Saturday, 14 June 2014


PERDAMAIAN (SULH) HUDAIBIYAH

Perdamaian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah iaitu pada hujung tahun keenam Hijrah. Punca berlakunya perdamaian tersebut ialah apabila Nabi Muhammad S.A.W memberitahu kepada umatnya bahawa beliau akan mengerjakan umrah. Maka orang-orang Muhajirin dan Ansar telah turut serta dalam rombongan tersebut dan bilangan mereka menjangkau lebih kurang 1400 orang. Tambahan pula, di dalam rombongan tersebut, Nabi Muhammad telah membawa bersama-sama binatang-binatang “Al-Hadyu” seperti unta, lembu dan lain-lain. Selain mengerjakan umrah mereka juga berniat untuk menziarahi Baitullah.

Di dalam perjalanan, baginda Rasulullah telah menghantar seorang pengintip yang bernama Basyar Ibn Sufyan dari Qabilah Khuza’ah ke Mekah untuk mengetahui keadaan di sana. Maka apabila selesai melakukan pengintipan tersebut, Basyar telah memberitahu bahawa orang-orang dari pelbagai bangsa telah berkumpul untuk menghalang perjalanan Baginda Rasulullah menziarahi Baitullah. Maka Rasulullah telah bertanya pendapat kepada umatnya dan Abu Bakar telah menyuarakan pendapatnya bahawa Rasulullah telah memasang niat untuk menziarahi Baitullah dan bukan untuk melakukan pembunuhan atau memerangi sesiapa, maka beliau menyuruh Rasulullah dan pengikutnya yang lain tetap berhadap dengan mereka yang telah menghalang laluan tersebut.

Kemudian sebelum memulakan perjalanan tersebut, Nabi Muhammad telah bertanya sekali lagi kepada umatnya siapakah yang boleh membawa mereka keluar dari jalan yang telah menghalang laluan mereka. Maka keluarlah seorang pemuda dari Banu Aslam untuk mengetuai perjalanan tersebut. Pemuda tersebut telah membawa rombongan tersebut melalui jalan yang berliku-liku di celah-celahan bukit. Tiba-tiba unta yang dinaiki oleh baginda Rasulullah telah berhenti dan terduduk. Rasulullah berkata bahawa unta tersebut terduduk kerana kehendak Ashabul-Fil. Kemudian unta Rasulullah bangun semula dan berjalan dengan tenang ke perigi kecil yang berdekatan yang mengandungi sedikit airnya. Lalu pengikut Rasulullah berebut-rebut untuk mendapatkan air yang sedikit sehingga habis dan sebahagian pengikutnya tidak sempat untuk mengambil air tersebut untuk dijadikan minuman.

Maka Rasulullah telah mengarahkan pengikutnya untuk meletakkan anak panah ke dalam perigi itu. Tiba-tiba terpancutlah air dari perigi itu sehingga melebihi keperluan mereka. Ketika kelekaan mengambil air untuk dijadikan minuman, Budail serta beberapa rakannya telah pulang dari Mekah lalu mengkhabarkan kepada kaum Quraisy dan mereka membuat keputusan untuk menghantar Urwah bin Mas’ud untuk membicarakan masalah itu. Apabila selesai membuat rundingan tersebut, maka Urwah telah kembali kepada RAsulullah dan menceritakan apa yang telah dilihat dan didengarinya.

Kemudian mereka telah mengutus seorang lelaki dari bani Kinanah yang bernama Hulais bin ‘Alqamah, dan mereka juga telah mengutuskan Mikraz bin Hafsh. Ketika mereka berbicara dengan Rasulullah, tiba-tiba datang Suhail bin ‘Amr, baginda Rasulullah telah bersabda “Telah dimudahkan bagimu dari perkaramu.” Kemudian terjadilah perdamaian di antara kedua golongan, padahal kalau kaum muslimin melawan musuh mereka di saat itu, niscaya mereka boleh menang, akan tetapi mereka ingin menjaga kehormatan Baitullah.

Perdamaian tersebut adalah sebagai berikut:

1. tiada peperangan di antara kedua golongan selama 10 tahun.

