BAB 1 : PENGENALAN
Fitnah dajjal sangatlah bahaya, hingga banyak
orang yang akan terjebak denganfitnah tersebut. Tiada malapetaka yang lebih dasyat daripada yang
ditimbulkan oleh fitnag Dajjal pada akhir zaman.Ketika itu orang yang teguk
melaksanakan syariat Islam akan dihina,orang yang menegakkan kebenaran
dimusuhi,orang yang jujur dibenci dan para pejuang hak asasi
dibunuh.Nilai-nilai luhur kehidupan dan keadilan dipinggirkan dalam kehidupan.
Agama hanya menjadi alat untuk meraih
kepentingan dunia.Tafsiran kebenaran hanya milik mereka yang berkuasa dan
matlamat manusia hanya kepada kemegahan dunia semata-mata.Fitnah Dajjal adalah
satu fitnah yang sangat dahsyat keran fitnahnya mampu menentukan baik buruk
nasib manusia pada akhir zaman. Dajjal dan para sekutunya mampu menipu dan
memperdaya umat manusia sehingga sesuatu yang buruk menjadi baik,yang salah
menjadi benar,yang batil menjadi hak,yang jujur dituduh dusta,yang adil
dikatakan tidak adil,yang negative menjadi positif.Bahkan Dajjal mampu menipu
manusia sehinggakan neraka seolah-olah seperti syurga. Rasulullah memerintahkan
kepada umatnya agar memohon perlindungan dari fitnah dajjal setiap shalat.
Suatu ketika ihwal Dajjal disebutkan di hadapan
Rasulullah shallallahu ’alaih wa sallam kemudian beliau bersabda: ”Sungguh
fitnah yang terjadi di antara kalian lebih aku takuti dari fitnah Dajjal,
dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah
sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal),
dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini – baik kecil ataupun besar
– kecuali untuk fitnah Dajjal.”
(HR. Ahmad)
Sabda Rasullullah (S.A.W)
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”مَا
أَهْبَطَ اللَّهُ إِلَى الأَرْضِ مُنْذُ خَلَقَ آدَمَ إِلَى أَنْ تَقُومَ
السَّاعَةُ فِتْنَةً أَعْظَمَ مِن فِتْنَةِ الدَّجَال
“Allah tidak
menurunkan ke muka bumi sejak dicipta Adam sehingga berlakunya kiamat akan
fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.”
(HR. Thabrani)
Nabi bersabda:
لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ
وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
“Dajjal tidak akan muncul sehingga sekalian
manusia telah lupa untuk mengingatnya dan sehingga para Imam tidak lagi
menyebut-nyebutnya di atas mimbar-mimbar.”
(HR. Ahmad )
Dajjal dan para sekutunya mampu menguasai
pemikiran masyarakat dunia dengan rancangan licik dan penyebaran fitnah
keji.Pada akhir zaman,sekutu Dajjal menggunakan kekuatan kewangan dan kuasa
media yang mereka miliki untuk memudahkan mereka menjadikan dunia seperti
kehendak meraka.
Perbincangan Topik:
Bagi
memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai dajjal,maka akan kami
menghuraikan perkara-perkara berikut :
Siapakah
Dajjal ?
Dalil
munnculnya Dajjal tanda kiamat semakin hampir.
Tempat munculnya Dajjal?
Apakah
sebab Dajjal muncul ke bumi?
Apakah fitnah yang di sebarkan
Dajjal?
Siapakah
para pengikut Dajjal?
Bagaimankah
pengakhiran hidup Dajjal?
BAB 2 : PERBAHASAN
1. SIAPAKAH
DAJJAL ?
a) Pengertian Nama Dajjal
Dajjal
berasal daripada Perkataan Dajjala( دجـَّل) yang bererti dusta,tipu daya atau mencampuradukkan.
Dari segi bahasa : Dajjal bererti
pendusta,penipu dan memutarbelitkan fakta.Manakala dari istilah pula
bereti:manusia yang berperawakan pembohong yang selalu berdusta,menutupi
kebenaran dengan pembohongan,menutupi hak dengan kebatilan,menutupi amalan
meraih syurga dengan amalan yang mengakibatkan neraka.(Lisan Al-arab:3/591-592)
Pengetian nama Dajjal bukan sekadar identiti,tetapi
simbolik kepada sikap dan perbuatan sebenarnya.Oleh itu,sesiapa yang menyebarkan
fitnah,banyak berdusta dan menipu,sama ada individu atau kumpulan,dia ialah
Dajjal.Dajjal bukan sekadar nam juga watak yang menimbulkan fitnah yang dahsyat
dakam kehidupan manusia.
