Saturday, 14 June 2014

SEJARAH AKIDAH


Sejarah akidah dan ilmu untuk menetapkan akidah telah lahir seiring dengan perutusan nabi & dakwah  serta seiring perkembangan dan kemunculan agama islam itu sendiri.Untuk itu,setiap rasul,nabi serta ulama meneruskan tugas rasul untuk memantapkan dan menetapkan akidah .Pegangan akidah seseorang itu juga ada yang kukuh,lemah dan sederhana.

SEJARAH PERKEMBANGAN AKIDAH

I.                   Akidah Zaman Nabi Dan Sahabat

Para sahabat telah beriman sepenuhnya dengan akidah serta menyerahkan segala jiwa mereka dengan keyakinan & ketaatan kepada Allah.Maka tidak timbul masalah akidah kerana waktu itu wahyu sedang diturunkan.Maka umat Islam dan para sahabat menerima terus segala ajaran yang dibawa Rasulullah tanpa banyak persoalan.

Zaman nabi, Baginda menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga kedaulatan Islam. Nabi juga sentiasa mengawal mereka daripada perpecahan dan perselisihan pendapat. Mereka juga tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan Qadar,sifat Allah dan zat-Nya atau ayat mutasyabihat. Mereka hanya bertanya perkara berkaitan hukum hakam,ibadat dan cara untuk melakukannya dengan sempurna.

II.                Akidah Akhir Zaman Sahabat

Boleh dikatakan kepercayaan dan pegangan umat Islam di zaman awal khulafa’ al-Rasyidin tidak banyak beza dengan masa hayat nabi.Apa yang timbul hanyalah dari sudut hukum furu’ atau hukum pecahan sahaja dan bukan berkaitan akidah.Para sahabat tidak suka berbahas perkara berhubung akidah kerana boleh mencetuskan perpecahan umat Islam.

Para sahabat besar,Saidina Umar menentang keras mereka yamg menimbulkan persoalan berkaitan akidah.Namun,pada akhir zaman sahabat,lahir golongan yang cuba menimbulkan masalah dan persoalan syubahat dan akhirnya mentasybihkan dan mentajsimkan Allah.Selepas itu lahir pula golongan yang menentang mereka.Akhirnya lahir perbincangan berkaitan sifat yg lebih besar & meluas dalam perbahasan ilmu al-Kalam.

III.             Akidah Zaman Bani Umaiyyah

Telah lahir segolongan umat Islam yang mulai memperkatakan masalah qadar,antaranya Ma’bad al-Juhani,Ghailani al-Dimasqi dan Ja’d Ibn Dirham.Tiga tokoh tersebut yang mula memperkatakan tentang qadar.Para sahabat yang hidup sezaman dengan mereka mengatakan mereka golongan yang salah yang menyuruh masyarakat supaya jangan memberi salam kepada mereka.Golongan ini menafikan sifat-sifat Allah atau bagi mereka Allah tidak bersifat.

Pada penghujung abad pertama Hijrah,tersebar fahaman dan puak aliran Khawarij.Mereka mengkafirkan orang yamg mengerjakan dosa besar.Pendapat tersebut disanggah oleh Hassan al-Basri  iaitu dengan menetapkan pendapat orang ramai dengan mengatakan berbuat dosa besar itu fasiq dan tidak kafir.Sebagai rumusan,pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid.Namun kitab itu tidak ada yang sampai ke tangan sekarang.

MAZHAB AKIDAH

I.                   Qadariah
Akidah Qadariah dimana manusia bebas melakukan sesuatu menurut kemahuan sendiri.Iaitu manusia sendiri yang member kesan terhadap perbuatannya berdasarkan qudrat Allah yang diberikan dan dijadikan kepada manusia.Keduanya,mereka percaya bahawa Allah tidak membuat apa-apa takdir terhadap manusia.Pendapat ini tidak tepat kerana bercangggah dengan kejadian manusia.Oleh itu,ulama Ahl al Sunnah,Mazhab Qadariah ini adalah fasiq,kerana fahaman itu menunjukkan bahawa qudrat manusia itu dapat memberi kesan terhadap sesuatu,sedangkan qudrat manusia tidak dapat memberi kesan apapun kecuali qudrat Allah.

II.   Jabariah
Perkataan Jabariah bermaksud digagahi atau tergagah.Antara pendapat mazhab ini adalah,
  •  Manusia di kuasai sepenuhnya oleh Allah
  • Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha atau pilihan atau ikhtiar dalam perbuatannya
  • Syurga dan neraka tidak kekal ; tiada yg kekal selain zat Allah
  • Kitab Allah itu baru
  • Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak 

III.   Murjiah
Ianya berasal daripada golongan atau kumpulan politik namun mereka meninggalkan politik dan mengambil langkah berkecuali khasnya dalam masalah perselisihan umat Islam mengenai soal perlantikan khalifah yang berlaku antara puak Khawarij dan Syiah.Masalah pokok mazhab ini adalah keimanan.Mereka mengatakan iman itu mengenali Allah dan RasulNya.Justeru sesiapa yang mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah,maka sudah dikira beriman.Terdapat pengikut ini yang melampau yang mengatakn iman itu hanya iktikad hati sahaja.

IV.   Muktazilah
Perkataan Muktazilah berasal dari perkataan I’tazala yang bermaksud mengasingkan diri dari puak pada masa itu.Pengasasnya Wasil Ibn ‘Ata’ yang mengasingkan dirinya daripada majlis gurunya Hasan Al-Basri.Muktazilah telah mengembangkan 5 prinsip dalam membicarakan masalah Islam,Iman dan Ihsan iaitu :

·         Al- Tauhid (Tauhid)
·         Al-‘Adl (Keadilan)
·         Al-Wa’d wa al-wa’id (Janji baik dan janji buruk)
·         Al- Manzilah baina al-Manzilatain ( 1 tempat diantara 2 tempat)
·         Al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al Munkar (amar maaruf nahi mungkar)

V.     Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah
Ahli al-Sunnah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai.Iaitu golongan yang mengikuti Sunnah Rasulullah.Menurut pendapat al-Baghdadi,beliau menggolongkan 8 kelompok yg tergolong dalam kumpulan ahli al-Sunnah iaitu orang Islam yang :

·         Mempunyai ilmu dlm bidang tauhid dan kerasulan
·         Menjadi tokoh dalam bidang feqah dan mengikut jalan sifatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka
·         Mempunyai ilmu dalam bidang hadis
·         Kumpulan ahli bahasa dan nahu
·         Kumpulan ahli qira’at dan tafsir
·         Kumpulan orang Islam yang zahid dan sufi
·         Kumpulan yg berjihad menentang musuh Islam
·    Kumpulan orang Islam yang tinggal dinegeri atau tempat di mana terdapat syiar-syiar Ahl-al Sunnah & mereka itu mengikut ulama Ahl al-Sunnah dalam Tauhid dan Fekah.

Maka,iktikad Ahl al-Sunnah adalah yang benar dan pertengahan dan iktikad Qadariah dan Jabariah itu melampau.

KESAN AKIDAH TERHADAP PEMBANGUNAN INDIVIDU PARA SAHABAT

  •          Para sahabat bersyukur di atas anugerah nikmat iman dan berada di atas pegangan akidah yg luhur
  •          Kehidupan mereka terjamin
  •          Mereka merasai ketenteraman dan kedamaian jiwa
  •          Wujud perasaan redha dalam diri mereka
  •          Menyedari hakikat diri mereka sebagai hamba
  •          Mewujudkan pembangunan individu dari segi spiritual,mental juga fizikal

KESAN AKIDAH TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT

  • Terbentuk perasaan ukhwah yang tinggi dikalangan umat Islam dan masyarakat seluruhnya khasnya pada zaman sahabat.
  •  Terbentuk sahabat yang bersatu teguh serta menjadi kuat.
  •  Membentuk kehidupan yang positif dan maju.




Disediakan oleh :

Asyeirah binti Mat Zaki
Diploma Pendidikan Pra-Sekolah
Unisel, Bestari Jaya







No comments:

Post a Comment