Proses pembinaan watak Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu
terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi.
Dengan ancaman penjajahan waktu itu sekaligus membangkitkan semangat
mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan. Perkembangan ini telah
menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat Melayu menentang
kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1
Bahagian Ketiga : ADAB-ADAB PERGAULAN DAN PERSAHABATAN DENGAN (KHALIQ) ALLAH DAN MAKHLUK.
Adab Dengan Orang Alim
Adab yang harus dimiliki ialah sabar,
selalu santun, duduk dengan wibawa disertai kepala yang tunduk, tidak takkabur
terhadap semua orang kecuali pada mereka bersikap tawadu’ dalam setiap majlis dan
pertemuan, tidak bersenda gurau, menyayangi murid, berhati-hati terhadap orang
yang sombong, memperbaiki negeri dengan cara yang baik dan tidak marah, tidak
malu untuk mengaku tidak tahu, memperhatikan pertanyaan si penanya dan berusaha
memahami pertanyaannya, menerima hujah dan mengikuti yang benar dengan kembali
kepadanya manakala ia salah, melarang murid mempelajari ilmu yang berbahaya dan
mengingatkannya agar tidak menuntut ilmu untuk selain redha Allah Swt, melarang
murid sibuk dengan hal-hal yang bersifat fardu kifayah sebelum menyelesaikan
yang fardu ain (yang termasuk fardu ain adalah memperbaiki yang lahir dan
batinnya dengan takwa) serta membekali dirinya terlebih dahulu dengan sikap
takwa tersebut agar sang murid bisa mencontoh amalnya, kemudian mengambil
manfaat dari ucapannya.
Adab Seorang Murid
Adab yang harus dimiliki oleh seorang
murid terhadap gurunya adalah mendahuluinya dalam memberi hormat dan salam,
tidak banyak berbicara di hadapannya, tidak mengatakan apa yang tak ditanya
oleh gurunya, tidak bertanya sebelum diberi izin, tidak mengungkapkan sesuatu
yang bertentangan dengan ucapannya, misalnya dengan ber kata, “Pendapat si
fulan berbeza dengan dengan ucapanmu”, tidak menunjuk sesuatu yang
berseberangan dengan pendapatnya sehingga terlihat ia lebih tahu tentang yang
benar daripada gurunya, tidak bertanya kepada teman duduk gurunya dalam
majlisnya, tidak menoleh ke sekitarnya, melainkan ia harus duduk dengan
menundukkan pandangan disertai sikap tenang dan etika sebagaimana ketika menunaikan
salat. Murid juga tak boleh banyak bertanya ketika guru sedang letih. Jika guru
berdiri maka sang murid juga harus berdiri untuknya, tidak diikuti dengan
pembicaraan dan pertanyaan, tidak bertanya kepadanya dalam perjalanan menuju
rumah.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_4/1
SOLAT DHUHA : Menarik Bantuan Dari Allah SWT
Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Ia disunnahkan untuk kita
mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu
zuhur]. Terdapat banyak keistimewaan apabila menunaikan solat sunat dhuha
antaranya ialah :-
YANG PERTAMA :
Dosa Terampun
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya
akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)
YANG KEDUA : Orang Bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat dhuha ia tergolong sebagai orang yang
bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha
kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)
YANG KETIGA : Recorded sebagai orang taat
Orang yang menunaikan solat dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat
kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat dhuha dua rakaat, maka dia tidak
ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat,
maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia
diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt
tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka
Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_3/1
CABARAN HEWI MASA HADAPAN
Hewi merupakan transformasi dalam gerakan yang berkembang
secara sedar atau tidak, ianya kian diterima oleh masyarakat sekeliling. Namun,
terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh hewi dalam arus kemodenan
ini. Hal ini termasuklah dari segi penyampaian dakwah, pergaulan dan
perkembangan teknologi yang memungkinkan segalanya!
“Jangan
disangka tangan yang mengayunkan buaian, tidak mampu menggoncang dunia.” Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa kaum
hawa merupakan teras gerakan dalam
dakwah yang meringankan beban kaum adam dalam berdakwah. Meskipun begitu,
peranannya kurang diambil kira dan dipandang rendah kerana sifat wanita yang
lemah dan beremosi yang menyumbang kepada penurunan peratus kepercayaan
masyarakat terhadap kaum ini. Namun begitu, jangan terpedaya dengan sifat kaum
hawa yang lemah dan lembut kerana di
sebalik itu, mereka merupakan tunjang dan teras dalam gerakan!