Nama Dajjal selalunya berganding dengan nama
al-Masih dan disebut al-Masih Dajjal.Al-masih dari segi bahasa: adalah dari
perkataan Masaha ( مَسَحَ) yang
bermakna menghapus atau menutupi.Satu lagi maksud al-Masih dari segi bahasa
juga membawa maksud benar dan suka kepada kebenaran atau berpihak kepada
kebenaran.
Perkatan al-Masih merupakan gelaran yang
khusus diberikan oleh Allah kepada nabi Isa putera Maryam.Dajjal sengaja
menggunakan gelaran dirinya degan al-Masih kerana dia mengangkat dirinya sebagai
nabi dan menyamakan dirinya dengan Isa putera Maryam.
Dajjal disebut al-Masih kerana :
1) Salah satu matanya buta.
2) Dajjal menghapuskan bumi selama 40 hari.
3) Menghapuskan peraturan Allah dan menggantikan
dengan peraturannya sendiri.
4) Menutup kebenaran dengan kebatilan,dan
menghapuskan akidah tauhid dengan kesyirikan.
5) Dalam setiap misi Dajjal dia selalu mengaku
dirinya al-Masih(Julukan yang Allah berikan
kepada Nabi Isa).
Dajjal
juga boleh menunjukkan kekuatan sihir seolah-olah seperti mukjizat yang dimiliki Nabi
Isa.Antaranya :boleh menyembuhkan orang yang buta,penyakit
sopak,menghidupkan orang mati,menurunkan hujan dan menghadirkan sihir-sihir
lain).Semua perbuatannya itu adalah pembohongan semata-mata.
Islam
melarang keras perbuatan menipu atau berdusta.Seperti mana firman Allah :
Orang-orang
yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah,
dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang
mereka lakukan.
(Surah Al-An’am:124)
Sabda nabi Muhammad S.A.W
“Wajib atas kamu untuk jujur.Sesungguhnya
kejujuran itu akan membimbing kamu menuju kabajikan dan kebajikan akan
membimbing menuju syurga dan tidaklah seseorang lelaki itu jujur dan berusaha
untuk jujur maka dia akan dicatat oleh Allah sebagai siddiq.
Berhati-hati kamu daripada berbohong kerana
sesungguhnya bohong itu membimbing menuju kejahatan dan kejahatan membimbing
menuju neraka dan tidaklah seseorang itu berbohong dan berusaha untuk berbohong
maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pembohong.”
b) Asal usul Dajjal
Dajjal merupakan manusia daripada keturunan Adam.Ia
bukan makhluk daripada golongan jin mahupun keturunan daripada campuran manusia
dan jin.Sepertimana manusia pada umumnya,Dajjal memerlukan makanan,pakaian dan
tempat tinggal.Ia juga menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang
lelaki.
Dajjal
lahir daripada keluarga penganut agama penyembah berhala.mereka dari keturunan
Yahudi.Dajjal berkahwin,tetapi dia tidak dikurniakankan anak kerana dajjal
mandul.
Selain
mandul,Dajjal juga mengalami ganggguan penglihatan.Mata kanannya buta,sedangkan
mata kirinya masih dapat melihat tetapi rabun warna(hanya dapat melihat sesuatu
warna berwarna putih dan hitam)
Bola
matanya terkeluar seperti buah anggur yang masak,Itulah yang menyebabkan
wajahnya kelihatan menyeramkan.Sungguhpun begitu,di sebaliik kelemahan
fizikalnya,otak dan daya ingatan Dajjal sangat tajam.Dia mempunyai kekuatan
yang luar biasa yang dapat menutupi segala kelemahan fizikalnya.
c) Fizikal Dajjal Secara Ringkas
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang
disebut didalam hadis Rasullullah (S.A.W) :
1) Seorang yang kelihatan muda.
2) satu riwayat berbadan besar (Kitab Fafirru
Ilallah)/satu riwayat berbadan kecil.
3) Rambutnya kerinting dan lebat(Kelihatan
dari belakang seolah-olah pokok yang rimbun)
4) Buta mata kirinya seperti buah anggur yang
kecut, dan mata kanannya tertonjol keluar.
d) Bentuk Fizikal Dajjal
1.Aggota
Badan Dajjal
a)- Dajjal
ialah seorang lelaki yang bertubuh pendek dan gemuk.
b)- Kulit tubuhnya berwarna putih seperti
keldai putih.
