BAB 1
:PENDAHULUAN
Islam , Iman
dan Ihsan merupakan sesuatu penting.Ia merupakan satu tunjang yang amat penting
dalam penbentukan muslim yang sejati kerana tiga perkara ini tidak boleh
di pisahkan jika tidak maka tidak sempurnalah islam seseorang itu.
Bagi
memahami dengan lebih mendalam lagi tentang 3 perkara ini maka akan kami akan
membahaskannya.
Apakah yang
akah kami bahaskan?
1) Tentang
Islam
2) Tentang
Iman
3) Tentang
Ihsan
BAB 2 :
PEMBAHASAN
1.1:TENTANG
ISLAM
a)Konsep Islam
Islam Bahasa
Arab: الإسلام al- Islam IPA:
adalah agama monoteistik dan Ibrahim dinyatakan oleh Al-Quran , sebuah buku
dianggap oleh penganutnya menjadi perkataan kata demi kata Allah ( Arab: الله Allāh ) dan oleh ajaran dan contoh
normatif (dipanggil sunnah dan terdiri daripada hadis) Muhammad , yang dianggap
oleh mereka sebagai nabi terakhir Allah . Seorang penganut Islam dikenali
sebagai Muslim.
Muslim
percaya bahawa Allah adalah satu dan tiada tandingan dan tujuan kewujudan ialah
untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap
dan sejagat kepercayaan asli yang telah diturunkan dahulu banyak kali di
seluruh dunia, termasuk terutamanya melalui Adam , Nuh, Ibrahim , Musa dan Isa
, yang mereka menganggap nabi. mereka meneruskan mesej dan ayat-ayat sebelum
ini telah disalah tafsir sebahagiannya atau diubah dari masa ke masa , tetapi
menganggap Al-Quran Bahasa Arab untuk kedua-dua wahyu tidak diubah dan terakhir
Allah.
Konsep dan
amalan agama termasuk lima rukun Islam, yang merupakan konsep asas dan ibadah ,
dan undang-undang Islam yang berikut, yang menyentuh pada hampir setiap aspek
kehidupan dan masyarakat, menyediakan panduan mengenai topik bermacam-macam
daripada perbankan dan kebajikan , untuk peperangan dan alam sekitar.
Kebanyakan
orang Islam terdiri daripada dua mazhab, Sunni ( 75-90 %), atau Syiah (10-20
%). Kira-kira 13 % daripada orang Islam tinggal di Indonesia , negara yang
terbesar Islam majoritinya, 25 % di Asia Selatan, 20 % di Timur Tengah,
dan 15% di Sub- Sahara Afrika. besar minoriti juga terdapat di Eropah, China,
Russia, dan Amerika. Saudara dan masyarakat pendatang terdapat dalam hampir
setiap bahagian dunia (lihat Islam oleh negara). Dengan kira-kira 1.6 bilion
pengikut atau 23 % daripada penduduk bumi, Islam adalah agama kedua terbesar
dan agama yang paling cepat berkembang di dunia.
b)
Maksud Islam :
Tunduk dan
patuh menurut segaka peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh
Baginda Rasulullah SAW. Iman dan Islam tidak boleh diceraikan untuk memperolehi
pelepasan azab di akhirat nanti.
c) Keistimewaan Islam
Antaranya:
1.Memperbaiki
kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah Yang Maha
Esa.
2.Menghapuskan
kepercayaan kepada yang lain selain Allah SWT.
3.Mengatur
cara beribadat kepada Allah.
4.Mengatur
hukum-hukum keseksaan / jinayat yang sesuai dengan manusia.
5.Mengatur
cara-cara perhubungan kehidupan manusia.
6.Mengatur
hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan.
7.Mempertinggi
akhlak manusia.