Skop tugas kaum hawa
disempitkan dan diletakkan dalam skop yang kecil dan terhad. Contohnya, kaum
hawa ini kerjanya hanya memasak, menjaga anak dan basuh baju. Keupayaannya hanya diterhadkan
kepada tugasan-tugasan di rumah sahaja dan jarang sekali berpeluang untuk
berjuang demi agama. Sedangkan, kaum ini sebenarnya merupakan aset penting dan
pelengkap dalam jalan dakwah ini. Hal
ini merupakan salah satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh kaum hawa dalam arus
kemodenan ini. Antara cabaran-cabaran
lain hewi pada masa hadapan adalah mahasiswa/wi yang bersikap
‘tidak peduli’ mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya sikap ‘tidak peduli
ini’.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2
MENGERTI AKAN HIKMAH
Sebahagian dari kita mungkin pernah mendengar tentang
hikmah. Misalnya ketika dirundung resah bencana, seseorang akan diperingatkan
tentang hikmah dibalik musibah. Jadi apa itu Al Hikmah? Hikmah secara mudahnya
ialah faham akan ketaqwaan yang tuntas dan kafi yakni mengerti dengan
pengertian yang sungguh sungguh mendalam.
Pendapat ini diperkuatkan dengan satu hadith yang dimana
Rasulullah telah bersabda mafhumnya, “hikmah adalah barang yang hilang dari
orang mukmin, maka dimana sahaja ia didapati, dia adalah orang yang berhak
terhadapnya.”
(Riwayat At- Tirmidzi)
Memperkatakan tentang hikmah, adalah sangat tidak adil
jika tidak diperikan tentang pengkisahan Allah dalam Al Quran akan seorang ahli
hikmah yang bernama Luqmanul Hakim dalam Surah Luqman yakni dari ayat 12 hingga
19, mafhumnya;
12) Dan
sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan
barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji."
13) Dan (ingatlah)
ketika Luqman berkata kepada
anaknya, di waktu ia memberi
pelajaran kepadanya: "Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
(Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
14) Dan Kami perintahkan
kepada manusia (berbuat
baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu-bapamu, hanya kepada-Kulah
kembalimu.
15) Dan jika keduanya memaksamu
untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu
tentang itu, maka janganlah kamu
mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah
jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka
Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Baca artikel selanjutnya di:-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_2
KENAPA AKU DI DALAM JEMAAH
Dimaklumi
yang kita sebagai mahasiswa dijemput menyertai Jemaah Islam bernama ABIM ketika
di alam kampus ialah bertujuan untuk menyediakan 'amilin untuk ABIM. Secara tak
langsung jemputan untuk menyertai bahtera Jemaah Islam Kampus (PKPIM)
sebenarnya ialah jemputan untuk kita menyertai bahtera ABIM di lapangan luar
kampus. Menjadi ahli PKPIM atau BGN tidak lama. Dalam 3-6 tahun kemudian tamat.
Jadi tidak mungkin kita diajak untuk bersama-sama beramal Islami sekadar untuk
tempoh tidak sampai sedekad itu. Rugi. Sangat rugi. Lebih baik tidak perlu
bersama Jemaah Kampus jika sekadar mahu aktif ketika di kampus sahaja. Lebih
rugi kerana sekadar mengisi masa atau lebih tepat "seronok" bergerak
kerja bersama kawan-kawan. Itu belum lagi menyentuh soal ikhtilat yang
menyebabkan kita seronok sendiri. Ya Allah, jagalah niat kami !
Sebab
itu penting untuk setiap ahli PKPIM atau BGN Kampus apabila pulang ke kampung
halaman, bersama pula dengan ABIM negeri. ABIM negeri sebenarnya jambatan
penghubung antara PKPIM dan jemaah induk (ABIM) di lapangan sebenar.
Kegagalan
untuk seseorang ahli Jemaah Kampus itu melibatkan diri dengan ABIM Negeri akan
mengakibatkan ahli Jemaah Kampus tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian
dengan perjuangan Jemaah. Ini akan menyebabkan seseorang ahli Jemaah itu mudah
'lesap' selepas alam kampus.
