Saturday, 30 November 2013

SIFAT-SIFAT SYURGA

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:"Ya Rasullullah,dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, Allah berfirman didalam al-quran yang bermaksud: “Dan naungan yang memanjang terus. Didalam syurga kesenangannya tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia.

Hal ini terbukti di dalam maksud ayat Allah didalam Al-quran: “Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat tinggal didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Maka,sesiapa yang bercita-cita untuk merasai nikmat syurga, dia haruslah sentiasa mengikut segala perintah Allah dan sentiasa berusaha untuk meninggalkan segala larangannya. Allah berfirman dalam Al-quran yang bermaksud: “Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.”

Mujahid berkata: "Bumi syurga adalah dari perak, dan tanahnya dari permata, dan urat-urat pohonnya dari perak, dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya terletak indah dibawah, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar. Buktinya, Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: “Apakah cermin yang putih ini?” Jawabnya: “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan untuk ummatmu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan pada hari Jumaat, jika seorang mukmin berdoa untuk kebaikan, pasti Allah akan maqbulkan atau mohon perlindungan kepada Allah dari sesuatu bahaya, pasti akan dihindarkanNya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan).”

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah Yaumal Mazid itu?” Jibril menjawab: “Tuhan telah membina sebuah lembah di syurga Firdaus, disana terdapat anak bukit dari permata kasturi dan pada setiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, syuhada’ dan para solihin, sedang mereka ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuji Allah, lalu Allah berfirman:

    “Mintalah kepadaKu.” Maka kami semua memohon keredhaanMu. Allah menjawab:“Aku telah redha kepadamu,keredhaan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu.”

Kemudian Allah menampakkan kepada mereka zatNya, maka tidak ada hari yang paling menggembirakan, sebagaimana hari Jumaat kerana mereka berasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka. Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi”  (QS. Az-Zumar : 20).

Dari Abu Musa Al Asy’ari,Nabi s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan khemah yang diperbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya,di sekelilingnya pula tinggal orang mukmin yang lain. Namun mereka tidak saling melihat antara satu sama lain.


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husnu ma ab.” Thuba ialah sebatang pokok di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan dihinggapi burung-burung besar sehingga apabila seorang menginginkan burung,ia dapat memanggilnya dan burung tersebut akan jatuh diatas meja makannya, dan apabila burung tersebut telah dimakan separuh bahagian nya, ia boleh terbang kembali."

PINTU-PINTU SYURGA

Syurga memiliki banyak pintu dan nama bagi setiap pintu adalah berbeza. Di dalam sebuah hadis, seorang sahabat Sahl bin Sa’ad r.a berkata dari Rasulullah s.a.w : “Di dalam syurga terdapat lapan buah pintu, di antaranya adalah Ar Rayyan. Tidak ada yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa”.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri diatas seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad di jalan-Nya”. Tingkat syurga yang paling tinggi ialah syurga Firdaus.

Nabi Muhammad telah memerintahkan kepada ummatnya supaya berdoa memohon syurga Firdaus melalui sabdanya,yang bermaksud: “Jika kalian meminta pada Allah mintalah kepadaNya Firdaus, karena sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling utama, dan merupakan tingkat tertinggi dari syurga, di atasnya terdapat ‘Arsy Ar Rahman dan dari Firdaus itulah memancar sungai-sungai syurga”

Dari Utbah bin Ghazawan r.a pula, beliau berkata mengenai lebar bagi setiap pintu syurga. “Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami bahawasanya jarak antara daun pintu ke daun pintu syurga lainnya adalah sepanjang perjalanan empat puluh tahun, dan akan datang suatu hari ketika orang yang memasukinya harus berdesakan.”Lapan buah pintu-pintu syurga adalah seperti berikut:

1) Syurga Firdaus
 Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al Qur'an,surah Al Kahfi, ayat 107,Allah s.w.t. telah menegaskan:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka adalah syurga firdaus menjadi tempat tinggal". Juga ditegaskan dalam Al Qur'an, surah Al Mu'minun, ayat 9-11.

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ.أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ.الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang-orang yang akan mewarisi (iaitu) yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".

         2) Syurga ‘Adn
Syurga 'Adn ini telah banyak kali dijelaskan di dalam Al Qur'an. Antaranya firman Allah swt. di dalam surah Thaha, ayat 76 yang berbunyi :

جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ مَنْ تَزَكَّىٰ

Bermaksud :  
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang (dalam keadaan) bersih (semasa didunianya dari berbagai dosa)".

Firman-nya lagi didalam surah Shaad, ayat 50 :

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ

"(iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka".