8.Mengatur
hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan.
d)
RUKUN ISLAM
Rukun Islam
ertinya tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam
dengan sempurna. Rukun islam itu ada 5 perkara :
1).Mengucap
Dua Kalimah
Syahadah
رسولالله محمدا أن وأشهد الله إلا إله لآ أن أشهد
“Aku
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah”
2).Mendirikan
Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Waktu
> Bilangan Waktu
1.Subuh
: 2 rakaat
2.Zuhur
: 4 rakaat
3.Asar
: 4 rakaat
4.Maghrib
: 3 rakaat
5.Isyak
: 4 rakaat
3)Menunaikan
Zakat.
Zakat Harta
1-Binatang
Ternakan.
2-Emas dan
perak.
3-Tanaman
seperti padi, gandum,tamar,jagung dan sebagainya.
4-Buah-buahan
seperti anggur dan sebagainya.
5-Harta
karun(rikaz).
Apabila
zakat harta digunakan untuk menyucikan harta, maka zakat fitrah digunakan untuk
menyucikan hati dan jiwa.
Zakat fitrah
juga dinamakan “zakat al nafs” ertinya zakat untuk menyucikan jiwa dengan
mengeluarkan sebahagiaan bahan makanan yang mengenyangkan menurut ukuran yang
ditentukan oleh syarak di akhir bulan Ramadan pada setiap tahun.
4) Puasa
Pada Bulan Ramadan
-
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berikut dikecualikan daripada berpuasa.
Golongan
Yang Dikecualikan Berpuasa
Antaranya
ialah:
1-Orang yang
sakit kerana sekiranya ia berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat atau
penyakitnya lambat sembuh.
2-Orang yang
sedang dalam perjalanan yang lebih daripada 56 batu / 91 km. Kalau tidak
menyusahkan boleh meneruskan puasa – Ini adalah lebih baik dengan syarat, mula
bertolak sebelum Subuh.
3-Wanita
yang hamil.
4-Wanita
yang menyusukan anak.
5)
Mengerjakan haji ke Baitullah-haram bagi yang berkemampuan
Bagi mereka
yang berkemampuan dari segi:-
1-Belanja
pergi dan balik
2-Belanja
untuk tanggungan yang ditinggalkan
3-Kesihatannya
yang baik
4-Keselamatan
perjalanan dan kenderaan
5-Sempat
masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa.
Kesimpulan -
Islam adalah
agama yang benar dan tidak boleh diubah. Kita diciptakan untuk menjadi khalifah
Allah di muka bumi untuk mentaati segala suruhan dan hindari segala laranganNya
dan ikutilah Sunnah Rasulullah SAW. Peganglah Al-Qu’ran dan Sunnah sebagai
panduan hidup. In Sha Allah.
1.2 TENTANG
IMAN
a) Takrif iman
Dari segi
bahasa
Percaya,yakin
dan membenarkan
Dari segi
syarak
Kepercayaan
yang terbit daripada seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa
apa yang dibawa oleh rasulullah S.A.W adalah benar dan datangnya daripada Allah
Taala. Justeru orang lelaki yang beriman disebut Mukmin.Manakala Perempuan yang
beriman disebut Mukminah.
Iman
juga bererti :
1)Kepercayaan
benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh
kepercayaan itu.
2) Segala
jenis amalan taat atau patuh : hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
Ulamak Islam
telah mengertikan iman itu adalah :
التَّصْديق بالقلبِ , و الإِقْـرَار باللسان , و العمل بِالأَرْكان
Bererti :
“Membenarkan dengan hati,beriqrar dengan lidah dan beramal dengan
sekalian rukun".
Pengertian
yang diberikan ulamak itu menegaskan bahawa Iman adalah panduan di antara tiga
perkara iaitu:
1)
Kepercayaan hati.
2) Pengakuan
dengan lidah
3) Beramal
dengan segala rukun atau perintah.
Dengan hal
demikian orang yang beriman hendaklah menjadi orang yang beramal kerana amalnya
membuktikan keimanannya.Untuk mendapat kurnian Allah tidaklah wajar seseorang
itu hanya berharap dan bercita-cita sahaja untuk menenangkan hatinya bahawa dia
seorang yang beriman.