Fathi
Yakan menyebut bahawa seseorang abna'ul harakah itu perlu faham bahawa
perjuangan Islam itu ialah perjuangan yang berterusan dan tidak terbatas di
akhir alam kampus atau penamat zaman bujang. Sudah jelas ahli PKPIM atau BGN
Kampus sekadar sementara sebaliknya yang berterusan sepanjang hayat ialah
intima' bersama jemaah induk iaitu ABIM.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya:
“Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh (cergas) dan setiap
kecergasan ada masa jemu…”.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_tarbawi_edisi_1/1
6 Sifat Wanita Jangan Dikahwini
Pesanan Rasulullah SAW
untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang annanah, yang mananah, yang hananah dan
jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
Hadis tersebut merujuk
kepada enam sifat wanita yang perlu dijauhkan untuk dijadikan sebagai bakal
isteri. Jika terdapat sifat-sifat tersebut di dalam diri kita, hendaklah kita
berusaha untuk berubah ke sifat-sifat mahmudah. Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya'
Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang
bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. Al-Annanah
2. Al-Mananah
3. Al-Hananah
4. Al-Haddaqah
5. Al-Barraqah
6. Al-Syaddaqah
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_11
PENTINGKAH NIAT?
Niat. Satu perkataan yang pendek dan ringkas.
Namun, besar impaknya di dalm kehidupan kita kerana tanpa niat yang betul,
kemungkinan besar amalan kita boleh diterima?
Dari Amir Mu’minin Abi
Hafsh Umar ibn Al Khaththaab R.A, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda, “Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang
yang memperoleh sesuai dengan apa yang telah ia niatkan. Maka barangsiapa yang
hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya kepada ALLAH dan
Rasul-NYA. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau
wanita yang hendak ia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang ia (niatkan)
hijrah kepadanya.”
(HR: Bukhari-Muslim)
Hadis tersebut amat popular di kalangan kaum
muslimin. Acap sekali kita mendengar ucapan: “Yang penting niat. Bukankah niat
kita baik” dan sangat boleh jadi pengucapnya hanya tahu sedikit atau sebagian
dari kaedah ini. Mungkin dia mendengar hanya potongan dari hadis ini yang
diucapkan seseorang, mungkin juga lengkap tetapi telah disimpangkan
pengertiannya oleh orang yang ia dengar darinya hadis ini. Akhirnya semakin
jauhlah apa yang sering diucapkan kebanyakan kaum.
“Katakanlah, ‘Jika kamu
menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu memperlihatkannya, pasti
Allah mengetahui.’…”
(Surah Ali Imran: 29)
Baca artikel selanjutnya di :-
TREND USRAH
Usrah bukan
suatu trend atau tradisi semata-mata. Ia adalah suatu keperluan yang perlu ada
di dalam jiwa setiap manusia yang mukmin. Kita hendaklah mengetahui bahawa
usrah tidak memerlukan kita bahkan kitalah yang amat memerlukan usrah.
Sepertimana Islam tidak memerlukan kepada kita, tetapi kitalah yang perlu
kepada Islam untuk mengatur dan menguruskan cara kehidupan kita. Usrah secara
umumnya adalah aktiviti perbincangan di dalam bulatan, dimulakan dengan bacaan
al-Quran atau hadist, nasihat dan pengajaran oleh pembimbing yakni, dan akan
diakhiri dengan sesi soal-jawab antara pembimbing (naqib atau naqibah) dengan
yang dibimbing (ahli usrah). Tambahan pula, kita hendaklah menyedari bahawa
usrah juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W, dimana ia sangat besar sumbangannya
ke arah pembentukan seseorang individu yang pakar. Alangkah indahnya sebuah
jemaah apabila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang
acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’.
Selain itu, di dalalam gerakan usrah, terdapat
beberapa masalah, antaranya apabila usrah tersebut telah dilabelkan sebagai ‘tunjang
jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Dimana
usrah tersebut telah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab
semata dan nakib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah
adalah ilmu ulangan. Usrah sehala sebegitu adalah tidak wajar diwujudkan kerana
ia kurang mampu untuk membantu membangunkan diri dan mencabar minda ahli usrah
tersebut.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_9
ILMU ISLAM BUKAN UNTUK PROGRAM PENGAJIAN ISLAM
Dari Anas bin
Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu
fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibn
Majah dan lain-lainnya)
Hadis yang ringkas yang dibaca pada kali ini,
saya yakin selalu didengar oleh para pembaca sekalian iaitu yang berhubung
dengan kelebihan menuntut ilmu. Dimana di dalam al-Quran, Allah swt mengajar
kita akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita.
Seperti
firman Allah SWT melalui Surah Thahaa:114 umpamanya, telah mengajar Nabi
saw, "...Katakan oleh mu wahai Muhammad saw: Wahai Tuhanku,
tambahkanlah ilmu kepadaku."... Maknanya, ilmu ini adalah suatu benda
yang Allah perintahkan kita supaya ditambah tiap-tiap hari. Tidak boleh
dikurangkan kerana doa daripada Nabi SAW tadi mengajar supaya ditambah,
bukannya dikurang.
