Saturday, 14 June 2014

BUKU FIQHUD DA’WAH


JEJAK RISALAH DASAR-DASAR DA’WAH M. NATSIR

Bahagian A

Islam Agama Risalah Dan Da’wah
1.      Wahyu memanggil fithrah, fithrah menghajatkan wahyu .
Islam adalah agama risalah dan da’wah. Rasulullah s.a.w. diutus untuk seluruh ummat manusia dalam surah Saba’ ayat 28 “dan tidaklah kami mengutuskan engkau melainkan menjadi rasul untuk membawa berita gembira dan peringatan kepada seluruh ummat manusia akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Dalam pada itu, manusia juga mempunyai kecenderungan untuk turun martabat sampai kepada nilai dan martabat jenis mahkluk yang lebih rendah, malah lebih rendah lagi yakni apabila manusia mengabaikan, tidak memelihara, tidak mengembangkan dan mempergunakan potensi jasmaniyah dan ruhaniyah itu sesuai dengan sunnatullah yang berlaku.

2.      Hidup Akhirat.
Dalam pada itu wahyu menyingkapkan aka nada lagi bagi manusia sambungan hidup sesudah mati yang bernama hidup akhirat. Hidup di taraf yang lebih tinggi. Bagi khaliq yang menjadikan langit dan bumi dan semuanya yang ada diantaranya bagi khaliq yang mampu menumbuhkan hidup dan menghentikan hidup dalam alam semesta ini terus menerus, sesungguhnya bukanlah barang yang sulit untuk membangkitkan hidup baharu disebelah sananya dari mati itu. dalam surah Al Ankabut ayat 19, “tidak mereka perhatikan bagaimana Allah memulai menciptanya kemudian diulanginya kembali sesungguhnya hal itu bagi Allah mudah berlaka”

Hanya orang yang boleh membezakan antara khaliq dan mahkluk (tak kenal diri) yang hatinya sudah beku membatu dan takabburlah yang akan bersikap sombong dan tidak mahu menrima keterangan orang lain.

3.      Tujuan hidup.
Adalah tujuan hakiki iaitu mencari keredoan ilahi. Yang bermaksud hidup yang sebenar hidup. Di mana kita mestilah mencari keredoaan Allah swt.

Risalah Membina Peribadi Dan Ummat
1.      Tauhied dan ibadah tempat bertolak
Muhammaad saw sudah menyampaikan risalahnya. Dimulainya menyampaikan kepada sekelompok ummat manusia di semenanjung Arabia ditengah-tengah siapa dia dilahirkan.

“Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu khususnya dan kepada ummat manusia umumnya. Sesungguhnya allah telah memerintahkan kepadaku supaya memanggilmu kamu kepadanya demi firmannya “Berilah peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat.

Di bawah pimpinan ilahy dengan wahyu ilahy ditunjukkan risalahnya kepada seluruh ummat manusia. Dipanggilnya aqal dengan makanan aqal dipanggilnya rasa dengan makanan rasa dilepaskan ummat yang terperinci tadinya itu dari lingkungan mental yang sempit dibawahnya kemedan kesadaran yang luas dibukaknya ruang sejarah dibawahnya riwayat tentang timbul tenggelamnya ummat-ummat yang telah lalu. Dibawahnya ibarat dan tamsil yang mudah difahamkan dengan fikiran dapat ditangkap dengan rasa.

2.      Manusia ijtima’te dan persoalannya.
Dalam pada itu seseorang tidak boleh hidup bernafsu-nafsu seseorang diri. Perikehidupan manusia hanya dapat berkembang maju dalam hidup berjama’ah. Dengan meminjam bahasa yang sering dipakai di kalangan ilmu hayat dan ilmu masyarakat. Hidup perseorangan dan hidup masyarakat berjalin yang satu bergantung kepada orang lain. Bergitulah fitrah manusia.

Maka seluruh risalah Muhammad saw berbeza dengan Risalah Rasul dan Nabi sebelumnya. Dapat dipulangkan kepada tiga pokok :
1.      Menyempurnakan hubungan manusia dengan khaliqnya
2.      Menyempurnakan hubungan manusia dengan semasa manusia
3.      Mengadakan keseimbangan antara kedua itu dan mengaktifkan kedua-duanya sejalan dan berjalin.

Jejak Risalah
1.     Peribadi batu permata
Risalah Muhammad saw tidaklah berakhir pada perumusan-perumusan kaidah-kaidah falsafah yang universal dan abstrak yang dilepaskan mengapung di awang-awang untuk dilihat dan dikagumi-dikagumi atau dalil-dalil theology untuk dikunyah-kunyah sambil duduk.

Tujuan risalah ialah untuk menghidupkan sempurnakan manusia sehingga benar-benar hidup. Dua puluh tiga tahun lamanya Muhammad saw menyampaikan risalahnya, mewujudkan kaidah-kaidah itu ditengah-tengah kekukatan jiwanya, dengan contoh dan teladan dengan amal dan jihadnya dalam suka dan duka sampai risalahnya tumbuh wujud pada pribadi-pribadi merek yang menerimanya.

Risalah Muhammad saw membina pribadi sebagai mencetak rambut ummat yang mempunyai corak dan tujuan hidup yang tentu-tentu. Hidupnya berisikan amal yang shaleh, pancaran iman kedua kakinya terpancang di bumi jiwanya mengjangkau kelangit. Marilah kita turuti risalah yang membekas pada pribadi perseorangan sebagai anggota masyarakat.

“Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Dinar bahawa pada suatu hari dia berjalan dengan khalifah Ummar bin Khattab dari madinah menuju ke Makkah. Di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang anak gembala yang sedang turun dari tempatnya penggembalaan dengan kambing-kambingnya yang banyak. Khalifah ingin menguji sampai di mana anak gembala itu bersifat amanah” .

2.    Keluarga
Tidak syak lagi bahawa keluarga merupakan keluarga yang terhasil dari masyarakat. Ia merupakan batu tempat membangun bermasyarakat dan bernegara. Masyarakat ditentukan oleh mutu dari kesatuan. Risalah membangukan ummat dengan memperkokoh dan mempertinggi mutu dari batu sendi itu sendiri. Dimulainya dengan mendudukkan hakikat dan status perkahwinan dalam pembangunan keluarga.

Aqad niqah mempertemukan dua pribadi yang sama-sama bermartabat kemanusiaan dalam ikatan suami isteri yang mengandung ketentuan tentang hak dan kewajipan yang harus sama-sama dipenuhi timbal balik.

“Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas kamu ssesungguhnya kamu mempunyai hak atas mereka “ (Hs Al Bukhary).

Hanya bila ragu kerja si suami dan ragu kerja si isteri bertepatan sama-sama dapat aplusan di waktu itulah suami isteri dapat perjumpaan untuk waktu yang telah ditekankan oleh peraturan kerja masing-masing. Hidup keluargamu dalam erti yang bermoral tidak ada.

Maka dimanfaatkan bagaimana risalah dalam perjalanannya membina ummat, agak lama juga berhenti untuk keutuhan hidup berumah tangga dan seterusnya bagaimana meletakkan dasar bagi kesejahteraan dan keutuhan keturunan lahir dari batin dengan pendidikan dengan menentukan hukuman warisan dan lain-lain.
Boleh dikatakan bahawa hampir semua surah al-quran yang turun di madinah dimulai dari Al Baqarah, diteruskan dengan An Nisa’ Al Ahzab. An Nur, Al Mujadalah dan lain-lain. Disertai oleh Hadits dan sunnah ditutup dengan Khubatul Wada’ semuanya memberi tuntutan bagaimana cara membangun dan memelihara hidup berumah tangga. Hidup berumah tangga adalah tuntutan fitrah manusia.

3.    Jama’ah teras masyarakat.
Tali ukhuwah hubungan persaudaraan antara sesame manusia direntang dari rumah-rumahnya kepada jirim dari sana ke dalam lingkungan selanjutnya yang lebih luas dalam pelbagai bidang kehidupan sehari-harian meningkatkan produksi.
Walaubagaimanapun, mengucap salam berhadiah-hadiahan dengan jiran dan lain-lain semuanya merupakan apa yang disebut peribadi, amal perbuatan yang berkecil-kecil tidak seberapa harganya bila dinilai dengan ukuran. Satu persatu merupakan apa yang dinamakan human touch yang apabila terbit di hati yang ikhlas menjadi mata rantai yang halus tetapi kuat mengikat hati dengan hati dan menjadikan hidup bermasyarakat lebih kaya dan bila hal semacam itu ditinggalka lantaran dianggap remeh pergaulan sehari harian itu akan menjadi kering dan para anggotanya akan ibarat pasir mersik berserak-serak.

Bila satu jemaah atau masyarakat yang hidup dalam keagamaan diibaratkan dengan sebuah gedung yang indah dan kokoh para anggotanya ibarat batu batayang tersusun rapi.

4.    Pembinaan Ummat Dalam Kancah Kehidupan.
Tidak dapat dikatakan bahawa ummat Muhammad menerima risalah itu hanya dengan duduk bersimpuh menerima butir fatwa dekat lutut rasulullah terus menerus. Tugas rasul bahawa risalah ke dalam realiteit hidup, ke tengah-tengah kancah hidup manusia dengan 1001 macam persoalannya. Risalah dibawakan jester untuk memecahkan persoalan-persoalan hidup yang riil itu dalam pelabagai aspeknya.

Dalam rangka ini Rasulullah saw dikonfrontasikan langsung seorang laki-laki dan wanita, persoalan hidup berumah tangga persoalan hidup berjemaah dan bermasyarakat persoalan hidup bernegara persoalan hidup dunia yang luas terbentang ini, berisikan manusia-manusia yang menganut bermacam-macam pendirian dan kepercayaan persoalan-persoalan dalam perang dalam damai dalam suka dan duka.

Marilah kita ikuti satu babak saja dari perjalanan risalah yang sedang membina ummat dalam kancah kehidupan yang sedang mengelak-gelak itu.

“Pada suatu pagi di musim dingin penduduk Madinah bekerja keras membuat parit pertahanan kerana sudah terberita kabar bahawa musyrikin Quraisy bergabung dengan kabilah-kabilah lainnya. Banu Ghathafan, Banu Asad, Banu Sulaim dan lain-lainnya akan datang menyerang kota madinah. Rasulullah sendiri tidak ketinggalan turut berkucur keringat bersama-sama dengan para Muhajirin dan Anshar berlumuran lumpur menggali parit mengangkut tanah dan batu. Maka terdengarlah suara beliau nyaring berirama memancarkan kebulata tekad muhajirin yang sedang berjuang”. “ilahi kalaulah tidak karena kerahimanmu tidaklah kami mendapat pertunjuk tidaklah kami kan bersedekah tidaklah kamikan bersolat”.

Dibangunkannya kesedaran bahawa mereka yang sedang menggali parit pertahanan itu bukanlah lagi orang sebarangan yang hidup dalam kejahilan zaman jahiliyah. Mereka adalah satu ummat yang mempunyai pengangan hidup pandai berhubungan langsung dengan ilahi, pandai hidup berjemaah atas dasar hidup memberi hidup. Maka sekarang jester dasar hidup mereka yang baru dicapai itulah yang terancam.

Bahagian 1 : Wajib Dakwah
Dalam surah (Al-Imran ayat 104)
            “Dan hendaklah ada di antara kamu. Satu golongan yang mengajak (manusia) kepada bukti dan menyuruh (mereka berbuat) kebaikan dan melarang (mereka) dari kejahatan dan mereka itu adalah orang-orang yang jaya.

1.      Timbang Terima
Pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriah berlakulah satu peristiwa yang dapat diibaratkan sebagai satu peristiwa “timbang terima” antara Rasul, pembawa Risalah dengan ummat yang menerima amanah da’wah. Yakni pada musim ibadah haji yang untuk penghabisan kali disertai melakukannya oleh Rasulullah saw terkenal dengan nama “Hijjatul Wada” haji penghabisan.

Pagi hari, sesudah solat subuh, berangkatlah Rasulullah saw dari Mina menuju ke padang Arafah. Rasulullah saw menunggang unta beliau, Alqashwa, diiringi oleh ribuan Ummat yang sama-sama melakukan ibadah haji. Sambil berjalan mereka bertakbir dengan suara bergelombang , berirama, bersahut-sahut dan menyerukan talbiyah.

Sampai di tengah-tengah lembah Arafah Rasulullah menghentikan untanya di suatu tempat yang ketinggian. Di dekatnya berdiri Rabi’ah Bin Umayah Bin Khalaf yang mempunyai suara keras dan lantang. Bin Khalaf ditugaskan untuk menyambung suara Rasul agar jelas terdengar oleh Ummat yang banyak berhimpun di situ.

Rasulullah tetap duduk di atas untanya agar dapat kelihatan oleh orang banyak. Didahuluinya khutbah yang terkenal sebagai “Khutbatul Wada” khutbah perpisahan itu dengna terpuji serta syukur kepada Allah swt.

Rasulullah saw sudah mewasiatkan supaya yang sudah menyasikkan menyampaikan kepada yang tidak hadir. Yang sudah mendengar menyampaikan kepada yang belum mendengar. Yang sudah tahu menyampaikan kepada yang belum tahu di manapun mereka berada turun temurun terus menerus dari masa ke semasa. Dalam surah An-Nisa ayat 165 mengatakan “ agar tidak ada hujjah bagi manusia terhadap Allah sesudah datangnya para Rasul”.

2.      Wajib Da’wah
Dalam surah Ali Imran ayat 110 mengatakan “kamu adalah sebaik-baik Ummat dilahirkan untuk manusia kamu mengajak kepada kebaikan dan kamu mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah”.

Islam adalah agama risalag untuk manusia keseluruhannya. Umat islam adalah pendukung amanah, untuk meneruskan risalah dengan da’wah baik sebgai ummat kepada ummat-ummat yang lain. Ataupun perseorangan di tempat manapun mereka berada. Menurut kemampuan masing-masing. Dalam surah Al-Ashr ayat 1-3 mengatakan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh dan wasiat mewasiat dengan kebenaran dan wasiat mewasiat dengan hati yang teguh”.

Dari ayat-ayat dan hadits yang kita ulangi di atsa tadi dapatlah diambil kesimpulan bahawa Da’wah dalam erti yang luas adalah kewajipan yang harus dipikul setiap-tiap muslim dan muslimah. Tidak boleh seorang muslim dan muslimah menghindarkan diri daripadanya.

Da’wah dalam erti ammar ma’ruf nahi mungkar adalah syarat mutlak bagi kesempurnaan dan keselamatan hidup masyarakat. Ini adalah kewajipan sebagai pembawaan fitrah manusia selaku (makhluq ijtima’ie) dan kewajipan yang ditegaskan oleh risalah oleh Kitabullah dan Sunnah Rasul.

Bukan monopoli golongan yang disebut “ulama” atau cerdik cendiakawan. Bagaimana suatu masyarakat akan mendapatkan kemajuan apabila para anggotanya yang mempunyai ilmu banyak sedikitnya baik dunia mahupun akhirat. Tidak bersedia mengembangkan apa yang ada pada mereka di antara semasa anggota masyarakat.

Suatu ilmu yang bermanfaat, tiap-tiap yang Khair dan ma’ruf yang baik patut dan pantas boleh terbit dari setiap seseorang anggota masyarakat. Dan tiap=tiap benih kebenaran ini mempunyai daya berkembangnya sendiri tinggal lagi menaburkan dan memupuknya.

Dapat disimpulkan bahawa di dalam buku Fiqhud Da’wah terdapat beberapa tajuk yang mesti dilakukan oleh seluruh ummat islam dalam melakukan da’wah dan tarbiyak kepada masyarakat sekeliling kita. Namun begitu dalam buku tersebut mempunyai Wahyu memanggil fithrah, fithrah menghajatkan wahyu, Hidup Akhirat, Tujuan hidup, Tauhied dan ibadah tempat bertolak, Manusia ijtima’te dan persoalannya, Peribadi batu permata dan lain-lain lagi..Semuanya di atas mempunyai ciri-ciri dan kata-kata daripada Allah dan diturunkan kepada Rasulullah dan diberikan kepada ummat islam bagi menyempurnakan da’wahnya ke jalan Allah. Dalam surah Ar-Rad ayat 11 mengatakan Allah tidak akan mengubah seseorang individu itu sehingga individu itu mengubah kaumnya atau hambanya sendiri. Amin



DISEDIAKAN OLEH :

……………………………………
HAZIRAH BINTI MUHAMMAD ROSLI

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNISEL, BESTARI JAYA

No comments:

Post a Comment