Sehubungan
dengan itu Al-Hasan Basri telah menyatakan bahawa :
لَيسَ الإِيْمَان بِالتَّحَلِّي وَلاَ بِالتَمَنِّي , وَلَـكـِنَّهُ
ماَ وَقَّـرَ فيِ الْـقَلْبِ وَ صَدَّقَهُ الْعَمَـلَ مَنْ قَالَ حَنَّا وَ عَمَلَ
غَيْرَ صَالِحِ رَدَّ اللهُ عَلىَ قَـوْلِهِ , وَ
مَنْ قَالَ حَسَنًا وَعَمَلَ
صَالِحًا رَفَعَهُ الْعَمَلَ.
Bererti : “
Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu apa yang
teguh dalam hati dan dibenarkannya oleh amal. Barangsiapa berkata (iqrar) baik,
padalah ia mengerjakan amal yang tidak baik,nescaya Allah tolak perkataannya.
Dan barangsiapa berkata dan berbuat baik, nescaya dia diangkat oleh amalnya.
Tiada
paksaan untuk seseorang bukan Islam memeluk agama Islam dan beriman
dengannya. Sepertiman firman Allah Taala yang bermaksud :
“Tidak ada
paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Surah
Al-Baqarah : 256)
Tidak
beriman seseorang dengan keimanan yang sebenar jika ia tidak menerima
secara sungguh-sungguh atau hanya menerima,mempercayai sebahagian daripada
rukun iman dan menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang meragui atau menolak
sebahagian rukun iman, seolah-olah dia telah menolak keseluruhan rukun iman.
Sebagaimana penjelasan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
97.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah
kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, Yang
mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan
sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada
orang-orang yang beriman".
98. Sesiapa
memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan
memusuhi malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan
Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah
musuh bagi orang-orang kafir.
(Surah
Baqarah:97-98)
b) Rukun
Iman
Rukun iman
terbahagi kepada enam perkara.
1) Percaya
kepada Allah S.W.T
2) Percaya
kepada malaikat-malaikat Allah.
3) Percaya
kepada kitab-kitab Allah
4) percaya
kepada rasul-rasul
5) Percaya
kepada hari kiamat
6) Percaya
kepada qadak dam qadar
c) Huraian
Mengenai Rukun Iman
1) Percaya
kepada Allah
Firman Allah
S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan daku, dan
dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.
(Surah
Thaha : 14 )
Firman Allah
S.W.T lagi yang bermaksud:
Kalau ada di
langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah
pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan
menegaskan) Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy dari apa yang mereka
sifatkan.
(Surah
Al-Anbiya' ; 22)
Maksudnya :
Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah S.W.T wujud, Dialah yang
mencipta alam ini dan Dia-lah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala
pergantungan hidup.Hanya kepada Dia tempat kita meminta.
Kita tidak
boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau akhirat melainkan
kerana Allah.Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti: Maha Mendengar, Maha
Mengetahui, Maha Pengasih,Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.
2) Percaya
kepada Malaikat-malaikat Allah
Mempercayai
bahawa Allah S.W.T mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh
dan taat menjalankan segala titah perintah-Nya.Mereka itulah yang disebut
malaikat yang bukan manusia dan bukan haiwan.
Beriman
kepada malaikat merupakan salah satu perkara yang wajib dimiliki oleh setiap
jiwa-jiwa muslim.Karana hal ini merupakan salah satu syarat untuk menuju
kesempurnaan iman kepada Allah swt. Beriman kepada malaikat-malaikat Allah swt
merupakan satu perkara wajib, yang telah diperintahkan bagi umat muslim oleh
Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W, sebagaimana tercantum di dalam Al Quran dan
Al Hadits. Berikut beberapa dalil berkenaan dengan iman kepada
malaikat-malaikat Allah S.W.T dari Al Quran dan Al Hadits.
Sabda Nabi :
“Allah
menciptakan malaikat dari cahaya, menciptakan jin dari nyala api, dan
menciptakan Adam dari apa yang telah disifatkan (dijelaskan) kepada kalian.”
(HR. Muslim)
a)
Ciri-ciri Malaikat
1)
Mereka tiada jantina,bukan lalaki bukan pula perempuan.
2)
Tidak mempunyai nafsu.
3)
Mereka sentiasa patuh kepada Allah S.W.T
Mengenai
beriman kepada malaikat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Wahai
orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan
kepada kitab(Al-Quran) Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w),
dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan
sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan
kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia
telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Allah
berfirman yang bermaksud:
Sesiapa
memusuhi Allah (dengan mengingkari Segala petunjuk dan perintahNya) dan
memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan
Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah
musuh bagi orang-orang kafir.
(Suruh
Al-Baqarah: 98)
Sabda
Rasulullah (S.A.W):
“Rasulullah
saw. pada suatu hari bersama para sahabat, lalu seorang laki-laki datang
padanya kemudian berkata; “Ya Rasulullah, apakah iman itu?”Rasul
menjawab, “Iman adalah kamu beriman pada Allah, malaikat, kitabNya,
bertemu denganNya, para Rasul, dan beriman kepada hari kebangkitan.” “Ya Allah
Tuhannya Jibril, Tuhannya Mikail, Tuhannya Israfil, Pencipta langit dan bumi,
Yang mengetahui alam ghaib dan alam nyata, Engkau memutuskan di antara
hamba-hamba-Mu dalam apa yang mereka perselisihkan, berilah aku petunjuk kepada
kebenaran yang mereka berselisih di dalamnya dengan izin-Mu, kerana Engkau
memberi petunjuk siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”
(HR. Muslim)
Sabda
nabi lagi
“Pada hari
Jumaat, di setiap pintu-pintu masjid terdapat malaikat-malaikat yang menulis.
Orang pertama dan seterusnya yang memasuki masjid. Jika imam telah duduk, maka
para malaikat menutup buku catatannya, kemudian mereka mendengarkan dzikir.”
(HR.
Imam Malik, Hadits ini shahih)
Jumlah
malaikat tidak terhingga banyaknya.dari segi nisbahnya boleh di seperti berikut
:
Anggaran mengikut peratus :
Makhluk
Allah
|
Peratus
|
Manusia
|
1 %
|
Jin
|
9 %
|
Malaikat
|
90 %
|
b) Malaikat
yang wajib diketahui
MALAIKAT
|
TUGAS
|
Jibril a.s
|
Menyampaikan
yahyu
|
Izrail a.s
|
Mencabut
nyawa
|
Mikail a.s
|
Memberi
rezeki
|
Israif a.s
|
Meniup
sangkakala
|
Munkar a.s
|
Menyoal
dalam kubur
|
Nakir a.s
|
Menyoal
dalam kubur
|
Raqib a.s
|
Mencatat
kebajikan
|
A’tid a.s
|
Mencatat
kejahatan
|
Malik a.s
|
Menjaga
neraka
|
Ridhwan
a.s
|
Menjaga
syurga
|
3) Percaya
kepada Kitab-kitab Allah
a) Pengertian kitab
Kitab ialah
undang –undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang
hendak dipimpin, Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.Tetapi bagi
rasul-rasul yang tidak mempunyai kitab,wajib bagi mereka mengikut dasar kitab
yang terdahulu daripadanya.
b) Pembahagian kitab
Pembahagian
kitab ada dua. Iaitu;
-Suhuf
-Kitab
Suhuf :ialah
hukum-hukum dasar yang diterangkan kepada manusia mana-mana yang perlu sahaja
dan setengahnya untuk satu-satu umat ketika itu saja. Suhuf merupakan kepingan
risalah atau lembaran tertulis yg mengandungi pengajaran, hukum hakam yg tidak
lengkap.
Kitab Suci merupakan
wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui rasul. Ia
adalahlah sebuah buku perlembagaan atau perundangan yang penuh dengan segala
pengajaran dan peraturan serta hukum hakam yang lengkap lagi menyeluruh
merangkumi soal-soal aqidah. ibadah, muamalat, masyarakat dan lain.
Kesemua
suhuf dan kitab suci diturunkan dari langit iaitu dari Luh Mahfuz, langit yang
paling tinggi. Kemudian ia diturunkan ke Baitul Izzah dan seterusnya diturunkan
ke bumi..Sekelian suhuf dan kitab-kitab yang sebelumnya diturunkan ke
bumi,tiada bahasa, hanya ada bacaan dan lughahnya apabila turun kepada
nabi-nabi.
Manakala
merujuk kepada ulama lain kata seperti berikut:
: 50 suhuf
kepada Nabi Syith,
: 30 suhuf
kepada Nabi Idris,
: 10 suhuf
kepada Nabi Ibrahim,
: 10 suhuf
kepada Nabi Adam a.s.
Kitab
: Taurat
(Nabi Musa),
: Zabur
(Nabi Daud),
: Injil
(Nabi Isa),
:Al-Quran
kepada junjungan besar Rasulullah saw.
Bahasa untuk
kitab
: Kitab
Taurat ialah Ibrani,,
: Kitab
Injil pula dalam Bahasa SuryaniI,
: Kitab
Zabur dalam Bahasa Qibti,
: Al-Quran
dalam Bahasa Arab .
4 )Percaya
kepada Rasul-Rasul
a)Pengertian Nabi dan Rasul
Nabi :
Ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetap tidak
ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
Rasul :
Ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan
ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
Beriman kepada para nabi dan rasul Allah,
merupakan salah satu rukun iman. Keimanan seseorang itu tidak sah, sampai
ia mengimani semua nabi dan rasul Allah dan membenarkan bahwa Allah telah
mengutus mereka untuk menunjuki, membimbing dan mengeluarkan manusia dari
kegelapan kepada cahaya kebenaran. Ditambah juga keharusan membenarkan bahwa
mereka telah menyampaikan apa yang Allah turunkan kepada mereka dengan benar
dan sempurna, dan mereka telah berjihad dengan sebenar-benarnya di
jalan Allah.
Adapun dalil
tentang kewajiban iman kepada para rasul, ialah sebagai berikut:
Allah
berfirman yang bermaksud:
Rasulullah
telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga
orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):
"Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain
Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan)
keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat
kembali".
(Surah
Baqarah:285)
Nama-nama
Rasul
1.
Adam A.S
|
2.
Idris A.S
|
3.
Nuh A.S
|
4.
Hud A.S
|
5.
Soleh A.S
|
6.
Ibrahim A.S
|
7.
Lut A.S
|
8.
Ismail A.S
|
9.
Ishaq A.S
|
10.
Yaakub A.S
|
11.
Ayub A.S
|
12.
Syuib A.S
|
13.
Musa A.S
|
14.
Harun A.S
|
15.
Zulkifli A.S
|
16.
Daud A.S
|
17.
Sulaiman A.S
|
18.
Ilya A.S
|
19.
Ilyasa A.S
|
20.
Yunus A.S
|
21.
Zakaria A.S
|
22.
Yahya A.S
|
23.
Isa A.S
|
24.
Muhammad S.A.W
|
5)Percaya
kepada Hari Kiamat
Masalah yang
berhubung dengan hari kiamat amat panjang huraian, mamadai saya sentuh sepintas
lalu sahaja.
Perkara-perkara
yang berhubung dengan hari kiamat ialah bertolak daripada kepercayaan kepada
:
a) Adanya mati.
b) Pembalasan
alam kubur,azab atau nikmah
c) Hari
kebangkitan, setelah dunia dihancurkan semua.
d) Padang
Mahsyar, tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan.
e) Dihisab
segala amalan, dilakukan dengan dangan mengguna neraca timbangan.
f) Meniti
titian sirat.
g) Adanya
syurga dan neraka.
6) Percaya kepada qadak dan
qadar
a) Pengertian
qadak dan qadar
Qadak : Bererti
kejadian,hokum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang.
Contohnya: Kaya,miskin,elok,buruk,untung,rugi,hidup,mati
dan sebagainya.
Qadar :
Bererti ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tipa makhluk.
Contohnya :
Ahmad telah di tentukan akan sakit pada 1 Muharram. Maka apabila tiba tarikh
tersebut, Ahmad pun sakit.Ketentuan pada 1 Muharram itulah yang dinamakan qadar
atau takdir dan penyakit yang menimpa Ahmad pada 1 Muharram itulah yang disebut
sebagai qadak.
b) Perbezaan
antara masyarakat beriman dan masyarakat tidak beriman
Masyarakat
Beriman
|
Masyakarat
Tidak Beriman
|
a)Menjadikan
Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan dan sumber rujukan
|
a)Lebih
cenderung menggunakan logik akal fikiran dan hawa nafsu semata - mata
|
b)Sebarang
tindakan yang dilakukan adalah berpandukan syariat dan nilai-nilai
kemanusiaan.
|
b)Tindakan mereka adalah bertentangan dengan syariat dan didorong oleh hawa nafsu.
|
c)Tidak
akan mnelakukan jenayah kerana mereka patuh kepda larangan Allah S.W.T dan
Rasulnya.
|
c)Kerap
melakukan jenayah dan kerosakan di muka bumi kerana didorong sifat tamak
dan bertindak mengikut hawa nafsu.
|
1.3 : TENTANG IHSAN
a) Pengertian
Ihsan.
Ihsan itu
ialah bahawa “kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya,tetapi jika
kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Ihsan juga adalah
melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas
dan yakin bahwa Allah senantiasa mengawasi apa yang dilakukannya. Hadist
riwayat muslim”dari Umar bin Khatab ia berkata bahwa mengabdikan diri
kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anga melihat-Nya,maka
hendaklah anda merasa bahwa Allah melihatmu.”
Ihsan ( ناسحI ) adalah kata dalam bahasa Arab yang berarti “kesempurnaan” atau
“terbaik.” Dalam terminologi agama Islam, Ihsan berarti seseorang yang
menyembah Allah seolah-olah ia melihat-Nya, dan jika ia tidak mampu membayangkan
melihat-Nya, maka orang tersebut membayangkan bahwa sesungguhnya Allah
melihat perbuatannya.
Islam
dibangun di atas tiga landasan utama, yaitu Iman, Islam, dan Ihsan. Oleh
karenanya, seorang muslim hendaknya tidak memandang ihsan itu hanya sebatas
akhlak yang utama saja, melainkan harus dipandang sebagai bagian dari akidah
dan bagian terbesar dari keislamannya.
Lalu
bagaimana caranya? Dalam mengejawantahkan ihsan bagi mahluk sosial seperti
manusia, khususnya kaum muslim ialah dengan cara berbuat baik. Karena dengan
pemahaman ihsan ini kita merasa selalu diawasi oleh Allah Yang Maha Melihat,
dengan begitu kita tidak akan mau melakukan perbuatan buruk, kalaupun sampai
terbersih maka tetap saja kita tidak akan mahu mengerjakannya disebabkan Ihsan
tadi. Selain berbuat baik Ihsan juga merupakan salah satu cara agar kita bisa
khusyuk dalam beribadah kepada Allah. Kita beribadah seolah-olah kita melihat
Allah. Jika tidak bisa, kita harus yakin bahwa Allah SWT yang Maha Melihat
selalu melihat kita.
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu)
ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah
kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang
diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”
(QS.Qaaf :
16-18)
“Sesungguhnya
Tuhanmu benar-benar mengawasi.”
(QS.Al Fajr
: 14)
Orang yang
ihsannya kuat akan rajin berbuat kebaikan karena dia berusaha membuat senang
Allah yang selalu melihatnya. Sebaliknya dia malu berbuat kejahatan karena dia
selalu yakin Allah melihat perbuatannya.
“Kepunyaan
Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu
melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah
akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah
mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya;
dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(QS.Al-Baqarah:284)
Dalam
Al-Qur`an, terdapat 166 ayat yang berbicara tentang ihsan dan implementasinya.
Dari sini kita dapat menarik satu makna, betapa mulia dan agungnya perilaku dan
sifat ini, hingga mendapat porsi yang sangat istimewa dalam Al-Qur`an.
Rasulullah pun sangat memberi perhatian terhadap masalah ihsan ini. Sebab, ia
merupakan puncak harapan dan perjuangan seorang hamba. Puncak semua pengajaran
yang dilakukan Rasul pun mengarah kepada satu hal, yaitu mencapai ibadah yang
sempurna dan akhlak yang mulia. Bahkan, di antara hadist-hadist mengenai ihsan
tersebut, ada beberapa yang menjadi landasan utama dalam memahami agama ini.
Rasulullah saw. menerangkan mengenai ihsan ketika ia menjawab pertanyaan
Malaikat Jibril tentang ihsan dimana jawaban tersebut dibenarkan oleh Jibril,
dengan mengatakan, “Engkau menyembah Allah seakan- akan engkau melihat-Nya, dan
apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
(HR. Muslim)
Ihsan adalah
puncak ibadah dan akhlak yang senantiasa menjadi target seluruh hamba Allah
swt. Sebab, ihsan menjadikan kita sosok yang mendapatkan kemuliaan dari-Nya.
Sebaliknya, seorang hamba yang tidak mampu mencapai target ini akan kehilangan
kesempatan yang sangat mahal untuk menduduki posisi terhormat di mata Allah
swt. Di kesempatan yang lain, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah
mewajibkan kebaikan pada segala sesuatu, maka jika kamu membunuh, bunuhlah
dengan baik, dan jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik.”
(HR. Muslim
)
“Sesungguhnya
Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum
kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(An-Nahl: 90
)
b) Tiga
Aspek Pokok Dalam Ihsan
Ihsan
meliputi tiga aspek yang fundamental. Ketiga hal tersebut adalah ibadah,
muamalah, dan akhlak. Ketiga hal inilah yang menjadi pokok bahasan dalam ihsan.
1. Ibadah
Kita
berkewajiban ihsan dalam beribadah, yaitu dengan menunaikan semua jenis ibadah,
seperti shalat, puasa, haji, dan sebagainya dengan cara yang benar, yaitu
menyempurnakan syarat, rukun, sunnah, dan adab-adabnya. Hal ini tidak akan
mungkin dapat ditunaikan oleh seorang hamba, kecuali jika saat pelaksanaan
ibadah-ibadah tersebut ia dipenuhi dengan cita rasa yang sangat kuat
(menikmatinya), juga dengan kesadaran penuh bahwa Allah senantiasa memantaunya
hingga ia merasa bahwa ia sedang dilihat dan diperhatikan oleh-Nya. Minimal
seorang hamba merasakan bahwa Allah senantiasa memantaunya, karena dengan
inilah ia dapat menunaikan ibadah-ibadah tersebut dengan baik dan sempurna,
sehingga hasil dari ibadah tersebut akan seperti yang diharapkan. Inilah maksud
dari perkataan Rasulullah saw yang berbunyi,
“Hendaklah
kamu menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, dan jika engkau tak dapat
melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
Kini
jelaslah bagi kita bahwa sesungguhnya arti dari ibadah itu sendiri sangatlah
luas. Maka, selain jenis ibadah yang kita sebutkan tadi, yang tidak kalah
pentingnya adalah juga jenis ibadah lainnya seperti jihad, hormat terhadap
mukmin, mendidik anak, menyenangkan isteri, meniatkan setiap yangmubah untuk
mendapat ridha Allah, dan masih banyak lagi. Oleh karena itulah, Rasulullah
saw. menghendaki umatnya senantiasa dalam keadaan seperti itu, yaitu sentiasa
sadar jika ia ingin mewujudkan ihsan.
2. Muamalah
Dalam bab
muamalah, ihsan dijelaskan Allah swt. pada surah An-Nisaa’ ayat 36,
yang berbunyi sebagai berikut, “Sembahlah Allah dan
janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada
dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat maupun yang jauh, teman sejawat, ibnu Sabil dan hamba
sahayamu.”
Kita
sebelumnya telah membahas bahwa ihsan adalah beribadah kepada Allah dengan
sikap seakan-akan kita melihat-Nya, dan jika kita tidak dapat melihat-Nya, maka
Allah melihat kita. Kini, kita akan membahas ihsan dari muamalah dan siapa saja
yang masuk dalam bahasannya.
Berikut ini adalah mereka yang berhak mendapatkan
ihsan tersebut:
a. ihsan
kepada kedua orang tua
b. ihsan
kepada karib kerabat
c. ihsan
kepada anak yatim dan fakir miskin
d. ihsan
kepada tetangga dekat, tetangga jauh, serta teman sejawat
e. ihsan
kepada Ibnu Sabil dan hamba sahaya
f. ihsan
dengan perlakuan dan ucapan yang baik kepada manusia
g. ihsan
dalam hal muamalah
h. ihsan
dengan berlaku baik kepada binatang
3. Akhlak
Ihsan dalam
akhlak sesungguhnya merupakan buah dari ibadah dan muamalah. Seseorang akan
mencapai tingkat ihsan dalam akhlaknya apabila ia telah melakukan ibadah
seperti yang menjadi harapan Rasulullah dalam hadits yang telah dikemukakan di
awal tulisan ini, yaitu menyembah Allah seakan-akan melihat-Nya, dan jika kita
tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah senantiasa melihat kita. Jika
hal ini telah dicapai oleh seorang hamba, maka sesungguhnya itulah puncak ihsan
dalam ibadah. Pada akhirnya, ia akan berbuah menjadi akhlak atau perilaku,
sehingga mereka yang sampai pada tahap ihsan dalam ibadahnya akan terlihat
jelas dalam perilaku dan karakternya.
Jika kita
ingin melihat nilai ihsan pada diri seseorang yang diperoleh dari hasil
maksimal ibadahnya– maka kita akan menemukannya dalam muamalah kehidupannya.
Bagaimana ia bermuamalah dengan sesama manusia, lingkungannya, pekerjaannya,
keluarganya, dan bahkan terhadap dirinya sendiri. Berdasarkan ini semua, maka
Rasulullah saw. mengatakan dalam sebuah hadits,
“Aku diutus
hanyalah demi menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Ciri-ciri
Kelebihan Ihsan :
-
Mentaati perintah dan larangan Allah SWT dengan ikhlas
-
Senantiasa amanah ,jujur dan menepati janji
-
Merasakan nikmat dan haus akan ibadah
-
Mewujudkan keharmonisan masyarakat
-
Mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Cara
Penghayatan Ihsan Dalam kehidupan :
-
Menyembah dan beribadah kepada Allah
-
Memelihara kesucian aqidah tidak terbatal
-
Mengerjakan ibadah fardhu ain dan sunat
-
Hubungan baik dengan keluarga,tetangga dan masyarakat
-
Melakukan perkara-perkara yang baik
-
Mengamalkan sifat-sifat mahmudah
-
Bersyukur atas nikmat Allah SWT.
Kesimpulannya,
ihsan adalah puncak prestasi dalam ibadah, muamalah, dan akhlak. Oleh karena
itu, semua orang yang menyadari akan hal ini tentu akan berusaha dengan seluruh
potensi diri yang dimilikinya agar sampai pada tingkat tersebut. Siapapun kita,
apapun profesi kita, di mata Allah tidak ada yang lebih mulia dari yang lain,
kecuali mereka yang telah naik ketingkat ihsan dalam seluruh sisi dan nilai
hidupnya. Semoga kita semua dapat mencapai hal ini, sebelum Allah swt.
mengambil roh ini dari kita.
RUJUKAN
1. Ahmad Junaidi B.Ali,Mohd Syahar Barkat Ali,Nor Shahily,Suhaila Hj
Ismail
:Pendidikan Syariah
Islamiah SPM Tingkatan 4&5.
2. Azrul Azlin ,Ismail Kamus Dato’
: Indahnya Hidup Bersyariat
DISEDIAKAN OLEH
- ABDUL GHAFUR BIN ABDUL RAZAK
- MUHAMMAD AIZAT BIN JUHARI
- MUHAMMAD LOKMAN HAKIMI B.MOHD FAUZI
- MUQRI NABIL BIN SAHYAR
(DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM)
No comments:
Post a Comment