HADIS KE-24 : SETIAP PERBUATAN ZALIM ADALAH DILARANG
TERJEMAHANNYA
:
Dari
Abi Dzar Al-Ghifari radiyallahu anhu dari Nabi S.W.A yang telah diriwayatkannya
dari Tuhannya Allah Taala bahawasannya ia berkata : “Hai hamba-hamba Ku!
Sesungguhnya Aku mengharankan ke atas diriKu dan Aku jadikan dia (perkara) yang
diharamkan antara kamu. Maka janganlah kamu berbuat kezaliman. Hai hamba-hamba
Ku ! sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang Aku telah beri hidayah
kepadanya. Maka mintalah hidayah kepadaKu, tentu Aku member hidayah itu kepada
kamu. Hai hamba-hamba Ku! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang Aku telah
member makan kepadanya. Maka mintaklah makanan kepadaKu, tentu Aku member
makanan kepada kamu. Hai hamba-hambaKu ! Sekalian kamu telanjang kecuali siapa
yang Aku telah memakaikannya. Maka mintaklah pakaian kepadaKu, tentu Aku
memakaikannya kepada kamu. Hai hamba-hambaKu! Sekalian kamu bersalah malam dan
siang dan Aku yang mengampunkan segala dosa. Maka mintaklah keampunan kepadaKu,
tentu Aku akan mengampuni bagi kamu. Hai hamba-hambaKu! Sesunguhnya kamu
tiadakan dapat menyampaikan kemudharatan kepadaKu, maka kamu hendak
mendatangkan kemudharatan itu kepadaKu. Dan kamu tiadakan dapat menyampaikan
manfaat kepadaKu, maka kamu hendak memberi manfaat kepada Aku. Hai
hamba-hambaKu! Kalau sekirannya orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian
dari kamu dan kamu dari jenis manusia dan jin, adalah semuanya setakut-takut
hati kepada kepada Allah seperti takutnya hati seorang lelaki dari kamu ,
nescaya yang demikian itu tiada menambahkan pada kerajaanKu sedikit jua pun.
Hai hamba-hambaKu! Kalau sekirannya orang-orang yang terdahulu dan yang
terkemudian dari kamu dan kamu dari jenis manusia dan jin adalah semuanya
sejahat-jahat hati seperti hati seorang lelaki dari kamu, nescaya yang demikian
tiada pula mengurangkan suatu dari kerajaanKu. Hai hamba-hambaKu! Kalau
sekirannya orang-orang terdahulu dan yang terkemudian dari kamu dan kamu dari
jenis manusia dan jin, berdiri pada sesuatu tanah lapang lalu masing-masing
meminta kepada Ku dan Aku telah berikan kepada tiap-tiap seorang itu akan
permintaannya, nescaya yang demikian itu tiada mengurangkan daripada apa yang
ada disisiKu selain seperti kurangnya jarum apabila dimasukkan kedalam laut.
Hai hamba-hambaKu! Hanya segala amal kamu akan Aku hitungkannya bagi kamu,
kemudian Aku sempurnakannya kepada kamu. Barangsiapa mendapati kebaikan maka
hendaklah memuji Allah, dan barangsiapa mendapati yang lain dari yang demikian
itu maka janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri.
Diriwayatkan
oleh Muslim.
KEPENTINGAN HADIS
Hadis
qudsi ini adalah sungguh agung dan penuh berkat, mencakupi yang fundamental
dalam Islam dan pelbagai masalah furu’ serta adab-adabnya. Dalam kitabnya
Al-Azkar, Imam Nawawi telah menyebutkan bahawa Abu Idris Al-Khaulani apabila
mengucapkan hadis ini akan terlebih dahulu duduk bersimpuh untuk
menghormatinya. Imam Ahmad Ibnu Hanbal telah berkata : “Penduduk Syam tidak
memiliki hadis yang lebih mulia daripada hadis ini.”
FIQHUL
HADITH ATAU NATIJAHNYA
1.
ALLAH
MENGHARAMKAN KEZALIMAN UNTUK DIRI-NYA
Di
dalam hadis tersebut telah dijelaskan bahawa Allah amat melarang kezaliman
keatas diri-Nya. Hal tersebut juga telah dinyatakan juga di dalam Al-Quran Surah
Qaf ayat 29 yaitu :
“Dan
Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu”
2.
