KEROHANIAN
•
kerohanian atau spiritual bermaksud batin yang
berkaitan dengan roh atau jiwa.
• Kerohanian selalu dikaitkan dengan perasaan
dalaman manusia yang melibatkan emosi.
• Menurut imam Al-Ghazali, kerohanian terletak
pada akal, hati, jiwa, dan roh. Oleh sebab ilmu terletak di dalam roh setiap
insan, pendidikan dan perbuatan dapat diserlahkan secara automatik.
• Cth: jika dalaman seseorang berasa tenang,
automatik luarannya juga terasa tenang.
• Menurut Syeikh Sa’id Hawwa, mengenal Allah
adalah titik tolak dalam pendidikan kerohanian, iaitu sejauh mana ia mengenali
Allah dan sejauh mana ia percaya akan kewujudan Allah (ketaatan). Seseorg itu mentaati Allah kerana telah mengenali
Allah, dan sebaliknya jika seseorg itu
berani mengingkari Allah bermaksud dia tidak mengenali Allah.
• Salah satu cara mengenali Allah iaitu melalui
sifat-sifat dan nama-namaNya (Asma’ul Husna), Dengan berasa kagum dan
berkeinginan untuk memiliki sifat-sifat yang ada pada Allah.
• Membaca Al-Quran dan mengikuti al-Sunnah adalah
akar kepada kerohanian, yang mana Al-Quran adalah Nur, Nur yang menyuluh hati
seseorang yang dalam kegelapan menuju keterangan iman.
• Selain itu, perbanyakkan zikrullah dan membaca
Al-Mathurat juga dapat menguatkan jiwa dalaman kita, untuk terus kuat
menghadapi ujian Allah, dan menguatkan iman kita.
Disediakan oleh :
AZMAH BINTI AEDE
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNISEL, BESTARI JAYA
No comments:
Post a Comment