Saturday, 14 June 2014

HADITH 23


(PERKARA YANG MENGENAI KESUCIAN, PUJIAN DAN AL-QURAN)

1.    Kesucian Dan Pujian Yang Memenuhi Timbangan
*      Rasulullah ada menyatakan bahawa kesucian adalah sebahagian iman. Imam Nawawi dalam huraiannya menerangkan bahawa Imam Ghazali mengertikan kesucian atau kebersihan pada hadith ini dengan kesucian hati dari sifat curang, dengki, dendam dan dari segala macam penyakit yang tersemat didalamnya.
*      Barang siapa mengucap dua kalimah syahadat ia mendapat sebahagian iman, dan barang siapa bersih hatinya dari segala saki baki penyakit tersebut sempurnalah imannya. Sebaliknya barangsiapa yang tidak bersih hatinya maka kuranglah imannya.
*      Rasulullah bersabda yang maksudnya “Bahawa Allah tidak memandang kepada bentuk rupa kamu dan warna kulit kamu, tetapi ia memandang kepada hati kamu”.
*      Kemudian rasulullah menambah keterangan mengenai pujian, sembahyang, sedeqah dan sabar. Pujian yang dimaksudkan ialah pujian kepada Allah dengan perkataan yang ditetapkan syara iaitu perkataan “Alhamdulillah” ertinya segala pujian bagi Allah. Perkataan ini memenuhi timbangan. Setelah itu Rasulullah mengatakan “Subhanaallah dan Alhamdulillah” kedua-duanya memenuhi ruang antara langit dan bumi.

2.    Sembahyang, Sadaqah Dan Sabar.
*      Rasulullah menerangkan lagi “bahawa sembahyang itu adalah cahaya” cahaya yang menerangkan jalan hidup yang sebenarnya, cahaya bagi orang yang mengerjakannya dalam dunia dan akhirat.
*      Selain itu, Rasulullah mengatakan sadaqah adalah terujinya iman dan terbukti keterangan dan dalil adanya dengan zakat harta benda atau wang ringgit, satu-satunya mata benda yang sangat-sangat dicintai oleh seseorang. Sekiranya seorang dapat mengeluarkan zakatnya dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat.
*      Bukan itu saja, sifat sabar, Al Sabr kata Rasulullah adalah dhiya ertinya sinaran yang menyuluh jalan yang akan ditempuh. Bagaimanapun jua sulit jalan itu akan dapat dilalui dengan sabar maksudnya di sini sabar dalam menempuh sesuatu yang sukar.
*      Hadith dari Syaidina Ali iaitu “ sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak tiga ratus darjat, dan sesungguhnya sabar atas satu ketaatan dituliskan kerananya enam ratus darjat, dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepada sebanyak Sembilan ratus darjah”.

3.    Al-Quran Itu Hujjah Bagi Engkau Atau Atas Engkau.
*      Al-Quran menjadi hujjah kebaikan bagi seorang jika seorang itu mengingati pengajarannya, dan menjadi hujjah atas kejahatannya jika ia tidak menurutinya.
*      Abu Musa al-Ash’ari berkata “ Sesungguhnya al-Quran itu adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutlah al-Quran dan janganlah a-Quran mengikuti kamu. Kerana barangsiapa mengikuti al-Quran maka ia meletakkan dia dalam taman syurga. Dan barangsiapa yang diikuti oleh al-Quran (al-Quran mengikutinya) maka dicampakkan dia dalam neraka.

4.    Hal Manusia Menjual Dirinya.
-Terbahagi kepada dua bahagian.
*      Pertama : Yang menjual dirinya kepada Allah dengan cara mengerjakan amal saleh. Maka dengan perbuatannya ini Allah merdekakan mereka dari kesengsaraan azab.
*      Kedua : Yanmenjual dirinya kepada syaitan dan kepada hawa nafsu dengan mengikuti kehendaknya. Maka dengan usahanya ini dia sendiri membinasakan dirinya.
*      Dalam Al-Quran ada diterangkan mengenai pembelian Allah akan diri orang-orang yang beriman seandainya mereka sudi menjualnya untuk mendapat bayaran yang semahal-mahalnya yang tidak ternilai banyakknya iaitu dalam (Surah Al-Taubah : Ayat 111)
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman diri-diri (jiwa-jiwa) mereka dan harta-harta mereka dengan (balasan) bahawa adalah bagi mereka syurga. (iaitu hendaklah) mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar dan Taurat dan Injil dan Al-Quran. Kerana bukanlah tidak ada yang menyempurnakan dengan janjinya lebih daripada Allah? Kerana itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepadanya. Kerana yang demikian, ialah kemenangan yang benar”.



DISEDIAKAN OLEH :

……………………………………….
HAZIRAH BINTI MUHAMMAD ROSLI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
UNISEL, BESTARI JAYA


No comments:

Post a Comment