Sabda Rasulullah(S.A.W) :
“Dajjal matanya buta sebelah,kulitnya putih
seperti keldai putih,kepalanya kecil dan banyak
gerak, mirip dengan Abd Uzza bin Qathan……….. (HR At-Termizi)
c)- Kakinya cacat kekal dan bengkok,lutut
Dajjal saling menjauh seperti membentuk huruf‘O’.
d)- Wajahnya
berbentuk bujur.Dahinya lebar.Lehernya pun lebar.
Berkaitan
hal ini Rasulullah (S.A.W) bersabda;
“Sesungguhnya,aku telah menceritakan perihal
Dajjal kepada kamu,sehingga aku khuatir
kamu tidak lagi mampu
memahaminya,Sesungguhnya al-Masih Dajjal adalah seorang lelaki yang
pendek,berkaki bengkok,berambut keringting,buta sebelah,matanya tidak terlalu
menonjol dan tidak terlalu tenggelam.Jika kamu berasa bingung,maka ketahuilah
bahawa Tuhan kamu tidak buta.”
Rasulullah
(S.A.W) bersabda: Dalam hadits Imran bi Husein, Rasulullah bersabda : "Semenjak diciptakannya Adam hingga
datangnya hari kiamat tidak ada makhluk yang lebih besar dari dajjal."
(HR Abu Daud )
Dari
Fathimah binti Qais mengenai Dajjal, Ad-Dari berkata :
"...lalu kami berangkat dengan segera
sehingga ketika kami sampai di biara tiba-tiba disana ada seorang yang sangat
besar (hebat) dan diikat sangat erat.
2.Rambut
Dajjal
Dajjal
berambut keringting dan kusut masai.Rambutnya tumbuh lebat dan subur dan
pendek.Rambut yang lebat itu selalu di potong pendek (kelihatan seperti di
pintal).Dengan penampilan Seperti itu,Dajjal seolah-olah kelihatan selalu muda.
Berkaitan
hal ini,Rasullullah (S.A.W) bersabda :
“Dia(Dajjal) ialah seorang pemuda yang
berambut kerinting lebat(subur),hilang cahaya matanya,seakan-akan aku
menyerupakannya dengan Abd Uzza bin Qathan.”
(HR Muslim)
Dalam hadis lain ,Rasullullah bersabda :
“Akan tiba satu zaman kelak,ada pendusta yang
menyesatkan,rambutnya kerinting,tumbuh lebat seperti dipintal(Rasullullah
(S.A.W) mengucapkan hal tersebut sebanyak tiga kali).Dia akan berkata‘Aku ialah
Tuhan mu’.Sesiapa yang berkata, ‘Engkau bukan Tuhan kami,Tuhan kami adalah
Allah,kepada-Nya kami bertawakal dan kepadanya kami kembali.Kami berlindung
kepada Allah daripada kejahatan.Nescaya Dajjal tidak mampu mengalahkannya.”
(HR At-Termizi)
3.Mata Dajjal
Fizikal Dajjal mudah dikenali iaitu mata
kanan Dajjal buta,bola matanya terkeluar seperti buah anggur.
Rasulullah (S.A.W) bersabda :
“Sesungguhnya Dajjal itu mata kanannya
buta,bola matanya seperti anggur yang menonjol”
(HR Muslim)
Rasullullah juga bersabda :
“aku mengingatkan kamu daripadanya,tidaklah
ada seorang nabi kecuali pasti akan mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal.Nuh telah mengingatkan kaumnya,akan tetapi,aku akan
sampaikan kepada kamu satu ucapan yang belum disampaikan para nabi kepada
kaumnya.Ketahuilah kamu mata dajjal itu buta sebelah,namun Allah tidaklah
begitu.”
(HR
Muslim)
Dalam
hadits Anas, Rasulullah bersabda :
"Dan diantara kedua matanya termatub
tulisan kafir". Dan dalam satu riwayat disebutkan : "Kemudian beliau mengejanya -kaf fa'
ra'- yang dapat dibaca oleh setiap muslim". Dan dalam satu riwayat lagi
dari Hudzaifah, "Dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik ia tahu tulis
baca maupun tidak."
Dari Abu Sa'id Al-Khudri, Rasulullah bersabda
:
"Dan
tidaklah diutus seorang nabi yang diikuti itu, kecuali intuk
memperingatkan kaumnya terhadap dajjal. Aku telah menerangkan perkaranya bahwa
ia cacat, sedangkan Tuhan kalian tidaklah cacat. Mata kanannya menonjol dan
tidak dapat disembunyikan, seolah-olah dahak yang berada di dinding kapur,
sedangkan mata kirinya seperti planet yang bulat..."
3.1
Antara Dua Mata Dajjal Ada Tulisan KAFIR
Dajjal
ialah manusia yang pelik.Pandangannya juling dan wajahnya kelihatan kejam.Ada ciri-ciri yang sangat ketara pada wajah
Dajjal iaitu antara kedua-dua matanya tertulis
perkataan
(ك ) Kaf , (ف ) Fa, (ر ) Ra,yang bermaksud
KAFIR.Tulisan itu boleh dibaca oleh setipa orang islam sama ada pandai menbaca
atau tidak.
Tanda
Kaf, Fa, Ra Akan menjelma dalam diri Dajjal setelah dia mengaku diri sebagai tuhan.Adapun sebelum itu tanda in belum ada
pada diri Dajjal.
Dalam
kenyataan ini Rasulullah(S.A.W) bersabda :
“Tidak ada seorang nabi pun kecuali
mengingatkan umatnya tentang Dajjal.Dia buta,pendusta,Ketahuilah dia buta,namun
Tuhan kamu tidaklah begitu.Tertulis antara dua matanya Dajjal Kaf, Fa , Ra
iaitu KAFIR.”
(HR
Muslim)
3.2 Maklumat mengenai mata Dajjal:
Dalam
hal mata terdapat perbedaan riwayat, sebagian menyatakan yang kiri dan sebagaian menyatakan yang kanan. Sebagian
ulama bersepakat riwayat-riwayat
tersebut dengan mengatakan bahwa mata yang kanan terhapus dan tidak
bercahaya, sedangkan pada mata yang kiri terdapat sepotong ‘daging’ yang
menonjol.
4)
Dajjal Lelaki Mandul
Dajjal dikenali sebagsi wira kerana dia bukan
sahaja kuat dari segi fizikal,malah dia juga memiliki kekuatan yang luar
biasa.Tetapi pada hakikatnya dia ialah seorang lelaki yang tidak sempurna
kerana mengalami kamandulan yang menyebabkan diatidak dapat memberi keturunan
kepad isterinya.
Sebagaiman sabda Rasullullah,
“Dajjal ialah lelaki berwajah bujur,dahinya
lebar,dia lelaki mandul.
(HR Muslim)
e) Watak
Dan Sifat-sifat Dajjal
Dajjal bukan hanya penyakong kebatilah,tetapi
dia juga menjadi penyebab segala fitnah pada akhir zaman.Di sebalik
keterbatasan fizikalnya,Dajjal merupakan lelaki yang memiliki kekuatan yang
luar biasa.
Dajjal merupakan seorang mahaguru penipu.Dia
dapat memberi syurga bagi yang mengikutinya dan membawa neraka bagi yang
menentangnya.
Dajjal menguasai sumber alam,memiliki sungai
daripada air,mmampu memrintah langit untuk menurunkan hujan,Maka terjadilah
hujan dan dia juga boleh memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman,maka
tanaman pun tumbuh.
Dajjal memiliki segala kekayaan untuk
memalingkan manusia dari jalan Allah.Dia memiliki banyak sekutu yang bersama menebar
fitnahyang dasyat di dunia.Dajjal mampu berjalan menempuh jarak yang jauh dengan
kelajuan yang tinggi,sama sepwrti kelajuan hujan dan angina serta banyak lagi
peristiwa luar biasa yang terjadi pada dirinya.
Pada huraian di atas dapat di simpulkan
bahawa :
Dajjal adalah pencetus kekacauan dan dalang
di sebalik setiap tragedy kemanusiaan.
Dia memiliki kekuatan yang luar biasa serta
mempunya sekutu yang membuatkannya mampu menguasi kehidupan manusia akhir
zaman.
Dajjal adalah manusia kejam,pembunuh yang
keji dan tidak berperikemanusiaan.Dia membunuh ssesiapa sahaja yang tidak
mengikurt jejaknya.
Dajjal adalah penyebar fitnah dan pencetus
peperangan dengan kemahirannya menabur fitnah di muka bumi.
Dajjal memiliki kekuatan yang luar biasa yang
membuatkannya bertindak sesuka hati terhadap insan lain.
Dajjal merupakan maanusia sombong dan pembohong,jesteru
dia tidak memiliki rasa malu dengan mengaku diri sebagai nabi,bahkan mengaku
sebagai tuhan.
2) KEHADIRAN DAJJAL TANDA KIAMAT MAKIN HAMPIR.
Dunia ialah Darul Fana’(Tempat tinggal yang
pasti hilang).Kehidupan di dunia ini pasti akan berakhir apabila hari kiamat
tiba.Sungguhpun begitu,terdapat tanda-tanda dalam kehidupan yang menunjukkan
akan terjadinya hari kiamat.Salah satunya adalah kemunculan Dajjal di muka
bumi.
Antara hadis Rasulullah yang menceritakan
munculnya Dajjal sebahagian tanda kiamat ialah:
Hudzaifah Ibnu Ysaid Al-Ghifari meriwayatkan,
“Kami sedang duduk berbincang di suduk salah
satu bilik Rasulullah(S.A.W).Kami berbincang tentang hari kiamat dan suara kami
pun jadi meninggi. Rasulullah(S.A.W) berkata kepada kami,tidak akan terjadi
hari kiamat sehingga muncul sepulih tanda iaitu:
1) Matahari terbit dari barat,
2) Terjadinya tiga khusuf(Terbenam kedalam
bumi)
3) Kemunculan Dajjal,
4) Kemunculan asap(Dukhan),
5) Satu di barat satu di timur
6) Keluarnya binatang (Dabbah),
7) Satu di semenanjung Arab
8) Munculnya yakjuj dan makjuj,
9)Api yang keluar dari arah Yaman dataran
Aden
10)Turunnya Nabi Isa yang mengusir manusia ke
tempat Mahsyar.
(HR
Ibnu Majah)
Dalam riwayat lain disebut:
“ Tidak akan berlaku kiamat sehingga muncul
para pendusta yang salah satunya ialah Dajjal.Dia adalah fitnah terbesar yang
penah ada di muka bumi ini,jumlah mereka lebih kurang 30 orang,semuanya mengaku
diri ssebagai utusan Allah”
(HR Al-Bukhari)
3. TEMPAT
MUNCULNYA DAJJAL:
Dajjal dengan kesombongan dan sayap-sayap
kebatilannya,benar-benar akan turun ke bumi.Dia akan muncul di bumi
Khurasan.Sebagaiman yang dijelas Rasulullah (S.A.W) ;
Sabda nabi:
“Dajjal akan keluar dari bumi sebelah timur
yang disebut Khurasan.Dajjal akan diikuti oleh kaum Yang wajah mereka seperti
perisai yang dilapisi kulit.”
(HR At-Termizi)
Ada riwayat mengatakan Dajjal bersama
sekutunya akan bermarkas di suatu tempat
di antara Iraq dan Syam.Sepertimana sabda nabi.
Rasullullah bersabda :
“Dajjal akan keluar di antara Syam dan
Iraq.Daia lantas merosakkan kanan dan kiri. Wahai para hamba Allah ,tetap
teguhlah.
(HR
Muslim)
Dalam hadis lain Rasullllah bersabda :
“Dajjal akan keluar dari wilayah Yahuda kota
Ashbahan (Isfahan) bersama 70,000 orang Yahudi yang memakai topi (Kippah).
(HR Ahmad)
4. SEBAB DAJJAL TURUN KE BUMI :
Rasulullah (S.A.W) menjelaskan sebab
terjadinya fitnah dahsyat yang disebarkan Dajjal pada akhir zaman disebabkan
kemarahan Dajjal.
Rasulullah bersabda:
“Dajjal muncul disebabkan kemarahan besar
yang dirasakan dalam dirinya”.
(HR Al-Hakim)
Rasulullah Bersabda:
“Kemunculan Dajjal dan fitnah besar yang disebarkannya
disebabkan oleh kemarahan besar yang membuak-buak dalam dirinya “
(HR Ahmad)
5. ANTARA
FITNAH YANG DISEBARKAN DAJJAL
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt
utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa
kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
a).Segala kesenangan hidup akan ada bersama
dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum
kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang
selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga
dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga
hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di
saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal
itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan
pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan
menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dgn Dajjal. Manakala
penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal. Mereka akan tetap berada dalam
kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya
berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: ”Jadi apa yang dimakan
oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah? ”Nabi menjawab: ”Mereka
akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi
zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”
( H.R Ibnu Majah)
b)Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka
dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini
untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari
apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka dan apa yang
dikatakannya neraka itu adalah syurga.
c).Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri
yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari
ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu
jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya
diatas muka bumi ini? Nabi menjawab: ”Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.”
( H.R Muslim)
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam iaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
d).Bantuan syaitan-syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga
akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu
dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi
manusia, Dajjal
itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka
tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan
yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun
menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini
yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu
tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani
menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang
sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau
tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh
langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka
subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang
yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah
s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.
Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang
paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat
besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke
rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa
menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal,
maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.
Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama
dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu
hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada
satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari
biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang
hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?”
Rasulullah s.a.w menjawab: ”Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan
matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya
sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu
atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan
matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya
matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia
tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah
empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian
membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya
Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal.
Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan
7,000 kaum wanita.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw.
bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul,
mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”“Jika salah seorang diantara
kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan
kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah,aku memohon
perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan)
hidup dan mati serta dari keburukan
fitnah Dajjal.”
6. PARA PENGIKUT DAJJAL.
Dajjal menguasai bumi dengan kekuatan luar
biasa yang dimiliki. Dia mampu menipu dan memperdaya manusia dengan menyebarkan
fitnah-fitnah keji.
Dajjal juga turut memberikan kenikmatan dan kesejahteraan hidup bagi
orang miskin yang lemah iman dengan syarat-syarat mengikuti seruannya. Dajjal
menyeksa bahkan membunuh orang yang menhalang kemahuannya.
Berkaitan hal ini, Rasulullah S.A.W
memberitahu,
‘Dajjal datang menemui kaum dan menyeru
mereka untuk mengikutinya dan mereka menerimanya. Dia memerintahkan langit agar
menurunkan hujan, lalu langit menurunkan hujan. Dia memerintahkan bumi agar
mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, lalu bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Binatang
ternakan mereka pergi dengan bonggol yang panjang,rusuk yang lebar dan kantung
susu yang berisi lalu kehancuran dating. Kemudian ia berkat padanya: “Keluarkan
harta simpananmu.” Lalu harta simpanannya mengikutinya seperti lebah-lebah
jantan…”
Rasulullah S.A.W juga bersabda, “Dajjal muncul kemudian
seseorang dalam kalangan kaum mukminin menuju ke arahnya, maka bala tentera
Dajjal yang bersenjata pun menhalanginya. Mereka bertanya, “Kamu mahu ke mana?”
Orang mukmin menjawab, “ Aku ingin menemui manusia yang muncul itu.” Mereka
berkata, “Ada kamu tidak tahu bahawa dia (dajjal) adalah tuhan kami. Berimanlah
kepadanya.” Orang mukmin menjawab,”Tuhan kami tidaklah samar.” Mereka
berkata,”Bunuh dia!” Mereka saling berkata satu sama lain,”Bukankah tuhan kita
melarang kamu membunuh seorang pun selain dia yang membunuh.”Mereka lantas
membawa orang mukmin ke hadapan Dajjal.
Ketika itu ada insan beriman yang berkata,”
Wahai sekalian manusia, inilah Dajjal yang disebut oleh Rasulullah S.A.W.” Maka
Dajjal nmarah dan berkata,”Bunuh orang ini dan belah tubuhnya menjadi
dua.”Mereka lantas memukul di punggung dan perut ornag mukmin dengan cara yang
kejam. Dajjal lantas berkata orang mukmin,”Jikalau kamu ingin
selamat,berimanlah kepadaku.”Orang mukmin berkata tegas, “Kamu adalah al-Masih
ad-Dajjal.” Dajjal berkata kepada para pengikutnya,”Gergaji tubuh orang ini
dari hujung kepala sehingga pertengahan antara kedua-dua kaki.”
Setelah itu Dajjal berjalan antara dua
potongan tubuh tersebut sambil berkata,”Bangkitlah wahai mayat!” Tubuh itu pun
bangkit dan kembali seperti semula. Dajjal lantas berkata,”Berimanlah
kepadaku!” Orang mukmin berkata,”Kini aku tahu siapa sebenarnya dirimu.” Dajjal
berkata kepada semua orang, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada
seorang pun yang diperlakukan seperti ini setelahku.”
Dajjal lalu memegang orang mukmin untuk
disembelih,kemudian antara leher dan tulang selangkanya diberi perak,tetapi
Dajjal tidak mampu membunuhnya. Kemudian kedua-dua tangan dan kaki mukmin
diambil lalu dilemparkan. Orang ramai menyangka dia dilempar ke neraka, tetapi
sesungguhnya dia dilemparkan ke syurga.”
Rasulullah SAW bersabda,
“Dia (orang mukmin yang tubuhnya dibelah dua
oleh Dajjal) adalah manusia yang kesaksiannya palimg agung di sisi Tuhan
seluruh alam.”