LARANGAN
PERBUATAN ZALIM UNTUK HAMBA-NYA
Allah
juga telah mengharamkan hamba-Nya untuk berlaku zalim dan juga amat melarang
saling menzalimi di antara mereka. Maka sesiapa pun tidak dibenarkan untuk
berlaku zalim pada orang lain. Kezaliman tersebut terbahagi kepada dua bahagian
iaitu :
a)
Kezaliman
terhadap diri sendiri dan yang paling besar adalah di dalam kategori syirik
terhadap Allah S.W.T. Hal tersebut, Allah telah berfirman di dalam Surah Luqman
ayat ke-13 iaitu :
“Sesungguhnya syirik itu adalah benar-benar
kezaliman yang amat besar”
Mengapa
hal demikian terjadi? Kerana syirik memposisikan makhluk sebagai pencipta
padahal Allah tidak memiliki sekutu sama sekali. Setelah melakukan syirik, maka
masuk ke dalam ketegori menzalimi diri sendiri seperti membuat maksiat dan
dosa, sama ada dosa besar mahupun dosa kecil.
Semuanya
itu adalah menzalimi terhadap diri sendiri kerana telah mendorong dirinya
kearah keseksaan dan kehancuran sama ada di dunia mahupun di akhirat.
b)
Kezaliman
terhadap orang lain. Bentuk kezaliman tersebut telah dilarang berulang
kali di dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. Diantara hadis-hadis tersebut yang
mengandungi larangan kezaliman ialah dari Abdullah, dari Nabi Muhammad S.A.W ;
baginda telah bersabda yaitu :
“Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada
hari kiamat”.
(Riwayat
Bukhari & Muslim)
Maka
penegakan ke atas keadilan dan larangan terhadap perbuatan zalim diantara
manusia merupakan sasaran serta tujuan Islam yang sangat utama kerana keadilan
adalah penyebab utama hancurnya suatu bangsa dan peradaban, hilangnya kedamaian
dalam kehidupan. Juga ia merupakan perkara yang telah menyebabkan kemarahan dan
kemurkaan Allah di akhirat kelak.
3.
MERASA
BERHAJAT KEPADA ALLAH
Untuk
mendapatkan kemaslahatan dan menolaj kepada semua perkara-perkara yang
membahayakan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak, semua makhluk sangat
memerlukan hidayah, rahmat, dan keampunan dari Allah A.W.T. Untuk menampakkan
rasa perlu dan berhajat, seseorang Muslim akan dekat kepada Allah S.W.T. Menerusi
dua perasaan itu, seseorang muslim juga akan dilihat kebenaran ubudiyahnya yang
setidak-tidaknya akan melalui kepada tiga petunjuk seperti berikut :
a)
Selalu memohon
kepada Allah kerana Dia amat suka jika ada
dikalangan hamba-hamba-Nya yang memohon dan menampakkan rasa berhajat
kepada-Nya menyangkut pelbagai kemaslahatannya sama ada yang berhubungan dengan
dunia yang telah meliputi semua keperluan asasi manusia serta perkara-perkara
di akhirat iaitu memohon hidayah pengampunan. Di dalam sebuah hadis ada
disebutkan iaitu :
“Siapa
yang tidak meminta kepada Allah maka Allah marah kepadanya kerana itu,
mintaklah setiap kamu kepada Tuhannya di dalam semua keperluannya, bahkan
sehingga masalah tali sandal yang putus sekalipun”
(Riwayat Tirmizi)
b) Sentiasa memohon hidayah
c) Mematuhi segala perintahnya-Nya dan menjauhi
semua larangan-Nya
Disediakan Oleh :
………………………………….
(SITI
HAJAR HARNANI BINTI ISHAK)
DIPLOMA
PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM
UNISEL, BESTARI JAYA
RUJUKAN
:
1.
Syarahan
Hadis 40 Imam Nawawi (Asas-asas Ilmu Islam), Ibnu Amrullah Yusuf, 2013,
Percetakkan Zafar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
2. Hadith 40
(Terjemahan dan Syarahnya), Mustafa’ Abdul Rahman, 1992, Dewan Pustaka Fajar
(DPF), Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment