Saturday, 14 June 2014

Tajuk Buku : Fi Zilal Al-Rahman



Bab 3 : Suruhan Supaya Bersabar Dalam Menghadapi Musibah

Bersabar dapat menguatkan jiwa dan memberi kekuatan untuk menanggung kesukaran. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar iaitu Allah akan menolong dan memberi perlindungan kepada seorang mukmin. Di samping itu memohon dan bersolat merupakan jalan terbaik hubungan manusia dengan Allah kerana solat menenagkan hati. Selain itu, orang mukmin yang berkorban di jalan Allah dan berdakwah akan memperoleh pahala syahid dengan mendapat syurga yang berkekalan dan kenikmatan yang besar.

            Allah bersumpah bahawa dia akan menguji orang mukmin dengan sedikit ketakutan dengan musuh di peperangan, kelaparan dengan sedikit makanan, kekurangan harta, kematian dan sedikit buah-buahan. Bergembiralah orang yang bersabar apabila mereka diuji dengan perkara-perkara tersebut dan beriman kepada Qada dan Qadar. Dalam ssatu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dari Sahuib bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesungguh ajaib bagi orang mukmin, setiap perkara dalam hidupnya adalah kebaikan semua dan tidak ada orang sepertinya kecuali orang mukmin. Apabila diberi kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia akan bersabar.

            Dalam surah Al-Baqarah ayat 157 mengatakan “mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatnya, dan mereka itulah orang yang dapat pertunjuk hidayahnya”.

            Ganjaran bagi orang yang bersabar dengan ganjaran pahala yang besar dan diberi keampunan dan rahmat kerana Allah memohon kesejahteraan kepada mereka. Oleh itu, kita perlu mendidik diri kita agar bersabar sama ada dalam perkara kecil mahupun besar kerana disebaliknya terdapat pertolongan Allah dalam bentuk rahmat, barakah dan perlindungan.

            Apabila ditimpa musibah, seorang muslim hendaklah menyebut kalimah ini, dalam surah Al-Baqarah ayat 156 mengatakan “sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadanya kami kembali”.



Disediakan Oleh :


HAZIRAH BINTI MUHAMMAD ROSLI
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
UNISEL, BESTARI JAUA

            

No comments:

Post a Comment