(HR Muslim : 2938 )
Antara pengikut Dajjal yang diberitakan Rasulullah
S.A.W ialah:
1.Bangsa Yahudi
“Orang Yahudi Ashbahan( Isfahan ) seramai
70,000 orang lengkap dengan pakaian seragamnya akan selalu mengikut Dajjal.”
(HR Muslim:5235)
“80,000 orang,mereka memakai topi perang”
(HR al-Bukhari:8238)
2.Rakyat Jelata (Pendudukan Desa)
Rasulullah S.A.W. menjelaskan,
“Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal adalah
bangsa Yahudi, para wanita dan a’rabi(orang yang hidup di desa).”
(HR at-Tabrani : 19903)
“Dajjal pergi ke sebuah desa. Dia berkata
kepada salah seorang penduduk desa, “ Apakah pendapatmu jika aku membangkykan
bapa dan ibumu untukmu? Adakah kamu setuju bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?”
Orang desa itu berkata, “Ya”, Kemudian dua syaitan menjelma menjadi bapa dan
ibunya. Kedua-duanya berkata,” Wahai anakku! Ikutilah dia kerana dia adalah
tuhanmu.”
(HR
Ibnu Majah : 1363)
3.Kaum Wanita
Rasulullah SAW bersabda,
“Dajjal akan turun pada tanah lembap di Mirqanah
ini, maka orang tang paling ramai keluar bersamanya adalah para wanita,
sehinggakan seseorang kembali kepada mertuanya,kepada ibunya,anak
perempuannya,saudara perempuannya dan ibu saudaranya, lalu dia menguatkan
hati-hati mereka sebab khuatir mereka keluar bersamanya.”
(HR Ahmad : 17930 )
“Dajjal akan turun di lembah berair. Orang
yang keluar kepada Dajjal (pengikut) kebanyakannya ialah kaum wanita,
sehinggakan seorang lelaki kembali kepada orang yang menyusukannya da kepada
ibunya,anak perempuannya, adik perempuan da ibu saudaranya, lalu mengikat
mereka kerana khuatir Dajjal akan muncul.”
(HR Ahmad : 17931 )
4.Pelacur
Rasulullah SAW menyatakan,
“Pengikut Dajjal yang teramai ialah wanita
penzina (pelacur) dan mereka berzina secara
terbuka.”
(HR at-Tabrani : 38682 )
5.Kaum Munafik
Dalam sebuah khutbah,Rasulullah SAW berkata,
“Hari pembersihan dan apakah hari pembersihan
itu?” ( Rasulullah SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali). Kemudian salah
seorang sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, apakah sebenarnya hari
pembersihan?”
Rasulullah SAW menjawab, “Hari Dajjal akan
dating, lalu dia naik ke gunung Uhud dan memandang ke Madinah dan dia berkata
kepada para pengikutnya, ‘Adaka kamu melihat al-Qashru al-Abyadh (istana
putih)?’ Itu adalah masjid Ahmad, kemudian dia datang ke Madinah dan mendapati
di setiap jalan ada malaikat bersenjatakan pedang tajam.
Kemudian kota Madinah bergoncang tiga kali,
maka orang munafik, sama ada lelaki mahupun perempuan dan orang fasiq,sama ada
lelaki mahupun perempuan ( pemgikut Dajjal ) akan diusir keluar dari bumi
Madinah. Itulah hari pembersihan.”
(HR al-Hakim : 8631 )
6.Bangsa Turk
Rasulullah SAW menyatakan,
“Dajjal akan diikuti oleh beberapa kaum antara
mereka adalah kaum Turk. Wajah-wajah pengikut Dajjal seperti perisai yang
dilapisi kulit.”
(HR at-Tirmizi : 3077 )
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah
kamu memerangi satu kaum yang sandal mereka dibuat daripada bulu dan kamu
memerangi bangsa Turk yang bermata sepet, berwajah merah, hidungnya pesek,
wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit.”
(HR at-Tabrani : 19903 )
7.Penduduk Arab Desa
Daripada Rasulullah SAW,
“Kebanyakan orang yang mengikut Dajjal ialah
Yahudi,Wanita dan a’rabi (bangsa Arab yang hidup di desa).”
(HR al-Bukhari : 3587 )
7. SAAT
PENGHUJUNG HAYAT DAJJAL
Telah diriwayatkan oleh Nawas bin Sam'an r.
'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebut pasal Dajjal : "Jikalau dia
muncul pada masaku, aku akan menghadapinya. kamu tidak perlu bimbang. Jikalau
aku tidak ada pada waktu itu maka setiap orang mestilah mempunyai keberanian
menghadapinya. Dan Allah adalah Pelindung terhadap setiap orang Islam
selepasku.
Periwayat itu berkata : "Kami bertanya :
"Wahai Rasulullah s.a.w. berapa lamakah yang dia akan hidup di permukaan
bumi ini?"
Baginda menjawab : "Dia akan hidup
selama 40 hari yang satu hari bersamaan satu tahun dan satu hari bersamaan satu
bulan dan satu hari bersamaan satu minggu dan hari-hari yang berikutnya adalah
seperti mana hari-hari biasa kamu."
Dajjal akan hidup sehinggalah Allah
menurunkan Masih Ibn Maryam 'alaihissalam dari langit. Baginda akan turun dekat
dengan menara putih di timur kota Damsyiq memakai dua helai kain kuning sambil
meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat. Apabila baginda
menundukkan kepalanya, titisan air peluhnya akan jatuh dan ketika baginda
mengangkat kepalanya titisan peluhnya seperti mutiara bergemerlapan akan gugur
seperti bijirin yang diperbuat daripada
perak.
Ada suatu kuasa di dalam nafas Nabi Isa
'alaihisalam bahawa setiap orang kafir yang terkena nafas tersebut akan mati
dan nafasnya akan pergi sejauh mata memandang. Setelah turun daripada langit,
baginda akan mencari Dajjal. Baginda menemuinya di Bab Ludd.
Dinyatakan bahawa ketika Dajjal akan mati di
tangan Nabi Isa yang membunuhnya dengan tombaknya. Kenapa Nabi Isa membunuh
Dajjal dengan dengan tombaknya, bukan misalnya dengan tembakan tank atau
tembakan pesawat atau senapang AK 47.
Hal ini kerana bahawa dunia akan kembali
kepada era primitive, Cukuplah dengan mematikan atau menghancurkan semua
satelit yang jumlahnya ribuan dan mungkin jutaan di luar bumi sana dunia akan
kembali kepada tradisional.Pada saat ini semua satelit mati maka manusia tidak
akan boleh lagi menggunakan HP, pesawat tidak akan boleh lagi terbang karana
tidak ada komunikasi dan petunjuk arah dari satelit, kapal laut tidak akan
boleh lagi berlayar kecuali dengan navigasi bintang seperti yaman dahulu,
Saat Dajjal di Bunuh
Sabda Nabi SAW,
"Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang
Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau. Apabila mereka melihat Nabi
Isa , maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air. Maka Dajjal pun
melarikan diri ( daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata , "Aku
pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku. " Nabi
Isa (mengejar ) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar berhampiran
Baitulmaqdis, bahagian timur,lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah
memporak - perandakan orang -orang Yahudi dan mereka dibunuh semahu - mahunya.
"
Nabi Isa 'alaihissalam akan membunuhnya
dengan tombak atau lembing kecil. Kemudian baginda akan pergi ke tempat orang
yang Allah Ta'ala telah selamatkan mereka daripada angkara Dajjal. Baginda akan
melalukan tangannya ke muka mereka sebagai berkat lalu memberi berita gembira
kepada mereka dengan tingkatan yang tertinggi di syurga."
1)Ikhtiar untuk menyelamatkan diri kita
daripada fitnah dajjal.
Berdo’a kepada ALLAH agar dilindungi dari
fitnah Dajjal. Aishah berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum
memberi salam:
اَللهــم إني أعوذ بك من عذاب القبر , وأعوذ بك من فتنة المسيح الدجال
و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات واللهــم إني أعوذ بك من المأثــم و
المغرم
“Ya Allah ! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa
kubur,Aku berlindung kapada_mu dari fitnah Al-masih Dajjal.Aku berlindung
kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan sesudah mati.Ya Allah,Sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan kerugian “
2)Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf.
Dan mengamalkan membaca surah al-Kahf
pada hari Jumaat.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat
daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim
809)
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari
Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah
yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara
daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti)
3)Bersembunyi
atau tinggal di bumi Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2
kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka
hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya
dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat
atau kesamaran yang menyertainya. ”
(HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan
dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah” (HR Bukhari)
Rujukan
1. Adi Mustika:
2.
Kehebatan Iman Mahdi VS Kebatilan
Dajjal
Disediakan oleh :
- Abdul Ghafur bin Abdul Razak
- Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Fauzi
- Muhammad Aizat Bin Juhari
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)
Disediakan oleh :
- Abdul Ghafur bin Abdul Razak
- Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Fauzi
- Muhammad Aizat Bin Juhari
(Diploma Pendidikan Pengajian Islam)
No comments:
Post a Comment