Baca artikel selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_8
Friday, 24 April 2015
MUNAFIQ DAN KONSEPNYA
Dunia hari ini memperlihatkan kita kepada kebejatan sosial dan kerosakan
aqidah umat Islam di seluruh negara. Mereka seolah-olah mempermainkan
hukum-hakam Allah Ta’ala dan tidak menghiraukannya hanya untuk mendapatkan
kuasa, pengaruh dan sokongan orang ramai yang sementara. Mereka mengaku Islam,
tetapi menyembunyikan Islam dan tidak menepati prinsip-prinsip Islam yang
sebenar. Hal tersebut dikenali sebagai munafiq.
Munafiq ialah seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara
menyembunyikannya di dalam hati. Secara zahirnya, mereka adalah sebahagian dari
masyarakat Islam. Mereka juga solat, membayar zakat dan melakukan syariar-syiar
ibadat. Namun batin mereka memusuhi Islam dan menyokong musuh-musuh Islam. Oleh
kerana jahat dan dahsyatnya orang-orang munafiq ini, Allah Ta’ala telah
menepatkan mereka ke dalam neraka yang paling bawah iaitu neraka jahanam.
Firman Allah Taala :
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu
(ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka dan kamu tidak akan
mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (145) Kecuali orang yan bertaubat
dan memperbaiki diri dan berpengang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus
ikhlas (menjalankan) ajaran agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama
orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada
orang yang beriman.(146)”
{Surah Al-NIsa’ : 145-146}
Baca selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_7
ISTIQAMAH DAN BUDAYA ILMU
Abdullah
bin Masuud (r.a) adalah seorang daripada sahabat yang unggul yang telah
diamanatkan dengan satu tugas supaya mengeluarkan fatwa walaupun semasa hayat Rasulullah
(s.a.w). Beliau telah bersama-sama Islam sejak tertubuhnya lagi dan beliau
adalah di antara salah seorang dari orang-orang yang telah berhijrah ke
Abyssinia. Beliau juga telah menemani Rasulullah (s.a.w) di dalam semua
peperangan yang diketuai oleh baginda (s.a.w) dan pernah juga berkhidmat
sebagai pembantu baginda.
Beliau
juga pernah mengangkat kasut-kasut Rasulullah (s.a..w), menyediakan sebuah
bantal kepada baginda semasa baginda memerlukannya dan juga mengangkut air
ketika baginda hendak berwudhu. Dengan yang demikian beliau telah dikenali
sebagai seorang 'penyimpan kasut', 'penyimpan bantal', 'dan juga sebagai
'pengurus wudhu'.
Sekali pernah Rasulullah berkata,
"Abdullah bin Masuud (r.a) sajalah orang yang boleh
daku lantik sebagai Amir dengan sempurna tanpa daku berunding dengan
sesiapun".
Beliau telah dibenarkan oleh Rasulullah (s.a..w) untuk
menziarahi baginda sekalipun pada bila-bila masa. Rasulullah (s.a.w) telah
dilapurkan sebagai berkata:
1.
"Sekiranya kamu ingin membaca Al-Quran sepertimana yang telah diwahyukan
kepadaku, maka contohilah kamu bacaan dari Abdullah bin Masuud".
2.
"Percayalah akan apa yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Masuud
daripadaku"
Baca artikel selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_6
JANGAN BANYAK BERTANYA?
Salah seorang
telah menyoal kepada Ibnu Umar (r.a):
"'Sesungguhnya
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran sesuatu mengenai bersolat di dalam aman
dan bersolat di dalam ketakutan sebaliknya Allah tidak berfirman sesuatu
mengenai solat di dalam perjalanan"
Beliau menjawab:
"Duhai anak
saudaraku! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad (s.a.w) sebagai
PesuruhNya kepada kita apabila kita berkeadaan jahil dan tidak mengetahui
apa-apa. Seterusnya hendaklah kita menurut apa yang telah kita lihat baginda
lakukan"
Ini menunjukkan
bahawa tidak perlu setiap peraturan patut diterangkan dengan jelas di dalam
Al-Quran. Amalan -amalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w) adalah
sebaik-baik panduan untuk kita beramal.
Baca Selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_5
IKHTILAT DAN BATASANYA
Ikhtilat (pergaulan antara
lelaki dan perempuan) sering berlaku di mana-mana samada dalam menuntut ilmu,
gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, bersosial dengan masyarakat dan
sebagainya. Namun masih ramai yang keliru dengan hokum sebenar dan batasan
ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia
haram da nada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah harus.
Bersesuaian
dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini lebih sesuai kita mengambil
hokum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang
ditetapkan sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari, Syeikh Dr.
Yusuf Al-Qardhawi. Hal ini kerana ikhtilat adalah fitrah, ia memang salah satu
perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling
bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Maka, ia memerlukan etika yang
betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan seperti penzinaan,
“bercouple”, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
Menurut Syeikh Dr Yusuf
Al-Qardhawi dalam buku beliau yang bertajuk Fatwa Al Mar-atul Muslimah,
pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan
secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia,
memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, membawa
kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan
dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan
berlandaskan batas-batas atau tujuan yang bertul dan penguatkuasaan yang
berkesan.
Baca selanjutnya di :-
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_4
UKHUWAH ISLAMIAH
“Sesungguhnya
orang-orang mu’min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu
dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T. supaya kamu mendapat rahmat”
(Al-Hujurat:10)
Berdasarkan
dalil di atas jelas sekali Allah berfirman bahawa semua Muslim adalah
bersaudara. Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang
menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan
ikatan rabbani iaitu ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah
yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka
kepada Allah S.W.T. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh larangan Rasulullah SAW
terhadap permusuhan antara Muslim. Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak seorang muslim memutuskan silaturrahim
dengan saudara muslimnya lebih dari tiga malam yang masing-masing saling
mengangkat muka apabila berjumpa. Yang terbaik di antara mereka adalah yang
memulakan mengucapkan salam kepada yang lainnya”.
(H.R.
Bukhari dan Muslim).
Di dalam
ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada
pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang
menghubungkan anggota masyarakat.
Baca aktikel selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_3_baru
Thursday, 23 April 2015
ADAB BERBEZA PANDANGAN
Perbezaan pendapat manusia sama
ada di dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama ataupun urusan
dunia merupakan lumrah hidup dan tabiat hidup
manusia. Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertikam
lidah sesama sendiri sehingga kita tidak menhiraukan adab dan
etikanya. Bahkan di dalam syariat Islam itu sendiri telah
menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan
dalam sesuatu hal atau urusan. Contohnya, syariat Islam itu
menggalakkan umatnya bermusyawarah yakni perbincangan untuk menentukan atau
menetapkan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah tersebut akan melahirkan
suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang
sihat. Tambahan pula, di dalam perbincangan tersebut, kita hendaklah berteraskan kepada
akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan
dan manfaat manusia seluruhnya..
Terdapat di kalangan umat Islam
yang terlalu taksub dengan cara merendah-rendahkan pandangan serta pendapat
orang lain yang tidak sealiran dengannya. Jika masalah tersebut tidak ditangani
dengan bijak, kemungkinan besar ia boleh menimbulkan perbalahan yang akan
memberi impak negatif kepada Islam. Perbezaan ini adalah ketetapan Allah atau
sunnatullah. Allah telah berfirman yang bermaksud :
“Dan jika Tuhanmu
menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi
Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa
berselisihan.”
(Surah Hud, ayat 118)
Baca Selanjutnya di :
http://issuu.com/pkpimuniselbj/docs/risalah_usrah_edisi_2/1
RUKUN USRAH 3 TA’
Usrah merupakan tonggak utama didalam setiap gerakan
Islam. Usrah bukanlah suatu majlis ilmu semata-mata tetapi ia merupakan suatu
majlis bagi meningkatkan komitmen kepada Islam dan membincangkan
masalah organisasi di dalam jemaah.
Sesungguhnya, usrah adalah sebuah nizam yakni SISTEM.
Manakala liqa' iaitu perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada
programnya. Andaikata sistem ini lemah, nescaya ia akan melemahkan sesebuah
gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai asasnya. Hassan Al-Banna telah berkata: "Berusahalah supaya anda
menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini".
Usrah bermaksud keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan
individu muslim yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong - menolong antara
satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk satu ikatan
perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan
persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah
dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan
Islam.
Sejarah usrah telah bermula pada zaman Rasulullah S.A.W.
apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah S.A.W.
telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan
nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam.
Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat
dalam masyarakat Qur
Rukun usrah terdiri daripada 3 Ta’ yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli
usrah agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi bebanan yang tidak
membawa sebarang erti. Antara 3 Ta’ tersebut ialah:
Baca selanjutnya di :
Subscribe to:
Posts (Atom)