2. Mereka hendaklah nsaling memberi rasa aman kepada yang lain.

3. Nabi Muhammad kembali pulang pada tahun ini, dan mereka mengizinkan untuk memasuki kota Makkah pada tahun berikutnya.

4.Orang-orang kafir yang telah masuk islam dan berhijrah, maka harus dikembalikan ke Makkah. Sedangkan orang-orang Islam yang telah murtad tidak boleh dikembalikan kepada kaum muslimin.

Kesimpulan perdamaian Hudaibiyah banyak dari kalangan sahabat yang telah menentang perdamaian ini dan mereka melihat terdapat kezaliman pada isi perjanjian tersebut dan merugikan kaum muslimin. Akan tetapi mereka merasakan seiring perjalanan waktu adanya kesudahan yang baik dan pengaruh terpuji, di antaranya adalah:

1. Pengakuan kaum Quraisy terhadap keberadaan negara Islam. Perjanjian tidak pernah terjadi kecuali di antara dua yang sebanding. Pengakuan ini memberikan pengaruh dalam jiwa kabilah-kabilah yang lain.

 2. Masuknya wibawa di hati orang- orang musyrik dan munafik, dan sebagian besar dari mereka yakin dengan kemenangan Islam. Sebagian fenomena itu nampak dengan masuknya sebagian pemimpin Quraisy ke dalam Islam, seperti Khalid bin Walid dan Amr bin ‘Ash.

3. Perdamaian itu memberikan kesempatan untuk menyebarkan Islam dan mengenalkan manusia dengannya, yang membawa banyaknya kabilah arab yang masuk agama Islam.

 4. Kaum muslimin merasa aman dari ancaman kaum Quraisy, mereka memindahkan perhatian mereka kepada kaum Yahudi dan kabilah- kabilah lainnya yang bersekutu dengan mereka, maka terjadilah perang Khaibar setelah terjadinya perdamaian Hudaibiyah.

5. Perdamaian itu membuat sekutu- sekutu Quraisy memahami posisi kaum muslimin dan memihak kepadanya. Al- Hulais bin ‘Alqamah saat melihat kaum muslimin membaca talbiyah, ia kembali kepada teman-temannya seraya berkata, ‘Aku melihat unta telah diberi tanda, maka aku berpendapat bahwa mereka tidak boleh dihalangi dari Baitullah.

 6. Perdamaian Hudaibiyah memberikan kesempatan kepada Nabi Muhammad untuk mempersiapkan perang Muktah, maka ia merupakan langkah baru untuk menyebarkan dakwah Islam dengan cara lain keluar semenanjung Arab.
7. Perdamaian Hudaibiyah membantu Nabi r untuk mengirim surat kepada raja-raja Persia, Romawi, Qibth, mengajak mereka masuk Islam. Perdamaian Hudaibiyah menjadi sebab dan permulaan penaklukan kota Makkah.

SEDUTAN HUKUM DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH

1.      Meminta bantuan daripada orang-orang bukan muslim dalam keadaan perang.
- Rasulullah mengutuskan Basyar seorang Musyrik dari qabilah Bani Khuza’ah untuk menjadi pengintip kepada pihak quraisy. Hal tersebut ternyata bahawa meminta bantuan atau pertolongan daripada orang bukan Islam hendaklah mengikut keadaan orang yang diminta pertolongan itu. Yakni orang tersebut boleh dipercayai dengan yakin bahawa mereka tidak akan melakukan penipuan atau pengkhianatan, maka hukumnya HARUS.

2.      Keutamaan syura di dalam perbincangan
- Rasulullah s.a.w telah menjadikan syura itu sebagai pensyari’atan. Maka setiap ketuaa atau pemimpin hendaklah berpegang dengan syura. Syura adalah pensyariatan tetapi tidaklah menjadi satu kemestian. Hikmah bersyura adalah untuk mendapatkan berbagai pandangan dari pelbagai pihak serta membincangkan mengenai maslahah untuk memperbaiki pendirian mereka. Di dalam contoh perjanjian tersebut, Abu Bakar telah mengadakan syura iaitu berangkat menuju ke Mekah dengan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.    

3.   Disyariatkan bagi mengadakan perdamaian sementara antara Muslimin dengan pihak musuh
- Pihak Muslimin telah membuat perdamaian sementara dengan pihak musuh iaitu kaum Quraisy iaitu dengan persetujuan menangani isi perjanjian Hudaibiyah.





DISEDIKAN OLEH ::

(SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK)

DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM
UNISEL, BESTARI JAYA

No comments:

Post a Comment