         3)Syurga Na'im
Dalam Al Qur'an surah al Hajj, ayat 56. Allah swt. telah menegaskan :

الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Yang bermaksud:
"Maka orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".

Firman-Nya lagi dalam surah Al Luqman,ayat 8 :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan".
            
            4)Syurga Ma'wa
Terlalu banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, antara lainnya adalah dalam Surah As Sajadah, ayat 19 Allah s.w.t. menegaskan:

أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka mendapat syurga-syurga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".

Firman-nya lagi didalam surah An Naazi'aat,ayat 41:

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ

"Maka sesungguhnya syurga ma'wa lah tempat tinggal(nya)".

            5)Syurga Darussalam
Telah banyak dijelaskan didalam Al Qur'an, diantaranya ialah di dalam surah Yunus, ayat 25 :

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيم

"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni syurga),dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

             6)Syurga Darul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Allah swt. di dalam Al Qur'an, surah Faathir, ayat 34-35:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ.الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi Allah yang telah mengapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".

           7)Syurga maqoomul Amiin
Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surah Ad Dukhan, ayat 51:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertawakal tinggal didalam tempat yang aman (syurga)".

             8)Syurga Khuldi
Di dalam Al Qur'an dalam surah Al Furqaan, ayat 15, Allah swt. telah menegaskan :

قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءًوَمَصِيرًا


"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa,sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".

Disediakan oleh :
-Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)

SYURGA JALAN YANG INDAH

Syurga (Al Jannah) secara bahasa berarti kebun (al bustan), atau kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis pokok. Bangsa Arab juga biasa menggunakan perkataan Al Jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara istilah, syurga ialah nama yang umum merangkumi suatu tempat (yang telah disediakan oleh Allaah bagi mereka yang mentaati-Nya), di dalamnya terdapat pelbagai kenikmatan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pandangan mata.

Allah s.w.t telah menggambarkan kenikmatan syurga melalui pelbagai cara. Terkadang, Allah memancing akal sihat manusia melalui firman-Nya dalam hadits qudsi,Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Aku sediakan kepada hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga,dan tidak pernah terlintas dalam fikiran seseorang manusia pun". Oleh itu, bacalah firman Allah didalam surah Al-Sajadah : "Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka daripada segala jenis nikmat yang amat indah dipandang dan menggembirakan.” (Riwayat al-Bukhari, no 3072 dan Muslim, no 2824).

            Dalam kalam yang lain, Allah membandingkan kenikmatan syurga dengan dunia untuk menjatuhkan dan merendahkan martabat dunia. Rasulullah s.a.w bersabda,“Tempat-tempat di dalam syurga lebih baik dari dunia dan seisinya”. Kenikmatan syurga juga Allah Ta’ala telah gambarkan dengan menyebut manusia yang dapat memasuki syurga dan selamat dari azab neraka sebagai orang yang mendapat kemenangan yang besar. Sebagaimana Allah ta’ala berfirman :

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ {13}

Maksudnya:
         “Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya, dan itulah kemenangan yang besar” (QS. An-Nisaa’ : 13).


Disediakan oleh :
-Hasinah binti Mohammad
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)





HADITS ARBA'IN NAWAWIYAH : MUHYIDDIN YAHYA BIN SYARAF NAWAWI

HADITH 41

لاَيُؤْمِنُأَحَدُكُمْحَتَّىيَكُونَهَوَاهُتَبْعاًلِمَاجِئْتُبِهِحَدِيثٌحَسَنٌصَحِيحٌرَوَيْنَاهُفِيكِتَابِالْحُجَّةِبِإِسْنَادِصَحِيحٍ                                                                                  
Maksud Hadith : 

          Hadith ini hadith sahih yang diriwayatkannya dari kitab al-Hujjah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah. Dengan sanad yang baik.

          Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn ‘Amruibn al-’Aasr.a.beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa". (Hadits ini tergolong dha’if. Lihat Qawa’idWa Fawa’idminal Arba’in An-Nawawiyah ,karangan Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 167, juz 1, Jami’ Al Ulumwal Hikam oleh Ibn Rajab)

Pengajaran :

           Melawan hawa nafsu kita sehingga kafiia tunduk patuh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW semesti satu tuntutan dari cabang keimanan. Belum cukup sempurnalah iman jika diutamakannya hawa nafsu, jika diri menyintai maksiat lebih daripada mengamalkan ajaran Islam dan berbuat kebaikan. Adapun ungkapan ‘benar – benar beriman’ yang dimaksudkan bukanlah kerana jatuh kufur seseorang itu ataupun kerana jauhnya ia dari islam, melainkan ertinya imannya masih belum cukup sempurna atau adanya kepincangan pada imannya. Jika dilangsir, hadith ini adalah semakna dan bertepatan dengan firman Allahu Azza Wajjal dalam Surah al-Nisa’ ayat  65 yang maksudnya ; "Demi Tuhanmu, mereka tidak dikatakan beriman sebelum mereka berhukum kepada kamu mengenai perselisihan sesama mereka, mereka tidak berasa berat hati atas keputusan kamu serta menerima dengan pasrah sepenuhnya".

          Sebab turunnya ayat ini ialah karana Zubair bersengketa dengan seorang sahabat dari golongan Anshar dalam perkara air. Kedua orang ini datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam untuk mendapatkan keputusan. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam bersabda : “Wahai Zubair, alirkanlah dan tuangkanlah air kepada tetanggamu itu”. Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam menganjurkan kepada Zubair untuk bersikap memudahkan dan toleransi. Akan tetapi, sahabat Anshar itu berkata : “Apakah karana dia anak bibimu?” Maka merahlah wajah Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam kemudian sabda beliau: “Wahai Zubair, tutuplah alirannya sampai airnya naik keatas pagar kemudian biarkanlah hingga tumpah”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam melakukan hal semacam itu untuk memberi isyarat kepada Zubair bahwa apa yang diputuskan beliau mengandung mashlahat bagi golongan Anshar. Tatkala orang Ashar memahami sabda Nab Shallallahu ‘alaihiwa Sallam itu, maka Zubair menyedari apa yang menjadi hak dan kewajibannya. Karena kejadian itulah ayat ini turun.

         Hadits yang shahih dari Nabi ,beliau bersabda : “Demi diriku yang ada di dalam kekuasaan-Nya, seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sebelum ia mencintai aku lebih dari cintanya kepada bapaknya, anaknya, dan semua manusia”. Abu Zinad berkata :“Hadits sini termasuk kalimat pendek yang padat berisi, karena di dalam kalimat ini digunakan kalimat yang singkat tetapi maknanya luas. Cinta itu ada tiga macam, yaitu cinta yang didorong oleh rasa menghormati dan memuliakan seperti cinta kepada orang tua, cinta didorong oleh kasih sayang seperti mencintai anak dan cinta karena saling mengharapkan kebaikan seperti mencintai orang lain”.

           Ibnu Bathal berkata : “Hadits di atas maksudnya —Wallaahua’lam— adalah barang siapa yang ingin imannya menjadi sempurna, maka ia harus mengetahui bahwa hak dan keutamaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam lebih besar daripada hak bapaknya, anaknya dan semua manusia, karena melalui Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallaminilah Allah menyelamatkan dirinya dari neraka dan memberinya petunjuk sehingga terjauh dari kesesatan. Jadi, maksud Hadits di atas adalah mengorbankan diri dan jiwa untuk membela Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam berperang melawan bapak mereka atau anak mereka atau saudara mereka (yang melawan Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam). Abu Ubaidah telah membunuh bapaknya karena menyakiti Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa Sallam. Abu Bakar menghadapi anaknya, Abdurrahman, dalam perang Badar dan hamper saja anak itu dibunuhnya. Barang siapa melakukan hal semacam ini, sungguh ia dapat dikatakan kemahuan-kemahuannya tunduk kepada apa yang diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihiwa Sallam kepadanya.

Wallahualam.

Disediakan oleh :
-Muhammad Azhaari Shah bin Sulaiman


Sunday, 27 October 2013

NERAKA AZAB YANG PEDIH



         Neraka ialah tempat pembalasan buruk bagi manusia yang mengingkari perintah Allah dan Rasulullah (S.A.W), melakukan kejahatan, kerosakkan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Di dalam kitab suci Al-quran ia disebut sebagai ألنار (An-Nar) serta jumlah yang disebut adalah sangat banyak. Neraka dari segi bahasa ialah kobaran api iaitu Al-Lahab yang panas dan bersifat membakar. Manakala dari segi istilah ialah suatu tempat yang telah disiapkan Allah bagi orang-orang yang menderhakai-Nya.

Allah Ta’ala berfirman “Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka)” (QS. Al Ahzab : 64)

Sesetengah manusia yang telah melakukan beberapa jenayah di dunia lupa bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Allah pada setiap masa serta dapat mengetahui sehingga ke isi hati mereka.Mereka ini tidak akan terlepas tanpa dihukum. Seterusnya,sesiapa yang telah dimasukkan ke dalam neraka,dia tidak akan dapat keluar dari neraka tersebut. Pintu neraka tersebut ditutup rapat dan berdiri teguh. Itu adalah penjara bagi orang-orang yang menggaggap remeh tentang keadilan di akhirat.

Akhir sekali, ramai yang percaya neraka adalah tempat sementara dan apabila mereka telah dihukum di atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Pertimbangan seperti ini terpulang kepada Allah yang telah memberitahu kepada kita di dalam Al-quran seperti berikut :

“Mereka berada dalam api neraka ditutup rapat” ( Surah Al-Balad : 20)

Di dalam Al-quran ada disebutkan bahan bakar didalam api neraka iaitu terdiri daripada manusia yang telah melakukan kemungkaran dan batu-batu yang panas membara. Batu tersebut adalah berhala-berhala yang disembah oleh orang-orang kafir. Selain itu,pintu gerbang neraka telah dijaga oleh malaikat Malik yang memiliki sembilan belas malaikat untuk melakukan penyeksaan di dalam neraka. Salah satunya ialah malaikat Zabaniah. Rupa  malaikat Malik Zabaniah sangat garang dan bengis tetapi sangat setia kepada perintah Allah.

Di dalam api neraka seksaannya yang pedih tidak sama dengan kesakitan di dunia. Neraka adalah tempat yang dikelilingi ketakutan, kesakitan, tekanan dan kesedihan. Ahli neraka akan meraung-raung memohon keampunan daripada Allah s.a.w untuk ke jalan keluar daripada api neraka mahupun meminta dikurangkan dan diringankan azab keatas mereka.Namun,segala penyesalan dan taubat mereka sudah terlambat kerana Allah pernah mengingatkan di dalam surah An-Nahl ayat 99 hingga 100 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan. Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.”


Disediakan oleh : 
- Hasinah binti Mohamad
- Nur Hamizah binti Muhammad Bajuri
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)






SYURGA vs NERAKA



       Syurga adalah tempat nikmat bagi orang yang beriman. Ia adalah kemenangan dan hadiah bagi orang yang bersunguh-sungguh dalam mengabdikan diri kepada Allah. Rasulullah pernah ditanya,jika luas syurga adalah keseluruhan langit dan bumi, dimana pula letaknya neraka? Baginda menjawab, “Maha suci Allah,dimanakah malam, jika siang menjelma?”

Tambahan pula, nikmat syurga tidak dapat kita bayangkan dengan akal kerana ia terlalu indah dan tidak dapat diterima oleh akal manusia.Betapa besarnya nikmat bagi orang yang beriman. Sepuluh orang beriman yang dijamin syurga seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, dan lain-lain adalah manusia yang sangat bertuah kerana telah dipilih oleh Allah dan mendapat berita gembira tersebut daripada Rasulullah sendiri.

Dijamin masuk syurga merupakan janji yang benar dan janji yang akan dipenuhi.Janji seperti itu merupakan janji agung dari Rasulullah yang mulia, dan beliau sendiri yang menjaminnya melalui keistimewaan syafaat. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ {30}
bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan: "Rabb kami ialah Allah". Kemudian mereka menegakkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan),"Janganlah kamu sekalian merasa sedih, dan bergembiralah kalian dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.”(Surah Fashilat ayat 30).

Di syurga tidak ada yang susah, kecewa, menyesal, kematian dan usia tua. Kesenangan di dalamnya tidak pernah dirasai kesusahan. Kedamaian di dalamnya tidak pernah dirasai kekecewaan. Kejernihan di dalamnya tidak pernah disertai kejenuhan. Di dalamnya juga hanya terdapat nikmat yang abadi dan kebaikan yang menyeluruh serta tidak akan berubah dan berakhir.

Maka amat celaka,jika ada sebahagian orang yang tidak rindu kepadanya,tidak berangan-angan untuk melihatnya dan tidak berusaha untuk masuk ke dalamnya.Sungguh keras jika hati yang tidak senang untuk menyebutnya dan tidak rindu untuk meraihnya.

Syurga juga tidak dapat dicapai dengan angan-angan kosong. Syurga hanya dapat di diraih dengan kemahuan yang kuat dengan bantuan rahmat Allah s.w.t dengan keyakinan serta niat yang kuat disertakan tutur kata dan perilaku yang baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut dalam ayat 69:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ {69}
bermaksud:                                                  
“Dan orang-orang yang benar-benar berjuang untuk mencari keredhaan kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar dan beserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

Manakala neraka pula disabit Allah bagi sesiapa yang melanggar suruhanNya. Ia adalah tempat pembalasan buruk dengan azab seksa kepada golongan penderhaka yang telah melakukan kejahatan, kerosakan dan kezaliman semasa hidup di dunia. Neraka juga adalah tempat kesengsaraan,kehinaan dan kesedihan.Di dalamnya cukup dengan kepedihan disebabkan api neraka.

Gambaran umum azab api neraka sudah cukup membuatkan manusia yang berfikir menjadi kecut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.Analogi api yang dinyalakan,menjulang hingga ke hati,dan membakar penghuninya yang ditutup rapat sambil terikat pada batang palang adalah benar.Hal ini terbukti di dalam firman Allah s.w.t:

 نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ {6}الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ {7}إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ {8}
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ {9}
bermaksud:
“(Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan,yang (membakar) sampai ke hati.Sungguh,api itu ditutp rapat atas (diri) mereka,(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Al- Humazah : 6-9 ).

Bahan bakar api neraka adalah manusia dari batu batan yang panas.Ianya dikawal oleh malaikat yang berwajah garang dan bengis, namun setianya kepada arahan Allah tidak pernah bertepi. Dalam al-quran Allah ada menyebut:

هَٰذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ ۖ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ {19}
bermaksud :
“Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka serta dicurahkan atas kepala mereka dengan air panas yang menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.”

Alangkah pedihnya janji itu dan ia sebenar-benar seksaan yang keras lagi menakutkan. Maka amat celakalah jika ada seseorang yang bercita-cita untuk masuk ke dalam api neraka bahkan memandang rendah terhadap api neraka. Tidak dapat dibayangkan dengan akal manusia betapa panasnya api neraka. Api di dunia juga manusia sudah tidak tahan apatahlagi api di akhirat.Betapa Allah mahu menunjukkan panasnya api neraka sedangkan Allah menghantar api di dunia satu pertujuh daripada api neraka. Api yg paling panas di neraka adalah api yang berwarna putih. Nauzubillah. Betapa seksanya neraka bagi golongan yang ingkar dan tidak patuh kepada Allah.

ERTI MENGANUT DAN BERPEGANG DENGAN ISLAM

BAHAGIAN 3 : AKHLAK  

AKHLAK

BAHASA: berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku,perangai atau tabiat.
ISTILAH: keadaan jiwa  seorang yg mendorong utk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal terlebih dahulu.
Kemuliaan  akhlak  adalah  matlamat  utama  bagi  ajaran  Islam  sebagaimana yang  ditegaskan  oleh  Rasulullah  s.a.w  tentang  tujuan  pengutusan  baginda: Yang  bermaksud:  "Sesungguhnya  aku  diutuskan  untuk  menyempurnakan kemuliaan akhlak". Hal ini  dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran: Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana   yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, danmereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj, Ayat: 41)
·     Islam tanpa akhlak merupakan rangka yang tidak berisi  atau jasad yang tidak bernyawa, atau bahan yang tidak bernilai.
·         Akhlak adalah roh kepada agama.
·         Akhlak adalah buah keimanan.
·         Para ulama berkata:’Iman tanpa akhlak ibarat pohon tanpa buah.’
·      Dalam islam akhlak adalah merupakan intipati bagi segala ibadat.Tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.
·     Akhlak yang mulai adalah mestilah berasaskan kepada taqwa, kerana taqwa merupakan perasan jiwa yang terbentuk dan menampilkan sifat takut  kepada Allah dalam segala aktiviti dan dalam segala lapangan hidup seseorang.
·       Di sisi Allah orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling tinggi akhlaknya,kerana hatinya telah disinari sifat takut Allah dan tunduk sepenuh-penuhnya dengan rehdo dan keikhlasan yang tinggi.
·       Orang yang beriman kepada Allah dengan amalan kebaikan dalam realiti hidupnya maka itu dinamakan ihsan. Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah.

SIFAT-SIFAT AKHLAK SEORANG MUSLIM

1.     Menjauhkan diri daripada perkara syubhat
·      Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara yang halal dan haram.

2.      Memelihara padangan
·     Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang mukmin  supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak  memberi faedah.

3.      Memelihara lidah
·       Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dankotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri:Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

4.      Bersifat pemalu
·   Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan,merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.Sifat malu dapat menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan.

5.      Bersifat lemah-lembut dan sabar
·     Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar,gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.Sifat ini amat penting dalam diri setiap individu islam.

6.      Bersifat benar dan jujur
·     Seorang muslim mestilah mempunyai sifat benar dan dan tidak berdusta.Ini kerana sifat ini paling jahat dan hina di sisi sehingga ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".(Muttafaqun Alaih).

7.      Bersifat tawaduk(rendah diri)
·       Seorang muslim mestilah memiliki sifat tawaduk kepada saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membandingkan orang kaya atau orang miskin.

8.      Bersifat pemurah

·     Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorbandengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.